20 November 2016

LANGKAH PENCEGAHAN DAN RAWATAN HFMD


BISMILLAH WAL HAMDULILAH

Jom...sambung balik cerita kita tentang HFMD. Semua dah fahamkan tentang apa itu HFMD dan simptom-simptomnya ...jom kita kenalpasti apakah langkah pencegahan dan rawatan terbaik untuk HFMD.


6 langkah pencegahan dari dijangkiti HFMD

  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.


  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan , tuala , cadar, cawan , sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja, sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli- belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.

CARA MERAWAT HFMD PADA KANAK-KANAK

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut.
  1. Rooibos Tea
    • Gunakan air rebusan teh ini untuk dibuat mandi atau minum. Rooibos tea ini adalah teh yang bebas kafein (kandungan kafein menghampiri 0%)
  2. Sup Tulang/ayam
    • Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.
  3. Perbanyakkan makanan antiviral
    • Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
  4. Tea Tree Oil, Minyak Kelapa Dara
    • Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum
  5. Rebus pakaian dan mainan
    • Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada
  6. Cuci lantai rumah
    • Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil
  7. Vitamin C
    • Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C
  8. Kekalkan terhidrasi (keep hydrated)
    • Berikan anak minum air yang banyak. Boleh juga buat homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gulauntuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
    • bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.
  9. Olivenol, probiotik
    • Ini juga boleh tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus.
  10. Air Kelapa dan air barli
    • Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi
  11. Madu dan jus delima
    • Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut
ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400

1 November 2016

Shaklee Landmark study

ASSALAMUALAIKUM…

Penah dengar x pasal LANDMARK STUDY?

Landmark Study adalah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang dan Syarikat Shaklee ambil risiko untuk buat Landmark Study ni terhadap suplemen mereka untuk buktikan keberkesanan produk shaklee ni. Landmark 

Study ni dijalankan kepada 3 golongan, iaitu:

1. golongan yang tak ambil suplemen
2. golongan yang ambil suplemen brand lain
3. golongan yang ambil suplemen Shaklee

Penting x LANDMARK study?

Penting sangat untuk membuktikan keberkesanan vitamin tersebut dan bukan hanya based kepada Testimoni Pengguna..Kalau nak tau Shaklee adalah salah satu company yang membenarkan Landmark study dibuat ke atas semua produknya untuk memastikan keberkesanan produk tersebut memandangkan setiap penyakit hanya boleh hanya menunjukkan simptom setelah 10-30 tahun. X de kan yang kena Darah Tinggi lepas makan kambing Golek semalam.x de kan? Walaubagaimanapun sesetengah serangan penyakit dipengaruhi oleh gabungan nutrient dan cara hidup kita.

LANDMARK STUDY jugak membuktikan bahawa golongan pengamal supplement lebih berisiko dijangkiti penyakit daripada golongan yang tidak mengamalkan sebarang supplement kecuali Shaklee. Shaklee Landmark Study yang dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007 memang menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan pengamal vitamin lain, dan juga bukan pengamal suplemen.
Terdapat bermacam-macam supplement yang kita blh dapat skrg dipasaran tetapi sejauh mana tahap keselamatannya kita sendiri x dapat kenalpasti  dan ianya pasti akan memberi kesan dalam hidup kita. Bagi sesetengah orang,  yang semuanya nak cepatnie, dia nak ambk supplement tertentu dan nmpk kesannya secepat yang mungkin sedangkan supplement tersebut tidak selamat dan diragui sndiri keselamatannya.

Bagi saya biarlah org cakap kenapa makan supplement Shaklee x de rasa atau jadi apa2pun…Ya..mmg anda tidak rasa kesannya hari ini. InsyaAllah ianya akan memberi kesan kepada anda 10-20 tahun akan datang. Yang penting ianya selamat dan ada LANDMARK STUDY.

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing

.

24 Oktober 2016

APA ITU HFMD?




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Apa itu HFMD


APA ITU HFMD?

HFMD atau lebih dikenali dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Penyakit ini disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus ) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. 

Kebannyakkan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan. 

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT

Tanda atau gejala awal yang dapat dikenal pasti pada sikecil anda ialah:

  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Pada peringkat awal anda akan dapat melihat bintik merah seperti ruam di sekitar mulut, tapak kaki atau tapak tangan sikecil anda. 

  • Ulser di tekak dan mulut
Terdapat ulser di dalam mulut sikecil dan si kecil akan mula menolak makanan dan minuman

  • Demam
Pada peringkat awal si kecil akan diserang demam dahulu dan suhu badan akan meningkat. Ibu-ibu perlu memantau si kecil untuk memastikan suhu badannya tidak meningkat.

  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Ibu-ibu haruslah mengenalpasti keadaan si kecil anda dan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala seperti di atas, pastikan si kecil anda terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Pastikan langkah pencegahan dan keselamatan anak anda diambil bagi mengatasi merawat dan mengatasi HFMD. 


ikhlas penuh cinta
-Ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400



25 September 2016

KENALI APA ITU ARTRITIS REUMATOID




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Alhamdulillah bertemu lagi kita setelah beberapa purnama ummi menyepikan diri...ewahhh.heheeh....sibuk sikit sejak dua menjak + x brapa sihat badan...sibuk dengan kursus hritue dan balik2 haritue mmg demam terus. En.baba cakap ummi kena demam sendi urat...mmg sakit hbis satu badan.Bawak2 insaf sekejap dari segala aktiviti berat.heheheh

Ouchhh...bercakap tentang tentang demam sendi urat sejak kebelakangan ini ramai anak2 muda yang sudah mendapat sakit sendi. Bukankah pada tanggapan kita sakit sendi hanya penyakit yang biasa dihadapi oleh warga emas. Tanggapan kita sebenarnya silap kerana sakit sendi atau dikenali sebagai artritis reumatoid (RA) boleh terjadi kepada semua individu pada semua peringkat umur. 


Penyebab Rheumatoid Arthritis

Penyebab rheumatoid arthritis adalah sistem kekebalan tubuh yang seharusnya melawan infeksi, tetapi justru menyerang sel normal pada persendian dan membuat sendi terasa nyeri, bengkak, dan kaku.

Walau alasan kenapa sistem kekebalan tubuh keliru menyerang tubuh dalam rheumatoid arthritis masih belum diketahui, ada beberapa faktor yang bisa meningkatkan risiko, seperti faktor usia, hormon, genetika, dan kebiasaan merokok.


KENALI APA ITU ARTRITIS REUMATOID



RA paling biasa adalah berlaku pada golongan remaja atau individu muda. Penyakit artritis menyebabkan sakit, bengkak, dan kaku pada sendi. Jika sebelah lutut atau tangan mempunyai artritis anggota badan bertentangan juga biasanya akan turut terjejas. Artiritis sering menjejaskan lebih daripada satu sendi dan boleh terjadi pada mana-mana sendi.



-Radang pada sendi tangan-




Presiden Yayasan Artritis Malaysia yang juga Pakar Runding Reumatology Pusat Kepakaran Universiti Malaya (UM), Professor Madya Sargunan Sockalingam berkata, dianggarkan 0.5 % penduduk Malaysia menderita Reumatoid Artritis berdasarkan data tahun 1990-an dan tiada data baru setakat ini. Sumber- Mingguan Malaysia: Ahad 14.09.2016.


Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran mencengkam dan menggerakkan tangan dalam melakukan tugasan harian seperti memakai baju, mandi, memasak dan melakukan kerja rumah.


Tanda awal Artritis :

  • Demam ringan atau simptom selsema
  • Letih
  • Hilang selera makan
  • Kelenjar bengkak
  • Masalah tidur
  • Lemah badan
Kenal pasti tanda-tanda awal serangan artritis pada tubuh anda..Pastikan langkah-langkah awal dilakukan.

Nanti entry seterusnya saya akan kongsikan dengan semua simptom yang dapat dikenalpasti untuk serangan atritis. Moga ianya dapat membantu semua sahabat.

ikhlas penuh cinta 
-ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400






10 September 2016

EBM untuk Ali

Bismillah wal hamdulillah

Ogos-September yg sungguh sibuk Marathon kursus tahunnie. Alhamdulillah  selamat smpai Home sweet home... 
Jet lag sungguh...hahhaha.naik basja kot 
Harap2 tiada lagi kerja luar sehingga disember

Upss.. Alhamdulillah bekalan Ali 50oz pun selamat smpai rumah. Yg penting niat dan usaha mesti selari wlupun macm2 ujian

#GMFBOT
#GMFFutureLeader

28 Ogos 2016

Cara mengatasi masalah KEGUGURAN rambut


Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua

wahh...dh hampir 4 bulan blog nie bersawang.sungguh kebizian ummi rupanya.hahhaah...Alhamdulillah little huffaz Ali sedang menuju ke angka 4bulan...syukur sgt...mmg mcm2 ujian Allah dh beri wlupun bru 4 bulan...last 2 month Ali suspected HFMD. Alhamdulillah baruja naik dan cepat baik..Ummi dgn baba hanya kuarantin Ali kat rumah ja. This month pulak Ali demam+batuk+selsema..MasyaAllah mmg kesian sungguh tgok..nie dah beransur baik cuma kahak masih ada. Moga Allah mengurniakan yang terbaik sahaja utk anak2 saya esp Little Huffaz Ali...Amin

Ok...sebenarnya oleh sbb dh lama x menulis saya just nak berkongsi masalah problem saya since melahirkan Ali.Alhamdulillah Allah dh memudahkan segala urusan saya selamanie.Kelahiran dan tempoh berpantangkan Ali saya lalui dengan penuh tenang..betulla, apapn kuncinya adalah REDHA..pasti Allah akan titipkan sejuta ketenangan. Sejak saya berpantang baru saya perasan yang saya mengalami masalah keguguran rambut yg agak kronik.Hahaha...pandai2 ja kan.tp mmg terasa kronik sebb tiap kali sikat, MasyaAllah banyak sungguh rambut yang gugur.

Jom...malamnie saya nak kongsi punca2 masalah keguguran rambut dan cara mengatasinya.

CARA MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Berikut adalah punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:
Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

TEKANAN
Selepas bersalin tentulah wanita yang dah jadi ibu akan lebih sibuk sebab perlu uruskan keperluan keluarga, diri sendiri dan bayi yang baru lahir. Lagi kalut kalau si ibu ni bekerja
Dalam kekalutan seharian, belum tentu si ibu sempat untuk betul-betul memberi perhatian kepada diri sendiri dan menguruskan diri dengan sempurna apatah lagi nak memanjakan diri membelai wajah atau rambut.

PEMAKANAN 

Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut.
FAKTOR USIA

Proses penuaan wanita berlaku lebih cepat berbanding lelaki. Sebab tu lah kulit kepala wanita juga menjadi tua dengan lebih cepat. Masalah penuaan ni menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ni kalau dibiarkan dan tak diaktifkan semula bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup terus dan rambut tidak akan dapat tumbuh lagi. Liang-liang rambut yang tertutup ni takkan boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut tapi x kan kita sebagai wanita nak biarkan saja mahkota kita nie keguguran dan terus membotak...haaaa.mst x nak kan..kannnn...


CARA MENGATASI KEGUGURAN RAMBUT

Tukar sikat rambut

Gunakan sikat yang lembut. Sikat yang keras dan kasar akan meyebabkan akar rambut tercabut.

• Tukar cara sikat rambut

Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah. Ini kerana kulit masih lembut, struktur lebih lebih rapuh dan mudah gugur. Rambut juga perlu disikat dengan lembut.

• Elakkan buat rawatan rambut guna bahan kimia

Rawatan rambut yang perlu dielakkan seperti kerintingkan rambut, luruskan rambut atau sebagainya. Semuanya menggunakan bahan kimia. Tunggu sehingga normal dulu


• Potong pendek rambut

Paling mudah potong rambut bagi pendek. Bila pendek mudah dijaga dan tidak perlu ikat. Jika rambut panjang kuantiti rambut yang gugur Nampak lebih banyak. Rambut yang yang gugur ke lantai tidak senang dilihat di mata. Kena vakum selalu. Penggunaan getah ikat rambut juga menambah lagi peluang rambut gugur


• Tukar syampu

Sebaik2 nya tidak menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia. Tukar kepada syampu yang menggunakan bahan semulajadi contohnya syampu yang ada green tea



Tahukah kita yang rambut merupakan tisu yang paling cepat tumbuh pada tubuh. Bagi menggalakkan pertumbuhan tisu, kita memerlukan protein yang cukup dalam badan. Protein yang cukup dapat membentuk sel-sel badan yang baik. Sel-sel yang baik akan menghasilkan rambut yang sihat, kuat dan bermaya. 

Kekurangan zink juga boleh menyebabkan folikel rambut (yang mengikat akar rambut dengan kulit kepala) menjadi lemah.

Tentulah kita nak rambut kita sihat kan? Tapi dari mana kita nak dapatkan sumber protein dan zink ni? Tips yang saya kongsi di atas ni hanyalah rawatan secara luaran. Bagaimana pula nak dapatkan rawatan dalaman?

SUMBER PROTEIN DAN ZINK

atasi keguguran rambut

Protein + Zinc







Protein
Protein yang terdapat di dalam ESP membantu rambut agar segera tumbuh dengan lebih cepat dan sihat jika diambil secukupnya. Sekiranya, pengambilan protein berkurang akan menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan.

Zinc Complex
Zink membantu menguatkan folikel rambut dan mencegah beberapa jenis keguguran rambut. Pengambilan diet yang kurang zink boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah setereusnya menjadi penyebab keguguran rambut. Namun, apabila hormon kembali seimbang risiko kehilangan atau keguguran rambut dapat dikurangkan.
Moga perkongsian ini dapat membantu semua sahabat saya diluar sana...Jangan menung2 lagi...Jom!kita cuba hari ini...
ikhlas penuh cinta
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400

Cinta Hati Ummi

Bismillah wal hamdulillah

Melangkaui 4 bulan terindah bersama Hero hati ummi Al-Hafiz Muhammad Ali Furqan....bulan Ogos yg penuh sibuk utk ummi dan Ogos Yang menyedihkan mungkin utk Ali.. Hehehe

Baba cakap sian Ali.. Kecik2 Dah kena tinggal..eh, K.long Tasneem dlu 30 hari ummi dah tinggal tau...Moga anak2 ummi membesar jadi insan hebat..

Moga September yang bakal kami sekeluarga lalui bakal menjanjikan sesuatu yang lebih hebat hendaknya utk semua... Dan untuk Agama

Aminn

Ikhlas Dari💖💖💖💖
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali🍼

2 Mei 2016

Selamat Datang Cinta


Bismillah wal hamdulillah


Alhamdulillah...selamat datang Cinta hati Ummi dan Baba...Dengan Rahmat dan KasihNya, 14.4.2016 ummi telah selamat melahirkan teruna kesayangan ini melalui pembedahan. Teruna Kacak seberat 4.29 Kg ini telah selamat dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani setelah sibuk bermain dalam perot ummi selama 40 Minggu 6 hari.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu Dustakan?"
(Ar-Rahman: 13)

Melalui perjalanan mengandung yang mencabar...dan penuh ranjau gitu..InsyaAllah akan saya kongsikan dalam entry khas nnt..Biarlah berkongi rasa dan bahagia dengan semua. Walaupun perancangan Allah lebey baik dari perancangan Ummi dan Baba....Yang tertulis itu adalah Qada' QadarNya...

Alhamdulillah sikecil ini telah selamat dinamakan dan ditahnikkan...

MUHAMMAD ALI FURQAN BIN AZMAN

Muhammad

Bermaksud Yang terpuji

Ali

Besar impian dan hajat dihati...biarlah teruna ini mewarisi kepimpinan Saidina Ali...menjadi hebat sepertinya...

Saiyidina Ali .a. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.

Furqan

-Nama yang dipilih oleh en.baba utk hero tercinta....
Bermaksud : Bukti, kenyataan, pembeda benar dan salah

Moga Teruna ini membesar menjadi Insan Hebat yang memberi manfaat pada Agama...Amin





21 Februari 2016

Cerita Cinta Kami

Bismillah wal hamdulillah

Hmmmm..genap seminggu en.baba tinggalkan kami..upsss,tinggal pegi buat keja pun...alhamdulillah,rezki en.baba di Damansara..insyaAllah x lama.tp membawa rindu yg mendalam bg kami 3 beranak...ewahhh.hehhe...

Saya selalu pesan dengn en.baba...pergilah mana pun utk cari rezki kita...saya izinkan..(cewahhh!!dalam hati mmg x rela.kikiki). Kami pernah melalui perjalanan hidup yg susah.Susahla bila en.baba hbis kontrak keja..nk tgu yg match, ada yg makan tahun. Fuhhh!!terimbau kenangan 5 tahun lepas...waktu en.baba menganggur 7 bulan, Tasneem kebetulan suspected pneumonia..Alhamdulillah en.baba dh beringat awal utk ambk insuran utk Tasneem..admit dkt private dkt 5hri.mmg kami sesak sgt x de duit...admit wad pinjam dengan mak saya...yerla,nk check in pun deposit 1k jgk.saya x tau pun en.baba dh kekurangan duit..dipinjamnya dengan sedara dia..yg sedihnya pinjam kejapja tanpa pengetahuan saya, tup2 saya terbaca msg mintk balik duit yg dipinjamkan.wlupun nilai x besar mana bg saya...tp nilai kekeluargaan yg ditanam tue lagi penting..x kisah klu org lainkn,tp ini sedara sendiri.mmg agak ralat bgi saya.ikhlas start dr kejadian tue sya dh pesan dgn en.baba,susah mana pun kita jgn mengharap duit sedara dia. Susah senang biar kita cari sama2...mak saya pun ada...biar x bergaji,yg penting ikhtiar dan kira bicara tue memudahkan kita..Mmg mak saya yg terbaik bg kami..dengan anak menantu mmg x pernah berkira..klu balik mesti bersambut..kat rumah ni sanggup tambahkan bilik utk anak menantu dpt blik tido time cuti2. klu dpt duit padi (peninggalan arwah ayah) pasti tiap2 menantu akan dapt bahagian jgk..x pernah mintak pun.tp mak sya akan bg utk sama2 merasa. Patutlah Allah sentiasa meluaskan rezki mak saya..besarkan kami 8 beradik dengan pencen rm783 saja sebulan..Alahamdulillah 7 beradik kami berjaya jgk ke Universiti..heheh...eh,melencong jauh pulak nie...

1st time kena tinggal lama..sebelum nie pegi Penang pun balik tiap2 mgu wlupun sehari..kalinie mmg menguji kesabaran dan kerinduan...

Moga Allah pelihara en.baba wlu dimna pun...memberi keluasan rezki dan dipelihara iman selalu...

Salam rindu...

Ummi,Tasneem dan Kauthar


17 Februari 2016

Detox dan keperluannya pada kita



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

detoks dan keperluannya



Pernah dengar perkataan DETOX?

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Toksin

Apa itu Toksin? 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?

1. Buang toxin dari dalam badan.

Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.

Toxin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan badan kita sihat walaubagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toxin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit. Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.

Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.

4. Mendapat berat badan yang ideal.

Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

5. Melambatkan proses penuaan.

Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun). Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup.

Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.

7. Meningkatkan tenaga.

Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.

8. Meningkatkan kualiti kulit.

Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.

9. Mental dan emosi yang jelas.

Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.

10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.

Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.


ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar
0124322400
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya