26 Disember 2017

MASALAH KETIDAKSUBURAN KEPADA PASANGAN YANG PERLU KITA KETAHUI




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua

Hari nie ummi nak share dengan kawan-kawan tentang masalah ketidaksuburan dikalangan suami dan isteri. Bila bercakap tentang tidak subur, ramai yang beranggapan hanya wanita yang biasanya tidak subur. Sedangkan masalah ketidaksuburan ini juga boleh berlaku pada suami atau orang lelaki. Untuk memastikannya, kedua-dua pihak haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan/kesuburan di hospital. 

Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita. Ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi semakin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita,” ujarnya.   Sebelum berusaha untuk merawat masalah ketidaksuburan, adalah lebih baik untuk mengenali punca-punca ketidaksuburan terlebih dahulu



MASALAH KETIDAKSUBURAN

Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.

Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi  jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.

MASALAH KETIDAKSUBURAN DI KALANGAN WANITA

1. Endometriosis


Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain  cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).

Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia  akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.

Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh  sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.


2. Kerosakan tiub follopio

Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan  berenang  ke  ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.

Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat  jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

3. Hormon dan haid

Ketidakseimbangan hormon adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormon tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.

Ketidakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

4. Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser

5. Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome-PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN LELAKI



KEKURANGAN SPERMA

Kurang sperma juga dikenali sebagai oligospermia adalah salah satu masalah ketidaksuburan untuk lelaki dimana cecair air mani suami ejakulasi mengandungi jumlah sperma yang kurang daripada biasa.  Ia akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Jumlah sperma dianggap rendah daripada biasa jika suami mempunyai kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani. Walaubagaimanapun, ramai lelaki yang mempunyai masalah sperma masih berjaya menjadi ayah.


PUNCA KEKURANGAN SPERMA

Antara punca kekurangan sperma ialah seperti
  • Lewat usia , Umur melebihi 35 atau lebih tua
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dan dadah.
  • Terdapat unsur genetik yang tidak normal.
  • Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan.
  • Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat.
  • Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan.
  • Ketidakseimbangan hormon.
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
  • Mempunyai vasektomi sebelum itu.
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
  • Mempunyai penyakit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik.
  • Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu.
  • Berbasikal bagi tempoh yang lama, terutama di kerusi yang keras

CARA MENGATASI

Tingkatkan imuniti :
  • Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
  • Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesiti. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh piramid makanan
  • Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
  • Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
  • Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya