21 Februari 2016

Cerita Cinta Kami

Bismillah wal hamdulillah

Hmmmm..genap seminggu en.baba tinggalkan kami..upsss,tinggal pegi buat keja pun...alhamdulillah,rezki en.baba di Damansara..insyaAllah x lama.tp membawa rindu yg mendalam bg kami 3 beranak...ewahhh.hehhe...

Saya selalu pesan dengn en.baba...pergilah mana pun utk cari rezki kita...saya izinkan..(cewahhh!!dalam hati mmg x rela.kikiki). Kami pernah melalui perjalanan hidup yg susah.Susahla bila en.baba hbis kontrak keja..nk tgu yg match, ada yg makan tahun. Fuhhh!!terimbau kenangan 5 tahun lepas...waktu en.baba menganggur 7 bulan, Tasneem kebetulan suspected pneumonia..Alhamdulillah en.baba dh beringat awal utk ambk insuran utk Tasneem..admit dkt private dkt 5hri.mmg kami sesak sgt x de duit...admit wad pinjam dengan mak saya...yerla,nk check in pun deposit 1k jgk.saya x tau pun en.baba dh kekurangan duit..dipinjamnya dengan sedara dia..yg sedihnya pinjam kejapja tanpa pengetahuan saya, tup2 saya terbaca msg mintk balik duit yg dipinjamkan.wlupun nilai x besar mana bg saya...tp nilai kekeluargaan yg ditanam tue lagi penting..x kisah klu org lainkn,tp ini sedara sendiri.mmg agak ralat bgi saya.ikhlas start dr kejadian tue sya dh pesan dgn en.baba,susah mana pun kita jgn mengharap duit sedara dia. Susah senang biar kita cari sama2...mak saya pun ada...biar x bergaji,yg penting ikhtiar dan kira bicara tue memudahkan kita..Mmg mak saya yg terbaik bg kami..dengan anak menantu mmg x pernah berkira..klu balik mesti bersambut..kat rumah ni sanggup tambahkan bilik utk anak menantu dpt blik tido time cuti2. klu dpt duit padi (peninggalan arwah ayah) pasti tiap2 menantu akan dapt bahagian jgk..x pernah mintak pun.tp mak sya akan bg utk sama2 merasa. Patutlah Allah sentiasa meluaskan rezki mak saya..besarkan kami 8 beradik dengan pencen rm783 saja sebulan..Alahamdulillah 7 beradik kami berjaya jgk ke Universiti..heheh...eh,melencong jauh pulak nie...

1st time kena tinggal lama..sebelum nie pegi Penang pun balik tiap2 mgu wlupun sehari..kalinie mmg menguji kesabaran dan kerinduan...

Moga Allah pelihara en.baba wlu dimna pun...memberi keluasan rezki dan dipelihara iman selalu...

Salam rindu...

Ummi,Tasneem dan Kauthar


17 Februari 2016

Detox dan keperluannya pada kita



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

detoks dan keperluannya



Pernah dengar perkataan DETOX?

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Toksin

Apa itu Toksin? 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?

1. Buang toxin dari dalam badan.

Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.

Toxin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan badan kita sihat walaubagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toxin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit. Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.

Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.

4. Mendapat berat badan yang ideal.

Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

5. Melambatkan proses penuaan.

Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun). Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup.

Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.

7. Meningkatkan tenaga.

Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.

8. Meningkatkan kualiti kulit.

Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.

9. Mental dan emosi yang jelas.

Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.

10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.

Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.


ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar
0124322400

12 Februari 2016

Tips Pengambilan Air Mencukupi untuk Keperluan Badan


Bismillah wal hamdulillah..


Panas sungguh kan sekarang nie...kesian anak2, asyik batukja. en.baba yang bekerja dekat site pun memang batuk dah berapa minggu...Saya mmg dh pesan suruh banykkan minum air...bukan apa, risau batuk x lega ja....kadang2 tanya jgk, minum air x?awak minum sikitja yek?en. baba mmg orang yg slalu minum air masakja...hehehe...

Jom kita lihat fakta mengenai keperluan air dalam tubuh kita.
Mengikut kajian ahli kesihatan, 2/3 daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Air merupakan media bagi segala proses biokimia dalam tubuh. Oleh sebab itu, kebersihan air minuman menentukan kesihatan seseorang. Air adalah bahagian utama dalam tubuh kita, di mana manusia boleh hidup tanpa makan selama 17 hari tetapi manusia tidak boleh hidup melebihi 3 hari tanpa minuman. 


Berapa banyakkah air yang diperlukan oleh tubuh badan kita?


Melalui aktiiviti harian kita bernafas , mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan air besar atau aktiviti seharian menyebabkan air hilang dari badan.Jadi air perlu digantikan semula agar proses dalam tubuh dapat berjalan dengan lancar

Institute of Medicine menyatakan bahawa keperluan air  orang dewasa lelaki antara 3 liter atau setara dengan 13 gelas air,bagi wanita  dewasa antara 2.2 liter setara dengan 9 gelas air  setiap hari 
TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI
  • Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri

  • Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
  • Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
  • Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
  • Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
  • Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
  • Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
  • Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
  • Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
  • Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400


11 Februari 2016

VIVIX untuk mengatasi masalah Buah Pinggang



Bismillah wal hamdulillah

Buah pinggang adalah salah satu organ yang penting dalam tubuh, namun kesihatannya diambil mudah.Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal, kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali.  

Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang

  • Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  • Darah keluar bersama-sama air kencing.
  • Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
  • Bengkak pada pergelangan kaki.
  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Ketika penyakit buah pinggang menyerang, tanda-tanda dan gejala di bawah ini juga boleh muncul secara bertahap. Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tanda awal penyakit buah pinggang adalah:
  1. Sentiasa merasa penat
  2. Hilang nafsu makan
  3. Merasa mual dan muntah
  4. Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
  5. Gatal-gatal
  6. Mati rasa pada tangan dan kaki
  7. Kesukaran ketika membuang air kecil
  8. Mengantuk
  9. Tekanan darah tinggi
  10. Anemia
  11. Masalah penumpuan
  12. Masalah tidur
  13. Kekejangan otot
  14. Kulit menjadi gelap
Sempena promo Vivix...saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana Vivix membantu pesakit buah pinggang. Ramai pesakit buah pinggang yang takut nak mencuba suplemen kerana bimbang ia akan semakin membebankan buah pinggang atau mungkin semakin menjejaskan masalah buah pinggang mereka..

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2



Vivix memang terkenal dengan khasiat hebat yang memang x mungkin diragui....selain buah pinggan, saya dah kongsikan bagaimana vivix membantu mengatasi masalah diabetes...(boleh klik disini)

untuk pengetahuan lanjut dan info mengenai VIVIX boleh hubungi saya sendiri...

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya