31 Disember 2017

6 CARA PUJUK ANAK UNTUK SERONOK KE TASKA DAN TADIKA


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum semua. .alhamdulillah atas nikmat setahun yg penuh indah Allah kurniakan pada kita..esok bakal menginjak ke tahun baru penuh dengan harapan dan semangat baru..anak2 pun semua akan mula bersekolah esok. Ada yg bakal memulakan  persekolahan pertama kali dan ada yang telah memasuki tahun ke 2,3, dan seterusnya.

Untuk mommy2 yang pertama kali hantar anak ke taska atau tadika,pastinya berdebar-debar nak melihat reaksi si anak esok.hehehhe.Entry sebelum nie ada ummi kongsikan tentang FAKTOR ANAK TIDAK MAHU KE TASKA DAN TADIKA dan harinie ummi nak share tentang cara pujuk anak untuk seronok ke taska dan tadika..

Actually, banyak sebb yang boleh menjadi punca yang menyebabkan anak tidak mahu ke taska dan tadika. Kita sebagai ibu bapa haruslah peka kepada masalah anak2. Antara tidakan yang boleh dilakukan ialah :

1. BERI PENDEDAHAN AWAL

Sebelum menghantar anak ke taska dan tadika buat pertama kali, kita sebagai ibu bapa haruslah memberi gambaran awal dan mendedahkan anak-anak dengan situasi atau persekitaran bakal taska dan tadika yang mana mereka bakal di hantar. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sana seperri ramai kawan, guru yg baik serta tempat permainan.

2. LAWATAN KE TASKA ATAU TADIKA

Setelah memberi pendedahan awal, bawalah anak-anak ke taska dan tadika tersebut agar mereka tidak akan rasa asing di hari pertama. Kenalkan anak-anak kepada guru dan kawan-kawan agar merek Mudah mesra. 

3. LATIHAN BANGUN AWAL

Kanak-kanak seawal umur 4-6 memang sukar bangun pagi. Pastikan sebulan sebelum bermulanya sesi persekolahan kita telah melatih mereka untuk tidur dan bangun awal. Pastikan anak bersiap awal supaya kita sendiri tidak kelam kabut melayan karenah mereka. 

4. BELIKAN ALAT TULIS WATAK KARTUN KEGEMARAN

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk suspaya anak berminat pergi ke sekolah. 

5. JANGAN AMBIL LAMBAT

Kanak-kanak tidak suka jika kita menganbil mereka lambat . Sila jauhi masalah ini kerana dikhuatiri kelewatan kita akan menjadi punca mogok mereka keesokan harinya. 

6. JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK

Pastikan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh dan guru di taska dan tadika agar ia dapat menimbulkan keyakinan kepada anak dan mereka berasa selamat dan sepanjang di taska.  Jika berkesempatan , berikan pujian untuk anak dihadapan pengasuh dan guru bagi menghilangkan ketakutan dan debaran di hatinya.


Nota Cinta :
Ummi Tasneeem.Kauthar. Ali
012. 432 2400


30 Disember 2017

5 PANDUAN MENGATASI KARENAH ANAK MENGIKUT CARA ISLAM.


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua...

Menghadapi karenah yang anak letuskan tidak kira tempat dan masa pastinya menguji kesabaran diri. Tetapi terdapat beberapa tips berlandaskan agama yang boleh dipraktikkkan sejak daripada usia muda anak.

1.  AJAR ANAK MENCINTAI ISLAM


Pupuk rasa cinta anak kepada islam dan ajar dia untuk meneladani sifat Rasullullah SAW dan para sahabat. Itu adalah antara cara terbaik untuk menanamkan akhlak mulia kepada si anak. Apabila anak menjadikan Nabi SAW dan para sahabat sebagai idola sejak kecik, dia pasti akan berusaha mengikuti sifat baginda dan sahabat2 nya.  


2. TANYA PENYEBAB ANAK BUAT PERANGAI


Tanyakan kepada anak mengapa dia meragam. Ambil peduli dengan apa yang diluahkannya. Jika penyebabnya adalah sesuatu yang remeh, anda tidak perlu penuhi keinginannya. Anda perlu jadi seimbang dalam memberi perhatian. Jangan terlampau memanjakan anak pula.

3. BERIKAN PENJELASAN 


Setelah mengetahui penyebab yang menjadi punca, anda sebagai ibu bapa perlu menjelaskan kelebihan dan kekurangan yang bakal dilalui kesan daripada perbuatannya itu. Terangkan kepadanya dalam bahasa yang mudah difahami. Selitkan contoh2 daripada kisah Rasullullah yang anda tahu.

4. BERSIKAP TEGAS


Sekiranya selepas mendapat penjelasan si anak masih berkeras, jangan mudah mengalah ataupun anda pula bertukar menjadi pemarah. Anda hanya perlu bertegas kerana awalnya anak-anak mungkin merengek namun perlahan-lahan dia akan memahami bahawa walaupun berterusan mengamuk , anda tidak akan memberikan apa yang diminta. 


5. BERI PERHATIAN


Karenah anak yang mengada-ngada itu sebenarnya adalah petunjuk yang mereka mahukan perhatian dari anda. Oleh itu, usahakan supaya setiap hari anda sempat bermesra dengan mereka paling baik ialah peruntukkan sedikit masa terluang untuk dihabiskan dengannya sambil berbual-bual bertanya tentang perkembangan harian.

29 Disember 2017

GUSI ROSAK BOLEH MENYEBABKAN KELAHIRAN PRAMATANG


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua.



Pernah x kawan-kawan menghadapi masalah sakit gigi ketika mengandung???ummi alhamdulillah...mengandungkan ketiga2 anak memang x de masalah dengan sakit gigi nie...tapi klu gusi berdarah mmg ada.asal gosok gigija mmg berdarah. 

Ramaija kawan2 ummi yang mengalami sakit gigi ketika mengandung dan yang lagi sedih mmg time mengandung wanita hamil x dibenarkan mencabut gigi. Tapi sebenarnya walaupun x boleh mencabut gigi kita masih boleh untuk melakukan pemeriksaan gigi. Malah, ianya amat disyorkan bagi mengelakkan kerosakan yang mungkin menyebabkab ketidakselesaan.



Bagi wanita mengandung, mereka tidak digalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti pemeriksaan gIgi pada tempoh tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan. Terdapat beberapa sebab mengapa wanita hamil tidak digalakkan untuk menjalani aktiviti agresif pada gigi. Antaranya ialah :

1. TIGA BULAN AWAL iaitu 13 minggu pertama merupakan tempoh untuk kebanyakkan organ dalaman bayi terbentuk dan berkembang. Sebarang rawatan yang memerlukan suntikan seperti utk proses cabutan boleh terus memasuki darah dan ianya harus dielakkan. Namun jika masalah gigi itu serius dan rawatan segera diperlukan dos suntikan yang rendah akan diberi.

2. Elakkan pengambilan antibiotik tanpa pengawasan dan pemantauan doktor. Beritahu doktor tentang kehamilan anda sebelum melakukan pemeriksaan gigi. Doktor boleh meneruskan proses tanpa perlu mendatangkan kemudaratan kepada kita kerana masih ada beberapa jenis antibiotik yang sesuai untuk ibu hamil. 

3. Semasa hamil, gusi mudah menjadi bengkak dan mendapat jangkitan kerana pengaruh perubahan hormon. Disebabkan itu, ramai ibu yang hamil mengalami sedikit pendarahan pada gigi semasa memberus dan flos di celah gigi. Pendarahan gusi mendorong kepada berlakunya ginggivitis dan boleh melarat sehingga menyebabkan penyakit gusi yang kronik (periodontal disease). Penyakit ini menyebabkan kemudaratan kepada janin. Ada ibu yang mungkin bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.

4. Ibu hamil harus meminimumkan prosedur berkaitan pergigian kerana ia turut mengundang ketidak selesaan kepada ibu hamil. Sebagai contoh, bakal ibu yang memasuki trimester ketiga mungkin berasa tidak selesa untuk berbaring di atas kerusi pemeriksaan di klinik gigi kerana berat bayi kan menekan abdomen. Jika boleh tangguhkan seketika sehingga ibu selamat melahirkan.

Antara sebab gigi mudah rosak semasa hamil ialah :

  • Masalah gusi
  • Muntah (asid dari perut boleh menjejaskan permukaan gigi
  • Rasa mengidam terhadap benda-benda manis seperti coklat
  • Loya dan muntah semasa memberus gigi

Moga perkongsian ummi dapat memberi info kepada ibu hamil yang mempunyai masalah gigi sepanjang kehamilan. Untuk penjagaan,elakkan mengambil makan manis dan bergula. Amalakan pengambilan kalsium yang boleh membantu mengatasi masalah gigi dan tulang sepanjang kehamilan anda.

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-



28 Disember 2017

8 JENIS HERBA YANG PERLU DI ELAKKAN SEBELUM MENJALANI PEMBEDAHAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Herba merupakan salah satu dari kandungan makanan tambahan yang digunakan pada masa kini dan menjadi pilihan ramai orang. Di Amerika Syarikat sendiri, berjuta rakyatnya menggunakan supplemen herba untuk manfaat kesihatan.


Herba boleh memberikan kesan sampingan yang tidak dijangka kerana sesetengah suplemen herba ini tidak diuji atau diselia tahap keselamatannya oleh FDA atau PENTADBIRAN MAKANAN DAN UBAT. Bagi kebanyakkan supplemen herba bukan semua aktifnya dapat diketahui. Proses pengeluarannya juga tidak dikawal dengan baik dan akan menyebabkan sesetengah supplemen mungkin mengandungi bahan yang tiada pada label.

Pengambilan herba sebelum pembedahan boleh menyebabkan tindak balas negatif dengan ubat bius atau pendarahan yang tidak berhenti semasa pembedahan. American Medical Association menyenaraikan lapan supplemen herba yang boleh menimbulkan masalah jika kita perlu menjalani pembedahan iaitu

1. ENCHINACEA




Sejenis herba yang berasal purple cornflower dan diambil bagi meredakan demam, jangkitan, artritis dan ulser. Sekiranya anda mempunyai masalah hati dan dibius semasa mengambil herba ini, anda boleh mengalami masalah hati rosak.

2. EPHEDRA




Disebut juga sebagai ma-huang iatu herba yang berasal daripada tumbuhan Ephedra Sinica yang digunakan untuk menangani asma dan mengurangkan selera makan. Apabila diambil bersama sesetengah ubat bius ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan ritma jantung tidak normal.FDA telah mengharamkannya pada tahun 2003 kerana pernah dikaitkan dengan beberapa kematian.

3. BAWANG PUTIH




Digunakan untuk menurunkan paras tekanan darah dan kolestrol. Ia juga boleh meningkatkan kesan ubat yang digunakan dalam mengawal gula darah, memcairkan darah, pil tahan sakit, dan boleh menyebabkan pendarahan semasa atau selepas pembedahan.

4. GINGKO




Diambil untuk meningkatkan memori. Tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan semasa atau slepas pembedahan dan membuatkan kesan sedatif ubat bius berpanjangan.

5. GINSENG




Diambil untuk meransang tenaga atau menurunkan paras gula darah. Semasa pembedahan boleh menyebabkan darah tinggi dan degupan cepat menjadi laju.

6. KAVA




Berasal dari tumbuhan piper methysticum yang digunakan bagi melegakan otot dan saraf di mana ia mungkin berbahaya kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan disebabkan interaksi dengan lain-lain ubatan. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan hati.

7. ST. JOHN'S WORT.




Juga dikenali sebagai goatweed. Ia diambil untuk mengatasi dan melegakan kemurungan dan kegelisahan . Semasa prosedur pembedahan ia boleh menyebabkan gangguan sesetengah ubat bius dan menyukarkan anda untuk pulih dari kesan ubat bius.

8. VALERIAN




Berasal dari pokok Valerina Officinalis yang juga digunakan untuk melegakan kegelisahan dan ia boleh mengganggu interaksi ubat bius dan menyukarkan anda utk sedar selepas pembedahan. Ia juga boleh menyebabkab ritma jantung tidak normal.

27 Disember 2017

MANFAAT GLA DALAM MEMBANTU MASALAH WANITA

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua..Ramaija saya rasa golongan wanita yang mengalami masalah senggugut dan kira mereka yang sudah berkahwin atau belum. selain membantu masalah senggugut,terdapat pelbagai lain lagi manfaat GLA.

Hasil kandungan GLA ini adalah BORAGE SEED. BLACKCURRANT DAN EPO. Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid)  yg di jual dipasaran dihasilkan oleh Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih 2x ganda GLA EPO.

Borage juga adalah 3 kaliblebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kaliblebih berkesan dari EPO. Antara manfaat lain GLA yang kita perlu tahun ialah :



1. HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI

Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

2. MENGAWAL SELIA ESTROGEN DAN TESTOSTERON

GLA membentuk prostagladin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara

3. MELAMBATKAN MENOPAUS

Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes. Insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kepada uterus untuk kulit lebih muda

4. MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY

GLA mempeebaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. MENENTANG KANSER

GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

6. MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT

Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak terjadi dari rheumatisma dan artritis.


GLA ini juga boleh diambil oleh golongan lelaki tidak termaktub untuk wanita sahaja kerana supplemen GLA asid linoleik yang penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan ia hanya dapat diperolehi daripada makanan


26 Disember 2017

MASALAH KETIDAKSUBURAN KEPADA PASANGAN YANG PERLU KITA KETAHUI




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua

Hari nie ummi nak share dengan kawan-kawan tentang masalah ketidaksuburan dikalangan suami dan isteri. Bila bercakap tentang tidak subur, ramai yang beranggapan hanya wanita yang biasanya tidak subur. Sedangkan masalah ketidaksuburan ini juga boleh berlaku pada suami atau orang lelaki. Untuk memastikannya, kedua-dua pihak haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan/kesuburan di hospital. 

Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita. Ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi semakin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita,” ujarnya.   Sebelum berusaha untuk merawat masalah ketidaksuburan, adalah lebih baik untuk mengenali punca-punca ketidaksuburan terlebih dahulu



MASALAH KETIDAKSUBURAN

Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.

Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi  jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.

MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN WANITA

1. Endometriosis


Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain  cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).

Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia  akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.

Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh  sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.


2. Kerosakan tiub follopio

Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan  berenang  ke  ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.

Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat  jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

3. Hormon dan haid

Ketidakseimbangan hormon adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormon tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.

Ketidakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

4. Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser

5. Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome-PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN LELAKI



KEKURANGAN SPERMA

Kurang sperma juga dikenali sebagai oligospermia adalah salah satu masalah ketidaksuburan untuk lelaki dimana cecair air mani suami ejakulasi mengandungi jumlah sperma yang kurang daripada biasa.  Ia akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Jumlah sperma dianggap rendah daripada biasa jika suami mempunyai kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani. Walaubagaimanapun, ramai lelaki yang mempunyai masalah sperma masih berjaya menjadi ayah.


PUNCA KEKURANGAN SPERMA

Antara punca kekurangan sperma ialah seperti
  • Lewat usia , Umur melebihi 35 atau lebih tua
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dan dadah.
  • Terdapat unsur genetik yang tidak normal.
  • Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan.
  • Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat.
  • Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan.
  • Ketidakseimbangan hormon.
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
  • Mempunyai vasektomi sebelum itu.
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
  • Mempunyai penyakit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik.
  • Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu.
  • Berbasikal bagi tempoh yang lama, terutama di kerusi yang keras

CARA MENGATASI

Tingkatkan imuniti :
  • Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
  • Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesiti. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh piramid makanan
  • Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
  • Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
  • Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.

25 Disember 2017

KHASIAT HERBA YANG SELALU KITA TEMUI DI RUMAH



Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum.

Herba boleh disifatkan sebagai tumbuhan atau bahagian tumbuhan  yang digunakan untuk tujuan perubatan atau bau aromatik yang harum atau pedas. Bagi wanita yang suka memasak. Terdapat beberapa herba yang wajib ada di rumah tidak kira d tanam sendiri ataupun dibeli. 

Herba ini merupakan keperluan yang wajib ada untuk memasak. Penggunaan herba ini tidak terhad kepada satu bahagin tumbuhan sahaja. Buah, daun, akar sehinggalah kulit kesemua bahagian tumbuhan ini boleh membawa seribu satu kebaikan kepada tubuh badan.  Jom berkongsi manfaat serta kebaikan beberapa herba yang biasa kita gunakan di rumah seperti :


1. HALIA



Halia membantu bagi proses menguruskan badan di samping mengatasi masalah perut buncit. Ia juga baik untuk lelaki untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Bagi mereka yang mengalami sakit kepala, halia membantu mengurangkan rasa sakit serta ia juga boleh mengurangkan rasa mual dan masalah ketidakhadaman.

2. KULIT KAYU MANIS



Kulit kayu manis membantu mengurangkan masalah selesema dengan cara mengunyah atau campur sedikit kulit kayu manis di dalam susu dan minum. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah senggugut. Sekiranya anda mengalami masalah sakit gusi dan masalah nafas berbau, berkumurlah dengan air kulit kayu manis.


3. LADA HITAM



Lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit birit dan melawaskan kencing. Caranya mudah, rebus dua sudu lada hitam yang telah dibersihkan dengan dua cawan air. Tapis dan minum.

Daun pokok lada hitam juga boleh merawat demam panas. Caranya dengan menumbuk hancur daun lada hitam dan sapukan di dahi.

4. SERAI




Pengambilan teh serai ketika sedang haid dapat mengurangkan gejala senggugut dan mual. Minum serbat (ait rebusan) serai ketika hari panas dapat membantu menyejukkan badan.

Serai juga boleh membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

5. LENGKUAS




Daun lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Caranya mudah, tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di kawasan panau. Ulang beberapa kali.


Untuk mencegah rasa mabuk laut dan rasa mual, kunyah beberapa hirisan lengkuas. Lengkuas juga boleh menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, pertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan perawatan rambut. 

24 Disember 2017

NAK KURUS TETAPI SELALU LAPAR????



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...

Bagi kawan-kawan yang sedang cuba untuk berdiet, memang setiap masa akan berperang dengan rasa laparkan???hahhaa...nk mengawal nafsu makan tue bukanlah sesuatu yang mudahkan....

Rasa lapar tidak selalu disebabkan kerana kita belum makan. Kurang tidur, terlalu stress, gangguan hormon, emosi jiwa bahkan menonton TV juga dapat membuat kita lapar. Selain itu, ahli endokrin (hormonal) Dr. Belinda Lennerz menyatakan pilihan makanan kita juga mempengaruhi rasa lapar. 



Lennerz menjelaskan, makanan yang tinggi lemak, protein, dan serat membantu tubuh mencapai rasa kenyang selama beberapa jam sebelum waktu makan, tetapi makanan yang berasaskan karbohidrat sederhana seperti roti putih, nasi putih, makanan berasaskan kentang dan minuman manis menyababkan kita selalu ingin makan lagi kerana ia cepat diserap dan dicernakan.


CARA MENURUNKAN BERAT BADAN UNTUK MEREKA YANG SUKA MAKAN 

  • Makan menggunakan piring kecil
  • Pilih karbohidrat yang mengandungi banyak serat seperti beras merah atau gandum penuh (whole wheat)
  • Ganti makanan manis dengan lebih sihat
  • Minum dua gelas air sebelum makan
  • Ambil lebih protein
  • Bergerak dengan lebih aktif 
  • Dapatkan tidur yang cukup

5 BUAH RENDAH GULA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN



  • Keluarga beri ( strawberi, rasberry dan blackberry)
  • Tembikai
  • Avokado
  • Kiwi
  • Leman dan limau

70 % KELIHATAN LEBIH PENUH

  • Makan dengan pinggan yang bersaiz kecil membolehkan anda makan makanan yang digemari tetapi dengan saiz hidangan yang lebih sedikit.Penyelidikan Universiti Groningen mendedahkan pinggan yang 70% kelihatan penuh membuat kita merasa cukup makan. Padahal jika diletakkan ke pinggan normal, porsinya kelihatan lebih sedikit. 
Moga perkongsian ummi ini dapat membantu sahabat-sahabat yang sedang dan dalam perjalanan untuk berdiet..Yang penting istiqamah dan terus menjaga pemakanan anda. Pastikan pengambilan air mengikut kadar keperluan tubuh anda.


Jadual keperluan air mengikut berat badan

"Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air"


Kesimpulannya, pastikan niat asal kita adalah kurus untuk sihat...dan untuk menjalankan tugas2 kita sebagai hambanya. Amin. 

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-


FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SLE




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...

Pernah dengar x tentang penyakit SLE???Harinie ummi nak share sikit tentang SLE..Teringat sorg customer en.baba yang mmg x pernah miss ambik VIVIX setiap bulan untuk anakandanya yang menghidap SLE. Teringat kenangan dia dtg malam2 ke rumah semata2 nak cari VIVIX. Nak cari vivix online takut kena tipu katanya. So dia dtg umah sendiri cari kami suami isteri. Kesiankan...kebetulan waktu tu anaknya warded sebab nak cuci buah pinggang. Then ada sorg doktor suggest suruh cari vivix...Maka bermulalah beliau sebagai customer kami. 

Apa itu SLE




Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)


Jenis-jenis lupus :




Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.



Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.


Gejala Awal SLE

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah :
  • Radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. 
  • Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Ciri-ciri penyakit ialah:

  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Fakta Ringkas
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Bagaimanakah SLE boleh dirawat?

Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. 

Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

22 Disember 2017

FAKTA TENTANG KANSER PAYU DARA YANG PERLU KITA TAHU





BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA…


Kanser payudara adalah sejenis barah di mana berlakunya pembentukan sel kanser di dalam tisu payu dara. Sel yang terjejas boleh menyerang tisu di sekitarnya, namun pemeriksaan dan rawatan awal , kehidupan dapat seperti biasa. Kanser payudara merupakan kanser yang paling sering didiagnosis dan merupakan pembunuh di kalangan wanita. 


Perkataan kanser diambil dari bahasa latin “crab”. Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan. Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:
  • Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
  • Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
  • 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi kaum Melayu

Jenis-jenis kanser payudara

  1. Kanser setempat ‘Carcinoma in situ’ : 
Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.

2. Kanser saluran ‘Ductal carcinoma in situ’ (DCIS): 

Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.

3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): 

Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.

4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): 

Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.

5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): 

Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

4 FAKTA TENTANG KANSER PAYU DARA 

1. 1.7 Juta kes telah didiagnosis pada tahun 2012 dan ia meliputi 25 peratus kanser di kalangan wanita.

2. Setiap tahun, lebih kurang 500,000 wanita meninggal dunia disebabkan oleh kanser payudara, yang mana jumlahnya lebih besar daripada populasi penduduk di Brunei.

3. 1 daripada 20 wanita Malaysia berisiko untuk menghidap kanser payudara sepanjang hidup mereka.

4. Lazimnya, kumpulan umur wanita di negara kita yang menghidap kanser payudara adalah dalam lingkungan 40-49 tahun.

Gejala-Gejala Kanser Payudara

  • Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
  • Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:

  1. Bengkak pada sebahagian payudara
  2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  3. Puting masuk ke dalam atau sakit
  4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  6. Ketulan pada bahagian ketiak

Bagaimana kanser payudara dikesan?

  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)– wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
  3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.

4 CARA BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

1. Membantu melindungi dan membaiki DNA di dalam sel badan. Kalau kita ada sel yang sihat secara automatik sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik. Ini antara powerful kandungan yang ada dalam vivix, kandungan daripada alam semulajadi yang ada dalam sebotol vivix tu.
2) Berfungsi untuk meningkatkan prestasi sel. Prestasi sel ni bermaksud untuk sel ini bekerja ,ia perlukan sesuatu yang sihat. Tetapi sel akan banyak tak sihat disebabkan oleh AGE Protein yang ada banyak dalam sel.
AGE protein ini ialah protein daripada access sugar yang berlebihan, contoh karbohidrat yang berlebihan yang tak digunakan dalam badan , ia akan membentuk AGE protein.
AGE protein ni sangat jahat. Ia datang dalam keadaan menyerang sel-sel badan kita yang sihat, lama-kelamaan sel badan kita menjadi makin lemah dan makin lemah, lama-kelamaan sel menjadi mati. Apabila sel mati, maka keseluruhan sel badan kita tak dapat berfungsi dengan baik
3) Kandungan dalam Vivix membantu meningkatkan tenaga sel. As we know, sel kita kita akan sentiasa bergerak-gerak dan sel ni akan divide untuk ia menjalankan fungsinya.
Dengan pengambilan Vivix, kajian menunjukkan kandungan yang ada dalam vivix tu,menunjukkan ia membantu meningkatkan kadar penghasilan tenaga sel iaitu mitochondria dalam sel meningkat.
4) Menggalakkan kekuatan Telomere. Hasil kajian Shaklee, mereka yang mengamalkan vivix ini, kadar pemendekkan telomere (protective cap untuk DNA), dalam sel kita akan berkurang. 
Kadar pemendekkan telomere 40% untuk orang yang mengamalkan  Vivix. Maksudnya kadar pemendekkan telomere untuk pengguna vivix 40% kurang daripada orang yang tidak mengamalkan Vivix.
Apabila usia kita makin meningkat, Telomere nie akan makin memendekan. Ianya akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada penyakit kanser,penuaan dan penyakit penyakit kronik.
Jadi Vivix membantu dalam mencegah kanser dengan melindungi sel dan  memperbaiki sel. Vivix membantu membaiki sehingga ke SEL DNA dan oleh  itu ia sememangnya bagus untuk mereka yang ingin mencegah kanser.
 Moga perkongsian ini mampu membantu kita sebagai kaum wanita untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan. Bersamalah kita menjaga pemakanan disamping mengamalkan gaya hidup sihat. 
Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya