4 Ogos 2017

SPINA BIFIDA KETIKA KEHAMILAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Tarikh 25 Oktober nerupakan Hari Spina Bifida dan Hydrocephalus Sedunia. 

APAKAH ITU SPINA BIFIDA?

Spina Bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikkanya kelihatan menonjol. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal colum). Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Ianya berlaky dibahagian bawah tulang belakang dan jaraang berlaku di bahagian atas. 



                               



Jenis kecacatan pada tulang belakang


Spina Bifida dan Anencephaly

Kadang-kadang sebahagian otak juga terdedah dan dikenali sebagai Anencephaly. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah kerana wanita hamil tidak mengambil asid Folik. Antara faktor lain yang turut mempengaruhinya ialah :


    • FAKTOR GENETIK 
    • Wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat seperti Epilepsi. 
    • Menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti
Kehamilan janin yang berhadapan dengan SPINA BIFIDA boleh dikesan ketika kandungan berusia 12 minggu menerusi imbasan dengan melihat pembentukan tulang belakang janin. 

PEMAKANAN SEBELUM KEHAMILAN

Folat adalah makanan utama yang diperlukan sejak awal kehamilan dan sebelum kehamilan. Folat ialag Vitamin B yang juga dikenali sebagai Vitamin B9. Ianya boleh didapati dalam beberapa jenis makanan namun ianya terhad kepada kuantiti yang tidak banyak. Folat mempunyai pelbagai fungsi penting untuk tubuh terutamanya ketika hamil kerana ianya diperlukan untuk membentuk material genetik seperti DNA dan menyokong perkembangan sel-sel di dalam badan. 

Folat di dalam bentuk asid folik merupakan pelindung daripada kesan kecacatan tiub neural (NTD) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi tulang belakang bayi, tengkorak dan otak sepanjang tempoh kehamilan. 


Antara makanan yang mengandungi folat secara semulajadi adalah seperti :

  1. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap
  2. Kekacang seperti kacang kuda
  3. Biji-bijian
  4. Labu
  5. Buah-buahan
Wanita hamil haruslah mengambil 400 mikrogram asid folik daripada makanan yang mengandungi folat, supplemen atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada pengambilan makanan yang mempunyai sumber folat dalam pemakanan seharian. 

Wanita hamil perlu mengambil folid asik secara konsisten setiap hari kerana pengambilan asid folik dengan makan (seperti susu) akan meransang rembesan gastrik dan menyokong penyerarapan nutrien dengan baik. 




ikhlas penuh cinta
~ummi Tasneem. Kauthar.Ali~
0124322400




Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya