8 Oktober 2018

ANEMIA SEMASA KEHAMILAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Alhamdulillah si kecik dah menginjak 2 tahun 6 bulan. Terkenang2 ummi moment pregnantkan awak dan lahirkan awak Ali.Fuhh!!!memang penuh cabaran. Oh, bila sebut pregnantja teringat sorang kawan yang alami masalah ANEMIA sepanjang kehamilan. Mulanya selalu letih-ketih sepanjang trimester pertama kehamilan. Bila cek HB asyik turun sahaja. Ummi nak share sedikit  info dengan semua tentang ANEMIA ketika hamil.





Anemia atau darah rendah ini boleh berlaku dengan 3 cara.
  1. Berlakunya luka dan pertumpahan darah yang banyak (bersalin atau pembedahan)
  2. Kekurangan penghasilan sel darah merah dalam badan kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan (ini yang selalu berlaku pada ibu yang hamil)
  3. Berlaku kemusnahan sel darah merah dalam badan. (thalasemia, anemia sickle cell atau toksik yang terhasil dari penyakit buah pinggang)
Antara simptom-simptom kurangnya darah merah dalam badan ialah:
  • Cepat penat dan keletihan
  • Senang berlakunya kekejangan otot
  • Kulit anda nampak pucat
  • Jantung berdegup kencang
  • Kurang nafas dan cepat mengah

BAHAYA DAN KESAN BURUK ANEMIA PADA IBU MENGANDUNG

Sekiranya anda mengambil mudah dan tidak bertindak untuk menaikkan bacaan HB rendah anda semasa hamil, anda berisiko tinggi untuk mengalami:
  • Bayi kelemasan kerana kurang oksigen lalu keguguran
  • Bayi tidak dapat mebesar dengan baik semasa dalam janin
  • Ibu mungkin mati semasa proses bersalin
  • Ibu terpaksa menerima darah (blood transfusion) dari sumber lain semasa proses bersalin (SANGAT BERISIKO TINGGI)
  • Bayi terpaksa dilahirkan awal dan tidak cukup berat badan (bayi pramatang)
  • Akibat dari bayi pramatang ialah, bayi berisiko untuk mengalami demam kuning yang lama
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan serius di bahagian tulang ke belakang (spina bifida) dan bahagian otak (salah satunya ialah sindrom down)
  • Meroyan selepas bersalin

PENYEBAB ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

1. Kekurangan zat besi

  • Terdapat 75-95% wanita yang mengandung mengidap anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Wanita yang mengandung sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung.

2. Kekurangan Folate dan Vitamin B12

  • Kekurangan vitamin B dan folat lebih jarang ditemui berbanding dengan kukurangan zat besi. Walau bagaimana pun, pemberian folat disarankan untuk semua ibu mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) pada bayi.

3. Talesmia

  • Talesmia disebabkan oleh pembentukan tidak normal rantai peptid globin yang terdapat dalam haemoglobin. Orang dewasa yang sihat patut mempunyai lebih dari 95% haemoglobin A yang mempunyai 2 rantai ‘alpha’ dan 2 rantai beta peptid.
Antara supplement yang dicadangkan bagi membantu ibu hamil yang mempunya masalah anemia adalah :

1. Vita-Lea Iron Formula

• Mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.

2. Sustained Release Vita-C Plus

• Mengandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

3. B-Complex

• Mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.

4. ESP

• Sumber protein yang sangat baik untuk membekalkan tenaga segera.



Testimoni HB LOW


Alhamdulillah set ibu mengandung membantu masalah enemia


Testimoni HB LOW dengan VITA LEA

Alhamdulillah testimoni penghidap Mild Anemia

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya