Anda pernah sakit tulang?rasa sakit pada sendi?hehehe....Mungkin anda menghidap osteoprosis.
Apa itu osteoprosis?
-Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang,
menyebabkan tulang menjadi rapuh.
-Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti
span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini
melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
-Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang
menjadikannya kuat.
-Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya
disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang
patah.
-Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul
retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
-Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami
retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Simptom
-Tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak
tulang dengan mudah.
-Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun
lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis
sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.
-Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan
teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.
-Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan
menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan
pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.
-Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum
atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis
boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.
-Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan
terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku
walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat
kerana kualiti tulang yang teruk
Golongan Berisiko
- Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal
- Mereka yang selalu mengambil minuman beralkohol kerana alkohol akan menghalang penyerapan kalsium
- Merokok – racun yang terdapat di dalam rokok boleh memberi kesan kepada tulang. Kepada wanita yang merokok, ia boleh menyebabkan proses menopaus yang lebih awal akan berlaku.
- Berat badan yang kurang
- Kurang pengambilan kalsium
- Faktor keturunan di mana terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah Osteoporosis
- Menopaus awal di mana seorang wanita mengalami masalah menopaus sebelum usia 45 tahun
Langkah Pencegahan
-Osteoprosis bukanlah sejenis penyakit yang boleh disembuh sebaliknya hanya boleh dicegah. Langkah pencegahan yang dapat dilakukan ialah:
- Mengelakkan melakukan aktiviti atau kerja yang berat yg blh memberi kesan kepada tulang
- Mengambil sumber kalsium yang secukupnya. disamping sumber nutrient lain seperti zink, protein, magnesium dan vitamin D. Ini bertujuan mengekalkan kesihatan tulang yang sihat.
- Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari
- Mengambil supplement tambahan seperti OSTEMATRIK
Kandungan OSTEMATRIX
Untuk keterangan lanjut blh hubungi sya:
FAKHRATI /AZMAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
928633
0124322400/0174522763
kembaraperjalanan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan