7 Oktober 2018

PANTANG LARANG SEMASA KEHAMILAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Kehamilan adalah hadiah indah buat pasangan yang sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata. Baik isteri mahupun suami akan bersungguh-sungguh agar kehamilan itu berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. 

Namun terkadang si ibu tidak mengerti tentang kesalahan yang dibuat sehingga memberi risiko kepada janin yang dikandung sehingga boleh menyebabkan keguguran. Sebelum terlambat, elakkan melakukan kebiasaan ini semasa fasa kehamilan. 


1. Diet semasa hamil

  • Ramai ibu hamil melakukan diet sepanjang kehamilan kerana bimbang gemuk semasa hamil. Namun ianya amat berisiko untuk janin kekurangan suapan makanan berkhasiat selama pembesaran. 

2. Merokok

  • Perokok aktif dan pasif sangat dilarang sepanjang tempoh kehamilan. Zat nikotin yang dihisap akan menyebabkan janin mengalami gangguan. Zat dari rokok akan menyebabkan masalah paru-paru dan gangguan berat pada janin. 

3. Memelihara binatang ternakan

  • Adakah ibu-ibu memelihara kucing atau binatang lain semasa kehamilan?.Memiliki binatang peliharaan sememangnya menghiburkan namun ianya ada kesan negatif. Kotoran daripada binatang akan mendatangkan virus toksoplasmosis. Virus ini akan masuk ke dalam janin dan dapat mengganggu pertumbuhan janin. Risiko besar darpada virus ini adalah keguguran atau cacat janin. Jika ibu hamil memiliki binatang peliharaan elakkan hubungan fizikal atau elakkan haiwan ini sepanjang tempoh kehamilan. 


4. Tertekan dan stress

  • Janin dalam kandungan memiliki ikatan perasaan yang sangat kuat dengan ibu. Ketika ibu berasa tertekan, marah, dan stress janin dapat merasakan hal tersebut. Kesan terlampau stress itu boleh menyebabkan keguguran terutama jika usia kehamilan di bawah 3 bulan. 

5. Memakai Kasut Tumit Tinggi

  • Tubuh ibu hamil akan mengalami pertumbuhan di mana perut akan membesar sehingga bayi cukup bulan untuk dilahirkan. Saat tubuh mengalami perubahan berat badan ia akan memberi kesan kepada bahagian punggung dan otot pinggang. Jika ibu memakai kasut tumit tinggi, otot yang bekerja di sekitar pinggang akan semakin tegang. Ibu akan merasa tidak selesa dan mudah lelah, kaki akan bengkak dan mudah jatuh kerana tidak ada keseimbangan. 


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya