14 Ogos 2017

CARA HILANGKAN RESDUNG



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua..

Pernah x kawan2 ada sahabat yang ada masalah resdung???suami saya one of the people with resdung problem. Macammana saya tau?oh, suami saya mmg akan alah pada habuk dan cuaca. Kalau tempat yang berhabuk mmg dia akan mudah bersin dan jika cuaca sejuk sgt pun dia akan mula alami masalah sinus. Them encik baba nie akan mudah demam dan selsema jika kena hujan. Tapi yang bersinnya mmg blh tahanla...sokmo2 pulak tue....alahan pada hidung pun slalu jadi iaitu gatal2 pada hidung. 

Saya nie mmg jenis yang payah ambik ubat dan mmg takut nak makan ubat. Takut makin teruk, pastue mati.hahaha...Fobia kot..Alhamdulillah since amalkan Shaklee nie mmg kami suami isteri dah lama x makan ubat.

Alhamdulillah saya mula berikan en.suami dengan set resdung Shaklee sejak setahun yang lalu. Alhamdulillah mmg makin berkurang dan makin baik..
Antara supplement Resdung dalam SET RESDUNG SHAKLEE ialah :


  1. OMEGA GUARD
  2. ALFALFA COMPLEX
  3. B COMPLEX
  4. SR-VITA C PLUS




Antara fungsi-fungsi nya adalah :

1. OMEGA GUARD

  • Mengurangkan impak faktor pencemaran
  • Meransang sistem imun


2. ALFALFA COMPLEX

  • bertindak untuk buang toksik dalam badan
  • melawaskan usus
  • mengurangkan kelesuan
  • melegakan sakit ketika haid
  • membuang angin dalam badan
  • baik untuk masalah resdung, eczema, allergy etc
  • mengurangkan sakit sendi dan badan
  • merawat masalah keputihan wanita
  • bertindak seperti kacip fatimah pada isteri
  • meningkatkan stamina suami
  • melancarkan penghasilan susu ibu yang menyusukan anak
  • membesar dan menegangkan payudara
  • pulihkan urat selepas bersalin

3. B COMPLEX

  • membantu meredakan alahan . Ia juga mengandungi kesemua 8 bitamin (B1, B2, B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin)


4. SR-VITA C PLUS

  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.

testimoni resdung yang dihadapi Selama 10 tahun



Alhamdulillah setelah menggunakan SET RESDUNG shaklee saya perasan yang Bersin Dan gatal2 hidung en.suami dh makin kurang.. Yg lagi seronok, penyakit demam lelama en.suami pun dh jarang2.Yalah,vita C juga membantu meningkatkan antibodi tubuh. Mmg best Dan terbaik. 


Ikhlas penuh 💖💖💖
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400

11 Ogos 2017

TIADA LAGI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua..

Anak2 dah tidur belaka, tinggal ummi dan baba yg still dok buat keja memasing. Saja tdi sembang2 dengan en.baba dia tnya mana p habis OSTEMATRIX yang saya beli last month??

Aiyooo...dia x sedaq rupanya Ostematrix nie mmg laku keras. Sebotol darinya customer saya yang dalam pantang ambil.Katanya kena sembelit. hahaha...xpernah2 pun, tup2 dalam pantang kali nie sembelit.

TIADA LAGI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN


Fuhhh..klu cakap bab sembelit lepas bersalin teringat2 saya crita 5 tahun yang lalu saat bersalinkan anakanda ke-2.Hoiiii, saya kena sembelit kot.MasyaAllah, xpernah rasa lagi. Smpai menangisla saya mana x nya dengan mintak ubat dengan Nurse depa suruh tunggu doktor mai melawat. Tudiaaa, yang kita nie pucat lesi dan tahan sakit.Allah...mmg sakit hbis satu badan..Sakit hati lagi x payah kira la...hahaha..azab sungguh orang cakap.

Alhamdulillah, bila bersalin anak ke-3 saya dah makin alert.hehehe..dah get ready segalanya. Ostematrix sebotol saya bawak ke hospital. Mmg lepas sedarja, nurse bagi ubat maka saya pun selitkan bersama ostematrix 4 biji. Alhamdulillah mmg saya lawas sangat dan membuang dengan jayanya. Siap bangga kot bila nurse tnya mommy dah buang belum???lajuja saya jawab YA.hehehe

Alhamdulillah mmg sampai sekarang saya amalkan ostematrix walaupun saya x dak masalah pembuangan. 

Buat kawan2 yang alami masalah sembelit atau pun selepas bersalin blhla amalkan OSTEMATRIX dalam pemakanan seharian kita. Saya nie mm yang jenis malas nak minum susu, so jalan mudah ambkja 4 Tablet Ostematrix untuk 1 hari.

Untuk mengetahui tentang khasiat ostematrix blh klik link kat bawah


untuk pembelian blh wassap saya atau blh buat order di bawah




ikhlas penuh cinta
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400

6 SIMPTOM KEHAMILAN YANG PERLU DIAWASI


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Alhamdulillah anakanda Muhammad Ali Furqan dan menginjak ke 1 tahun 4 bulan.Fasa baru untuk beliau yang sedang belajar bercakap. Ada a few words yang dh blh diucapkan seperti : baba, bird, mbek, saya, beg, dan cat.hehehe...comelkan.

masih terkenang2 ummi saat hamil baby bongsu nie. Kandungan lelaki, besar dan memang mcm2 masalah ummi hadapi saat membawa Ali sepanjang 40 minggu 7 hari.Pengalaman melahirkan yang juga dikira cukup manis walaupun ummi czer anak ke3.Phewww..manis sgt.hehehe.Alhamdulillah Allah permudahkan kelahiran baby boy seberat 4.29 kg.

Moment hamil nie ummi rasa moment yang paling ditunggu2 oleh sesiapa sahaja yang bergelar isteri. baik hamil anak pertama, kedua dan seterusnya. Setiap kali kehamilan tue pasti x sama pengalaman dan alahannya dan kita sendiri x pasti sama situasi itu normal atau tidak.

Jom kita berkongsi beberapa simptom-simptom kehamilan yang perlu kita risaukan dan ambil peduli. 



1. SAKIT DI BAHAGIAN ABDOMEN

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh jadi merupakan petanda bagi beberapa perkara. Anda mungkin mengalami :
  • ketakcernaan yang teruk
  • jangkitan virus dalam perut
  • keracunan makanan
Sekiranya anda dalam trimester kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan praeklampsia iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2. SAKIT BAHAGIAN BAWAH PERUT

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda : 
  • kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim)
  • keguguran
  • kelahiran pramatang
  • fibroid menyusut dan berdarah
3. DEMAM

Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom selsema, hubungi doktor anda pada hari yang sama. Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera kerana anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Sekiranya suhu melebihi 39 bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. 

4. GANGGUAN PENGLIHATAN

Hubungi doktor sekiranya dalam trimester kedua kehamilan anda mengalami :
  • penglihatan berganda
  • penglihatan kabur
  • penglihatan malap
  • ternampak tompok-tompok bersinar
  • ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada 2 jam
Simptom-simptom berikut tersebut mungkin tanda-tanda praeklampsia.

5. BENGKAK TANGAN DAN TAPAK KAKI

Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakkan kes ianya tidak perlu dirisaukan. Tetapi jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia. 

6. PERGERAKAN BAYI SEMAKIN PERLAHAN

Bagi ibu-ibu hamil, menanda carta pergerakan bayi setiap hari adalah kewajipan setelah kandungan memasuki 5 bulan. Tiada pergerakan atau pergerakan bayi perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda bayi anda tertekan. Jika bayi kurang bergerak daripada biasa, pastikan anda menghubungi doktor anda.

Moga tips ini mampu membantu ibu-ibu yang sedang melalui fasa kehamilan dan dapat melaluinya dengan sihat dan selamat.


ikhlas penuh cinta
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400



8 Ogos 2017

SUKAN GURU DAN KAKITANGAN MARA ZON UTARA 2017


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Alhamdulillah selesai sukan Guru dan kakitangan MARA Zon Utara 2017. Fuhhh, mmg terbaik dan pasti dalam lipatan kenangan. Cewahhh, harap2 ummi blh move on.hahaha...poyoskan???x de apapun.kenangan sepanjang zaman mungkin.Mana x nya, for the 1st time ummi main Bola Baling weh.hahaha.Blh pakat bayang x????

Mmg pengalaman terbaik utk ummi dan kawan2. For me yg x pernah main bola baling mmg suspen habih.mana x dengan sempat training 2 x ja.hahaha...kalah tipis gitu.dlam perjalanan nak masuk suku akhir. mmg terbaikla...terima kasih buat kawan2 sepasukan yg all out hbis.Maaf kan daku sebb Goal penalti yg terakhir akhirnya lolos...:(



-set lengkap-

Upsss...kali ni sukan KAGUM 2017 ni diadakan di MRSM Lenggong Perak. Mmg jauh weh...Apapun thanks a lot to en.baba yang sudi temankan ummi dan anak2 ke sana. U always make me happy..wlupun Ali buat perangai that night.hahaha...I love u much baba.

untuk my teammate KAGUMNISTA uolls always da best..Tahun depan we make it again...



Babak 1



Babak 2



ini wajib...gambar kami sesudahh..seela muka memasing.Burn habih oiii.hahahaa


ok...settle semua..on the way balik Kedah.Pakat letey blaka.


Ikhlas penuh cinta:
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400


5 Ogos 2017

FUNGSI FOLAT DALAM KEHAMILAN




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Bila bercakap tentang kehamilan kita selalu diingatkan oleh nurse atau Doktor untuk mengambil asid Folik ketika kita mula merancang untuk hamil lagi. Kalau ditanya tentang folat, saya sendiri akan cakap...oh, Folat tue Folik asidla.hehhee

Jom, harinie saya akan bincangkan tentang folat dan folik asid. FOLAT adalah vitamin B yang juga dikenali sebagai vitamin B9. Ia boleh didapati dalam beberapa jenis makanan namun ianya terhad kepada kuantiti yang tidak banyak. 


Sumber makanan Folat

FUNGSI FOLAT penting kepada tubuh teutamanya ketika hamil ialah :

  • Membentuk material genetik seperti DNA
  • Menyokong perkembangan sel-sel di dalam badaan
  • Pelindung daripada kesan kecacatan tiub neural (NTD) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi tulang belakang kanak-kanak, tengkorak dan otak semasa berada dalam kandungan ibunya sepanjang tempoh kehamilan.
ASID FOLIK

Asid Folik adalah vitamin folate di dalam bentuk sintetik. Ia tidak terhasil secara semula jadi dan hanya boleh diperoleh daripada makanan yang diperkaya dengan folat mahupun supplement. 

Pakar perubatan menyarankan wanita yang mahu hamil perlu mengambil 400 mikrogram asid folik daripada makanan yang mengandungi Folat, supplement atau keduanya sebagai tambahan kepada pengambilan makanan yang mempunyai sumber folat dalam pemakanan seharian. 

KEPENTINGAN FOLAT TERHADAP KEHAMILAN



  1. Folat memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan awal fetus yang normal terutamanya semasa pembentukan saraf tunjang.
  2. Folat yang mencukupi dalam bentuk asid folik terbukti menurangkan risiko NTD, kecacatan kelahiran yang menjurus kepada pelbagai ketidakupayaan. 
  3. NTD yang paling biasa adalah spina bifida, saraf tunjang dan ruangannya tidak tertutup sepenuhnya;anencephaly, otak tidak berkembang dengan elok dan encephalocele di mana tisu otak menonjol keluar daripada kulit daripada pembukaan abnormal di dalam tengkorak.

Tiada tempoh masa tertentu yang boleh membantu penyerapan asid folik secara optimum. Wanita hamil jamya perlu menetapkan diri untuk mengambil asid folik secara teratur setiap hari. 


Antara supplement yang terbaik yang terkenal ialah B COMPLEX dari SHAKLEE

Antara manfaat B Complex Shaklee ialah : 

1. Mengurangi Risiko kecacatan Bayi 

Vitamin kompleks akan mampu mengurangi risiko bayi lahir cacat, terutama iaitu fungsi dari vitamin B9 (asam folat). Dengan kadar asam folat yang cukup pada ibu hamil maka ibu akan tenang dengan kondisi bayi yang akan lahir kerana terhindar dari risiko bayi dengan keadaan cacat.

Tentunya semua ibu ingin bayinya lahir dengan keadaan baik dan sihat. Ibu yang sedang hamil hendaklah mengamalkan makanan yang banyak mengandungi vitamin B kompleks agar keberkesanan akan vitamin B kompleks tersebut dapat terpenuhi dengan cukup

2. Mengoptimalkan Pertumbuhan Janin
Kandungan vitamin B kompleks sangat baik untuk membantu mengoptimalkan pertumbuhan janin yang ada didalam kandungan. Janin yang tumbuh dengan baik akan melahirkan bayi yang sehat serta mempunyai tingkat kecerdasan yang baik. Untuk ibu yang sedang hamil maka sangat dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan yang mengandung vitamin B kompleks dengan cukup dengan rutin makan makanan yang banyak mengandung vitamin B.


ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400

4 Ogos 2017

SPINA BIFIDA KETIKA KEHAMILAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Tarikh 25 Oktober nerupakan Hari Spina Bifida dan Hydrocephalus Sedunia. 

APAKAH ITU SPINA BIFIDA?

Spina Bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikkanya kelihatan menonjol. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal colum). Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Ianya berlaky dibahagian bawah tulang belakang dan jaraang berlaku di bahagian atas. 



                               



Jenis kecacatan pada tulang belakang


Spina Bifida dan Anencephaly

Kadang-kadang sebahagian otak juga terdedah dan dikenali sebagai Anencephaly. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah kerana wanita hamil tidak mengambil asid Folik. Antara faktor lain yang turut mempengaruhinya ialah :


    • FAKTOR GENETIK 
    • Wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat seperti Epilepsi. 
    • Menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti
Kehamilan janin yang berhadapan dengan SPINA BIFIDA boleh dikesan ketika kandungan berusia 12 minggu menerusi imbasan dengan melihat pembentukan tulang belakang janin. 

PEMAKANAN SEBELUM KEHAMILAN

Folat adalah makanan utama yang diperlukan sejak awal kehamilan dan sebelum kehamilan. Folat ialag Vitamin B yang juga dikenali sebagai Vitamin B9. Ianya boleh didapati dalam beberapa jenis makanan namun ianya terhad kepada kuantiti yang tidak banyak. Folat mempunyai pelbagai fungsi penting untuk tubuh terutamanya ketika hamil kerana ianya diperlukan untuk membentuk material genetik seperti DNA dan menyokong perkembangan sel-sel di dalam badan. 

Folat di dalam bentuk asid folik merupakan pelindung daripada kesan kecacatan tiub neural (NTD) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi tulang belakang bayi, tengkorak dan otak sepanjang tempoh kehamilan. 


Antara makanan yang mengandungi folat secara semulajadi adalah seperti :

  1. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap
  2. Kekacang seperti kacang kuda
  3. Biji-bijian
  4. Labu
  5. Buah-buahan
Wanita hamil haruslah mengambil 400 mikrogram asid folik daripada makanan yang mengandungi folat, supplemen atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada pengambilan makanan yang mempunyai sumber folat dalam pemakanan seharian. 

Wanita hamil perlu mengambil folid asik secara konsisten setiap hari kerana pengambilan asid folik dengan makan (seperti susu) akan meransang rembesan gastrik dan menyokong penyerarapan nutrien dengan baik. 




ikhlas penuh cinta
~ummi Tasneem. Kauthar.Ali~
0124322400




Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya