19 September 2018

Orang Baru



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...dh lama tak updatekan blognie. Adoiii...bnyk sungguh keja sejak beranak 3 nie.hahaha...Mohon maafla semua...sibuk dengan anak-anak. Allah, anakanda Ali x sihat last 2 weeks. Suspected HFMD dan memang kuarantin ja kat rumah. Maka ber huhuhulah ummi kat rumah selama 12 hari termasuk cuti umum dan cuti peristiwa + cuti kuarantin Muhammad Ali. Ummi pun x brapa sihat...dengan Ali yang asyik merap + buat perangai.

Alhamdulillah ckup 12 hari kami bertapa kat umah si soleh ummi pun sihat sepenuhnya. Tapi time kuarantin tue mmg merapla coz ulser dalam mulut. asyik nangis "akitttt...akit..."hahaha. nk minum susu pedih kot...dengan tidornya meleleh la air liur. InsyaAllah nanti ummi akan sharekan entry khas HFMD untuk semua. 


Anak soleh ummi : Muhammad Ali Furqan



Biji-biji pada kaki...



Disebalik cerita anak x sihat rupanya Allah nak berikan kami sesuatu...Patutla si soleh Ali asyik mengamuk dan merap. 2 tahun 5 bulan dah anak soleh ummi dan insyaAllah kami bakal menyambut orang baru tahun depan.(alhamdulillah). Ali bakal bergelar abg kawasan. hahaha...
nant la ummi sharekan perjalanan pregnancy ke4 ni..mmg mencabar.sob.sob.sob.



Moga Allah mempermudahkan urusan mengandung dan bersalin Ummi kali nie. Amin


31 Julai 2018

AKTIF UNTUK KEKAL SIHAT




Bismillah wal hamdulillah

Alhamdulillah...dah lama rasanya ummi x mencoret sesuatu kat blog nie.sunyi sepi rasanya. Almaklumlah mmg sibuk sungguh lately nie. Sibuk dengan tugas hakiki dan tugas2 tambahan. Alhamdulillah selesai akhirnya Karnival Sukan Guru dan Kakitangan MRSM/MARA Zon Utara 2018. Ummi dan kawan2 mewakili maktab untuk sukan PingPong, Karom dan Bola Tampar. Fuhhh...mmg penat bila 3 minggu awal kami dh mula training. Walaupun kalah mmg berbaloi oiii.hahaha...Muka burn teruk. Mmg makan masa nak cerah balik.

Jom kita sharing sikit gambo2 atlet...Ummi bukan pndai sgt main, tapi mmg dh tekad utk terus mengaktifkan diri untuk kekal sihat sepanjang masa...Yalah, ambil supplement bukan  makna x payah exercise bagai kan.hehehe



Team Bola Tampar...BFF gitu





Ummi dan adinda dan anakanda...



Time Games

11 Februari 2018

NUGGET AYAM HOMEMADE


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua....dah lama ummi tak sharing masak-memasak ummi kat sini. Sibuk sungguh sejak memasuki Februari nan indah. Hhahaha..alhamdulillah sibuk sikit hujung minggu smlam sebab ada kenduri dekat rumah in-law...Memang jumaat dan sabtu kami kat kampungla jawabnya.

Biasa hujung minggu memang ummi akan ambik sedikit masa untuk restok barang dapor.Senang sikit time nak memasak tue...Biasa balik rumah, dh smpai pkl 6 lebey2 mmg zasss terus solat dan terus bersilat kat dapor. Klau prepare sesiap seminggu mmg mudahla keja ummi..

Ni Ahad baru sempat nak topup sayur mayur bagai...ikan topup sikitja sebab en.baba mmg suka ikan yang fresh. Nak masak baru g beli...Sayuran wajib kat rumah mstla carrot, tomato, seleri, brokoli dan timun.hahaha...sayur hijau lain, nak mask jugak bru beli...Biasa sayur2 ni mmg ada sentiasa sebb mudah nak buat sup untuk anak2. X kira sup ikan atau ayam...tomato dan seleri mmg penyedap rasa...Nyum2..

Ehhh...jommm, nak share resepi stok makanan anak2..ckup utk 2,3 hari..dah hbis nant kita topupkan balik.



Stok bahan sayuran



RESEPI NUGGET AYAM
===============
Sedikit isi ayam bahagian dada
Carrot yang di parut
Seleri
Bawang merah
Bawang Puteh
Telur ( sebiji if suka.klu tak...okja tak letak telur)

Cara-cara :

1. Kisarkan semua bahan diatas.
2. Masukkan ke dalam loyang
3. Kukuskan selama 20-30 minit
4. Tutup api dan sejukkan
5. Potong mengikut kesukaan anda

Untuk Goreng :

1. Celupkan nugget yang dipotong tadi kedalam telur
2. Gaulkan bersama serbuk roti
3. Goreng sehinngga garing
4. Siap dimakan bersama sos dan mayonis.



Nie stok ummi untuk 2,3 hari...esok kita goreng...Ali dah hentam setengah pun..sedap katanya. Mmg sedap..terasa manisnya seleri. Mommy2 blh tambahkan lagi bahan2 lain cth oregano or mix herbs. Ummi letakkan habbatus sauda untuk anak-anak yang tak berapa sihat. 

Alhamdulillah moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Ikhlas penuh cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012-4322400-


8 Februari 2018

7 SEBAB PAYU DARA MENGENDUR


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua.


Menjadi masalah buat seseorang wanita terutamanya wanita yang belum berkahwin dan mereka yang telah berhenti dari menyusukan anak. Masalah yang sering dialami adalah berkenaan keadaan payudara mereka. 



Antara 7 sebab mengapa payu dara mengendur ialah :

1. Penuaan

Kolagen yang dihasilkan oleh badan semakin berkurang

2. Menjadi ibu

Kehamilan dan penyusuan bayi menyebabkan saiz payu dara berubah-ubah, sekaligus meregangkan tisu payu dara.

3. Diet secara mendadak

Setiap kali kita menambah atau mengurangkan berat badan yang banyak (sekitar 14kg) tisu payu dara akan mengendur.

4. Merokok

Tabiat ini melemahkan dan menuakan kulit kerana semakin sedikit darah sampai ke permukaan kulit.

5. Tidak menggunakan pelindung suria (sunscreen)

Cahaya ultra ungu akan meregangkan kolagen dan merosakan kulit, sekaligus menyebabkan payu dara kendur.

6. Memakai baju dalam yang tidak betul

Lebih banyak payu dara anda bergerak, lebih tinggi tekanan pada kulit dan kolagen payu dara. Ini merupakan punca paling utama payu dara mengendur.

7. Senaman impak tinggi

Kolagen payu dara akan rosak bila anda melakukan pergerakan yang berulang-ulang.

Ketika sebagai wanita seharusnya menjaga aset yang telah dikurniakan ini kepada kita. Penjagaan payu dara juga dapat memastikan daripada penyakit barah dan sebagainya.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-




5 Februari 2018

BANTU ATASI TANDA PENUAAN PADA WAJAH DENGAN PRODUK HEBAT


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Assalamualaikum semua...alhamdulillah selamat smpai rumah stetelah melalui hari yg panjang. Ummi selamat smpai rumah. Puas hati dpt ke road tour utk perkenalkan produk bru by SHAKLEE. Memang produk terbaik setelah melalui 8 tahun uji kaji dan penyelidikan.hadir dengan testimoni hebat...apa lagi,nama produk pun dh hebat...mmg x menyesal cuba. Nnt ummi akan crita panjang lagi pasal produk...hrnie kita sharing gambar2 ja dlu k...


Berdasarkan taklimat yang diberikan mmg semua yang ada td teruja gila...termasuklah kiteee.hahahha...tak sempat buat skin index sebab ramai sangat...tp sempat sapu night cream+vita C&E.hahaha...mmg tak basuh muka la aku japg...:P

YOUTH SHAKLEE SKINCARE


Set ini terdiri daripada 7 produk berikut

1. Luminous Gel Oil Cleanser

2. Perfecting Skin Toner

3. Youth Activating Serum

4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30

5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)

6. Radiance C + E Capsules

7. BB Cream






semua sibuk nak bergambo dengan YOUTH..hahaha


Niela yang paling mahal...extract VITA C& E...mmg mahalll...




Welcome to The Light Hotel , Seberang Jaya

Mmg berbaloi pergi dengar talk nie malam nie. Mmg aura cantik d mana-mana orang cakap...Ramai kot yang dah ada set nie...harap2 en.baba dengarlah rintihan hatiku nak bercucikan dengan YOUTH nie.hahhaa..AMIN

Ikhlas penuh cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-



2 Februari 2018

BERUSAHA UNTUK HAMIL DAN IKHTIAR



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah melangkah ke bulan Februari penuh indah. Dah lama x story pasal anak-anakkan.Si k.long dah melangkah masuk ke Tahun 2, si kak ngah Kauthar sudah 6 Tahun dan si hero kecik ummi Ali sedang menghitung waktu memasuki usia 2 Tahun. Allah, besar sungguh nikmatmu ya Allah. Masih teringat2 lagi saat awal2 perkahwinan dan seterusnya tahun pertama saat kami diuji dengan kehadiran si kecil. Yalah, saya mengandung si kakak ketika melewati  ulang tahun pertama perkahwinan kami. Yalah, saya mmg x pernah ambil pusing soal cahaya mata. Tapi bagi sesetengah orang tua dan kawan-kawan, bila mana kita dikelilingi kawan-kawan yang sebulan saja perkahwinan, terus pregnant...ia juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam hubungan kami. 

Di awal-awalnya saya memang jenis yang tunggu...dan tunggu. Nak ikhtiar sesuatu, malu. Sebabnya nanti takut ada yang cakap tak sabo-sabo pulak...hhaaha...tapi bila melewati 5 bulan pertama, saya juga sedikit sebanyak mulai risau. Nak kata saya bermasalah...tak pulak. Sebabnya period sebelum kahwin memang datang menjenguk bila cukup waktu..Nak kata saya ada masalah senggugut, Alhamdulillah ianya tak pernah ada dalam kamus hidup saya. Jadinya saya dan suami mengambil kata putus untuk menunggu. Akhirnya bila melewati 7 bulan, saya sendiri dah tak senang duduk. Yalah, bila balik kampung...adaja yang sibuk.Macam-macam soalan....Mujoqlah saya nie yang jenis senyumja bila ada soalan-soalan killer nie.hehehe...

Eh, rupanya start 7 bulan tue...period saya pulak datang tidak menentu. Kalau dulu on time, kalinie sometime pulak.hahaha...memang geram jugakla...Akhirnya dengan rasa rendah diri, kami sepakat untuk berjumpa Pakar Sakit Puan...hahaha...dalam keadaan mahu tapi malu, p la jugak...ALhamdulillah lega sikit bila dh jumpa pakar tue...kami pun start ambik ubat kesuburan. Eh, bukan kami..saya sorgja...sebulan lebih kurang rasanya..Tapi tidak membuahkan hasil...Maka akhirnya kami pun tunggula lagi.hahaha....adoiii,berapa lama laa kami nak tunggu.

Akhirnya, lebih kurang 9 bulan tue...saya pun mula membeli GLA COMPLEX...tp x ingat dh dengan sapa...Alhamdulillah, period yang sometime tue kembali on time...Tapi ada lagi, 2 bulan kemudian saya ada p mengurut dengan seorang Bidan tersohor di daerah Yan.Kalau ada yang nk tau, kena PM saya tau. Nanti saya bagi pelan jalan.heheh. Alhamdulillah, selepas pulang dari berurut dan suci saja bulan tue...Allah, saya disahkan hamil...Terima kasih Ya Allah walaupun awal-awal kehamilan tue saya diuji dengan bleeding dan hampir-hampir dicuci. Tapi memang anak itulah yang hadir sebagai anak sulung saya. hehehe....

Oh...panjang sekali cerita kenangan saya 7 tahun 3 bulan yang lalu...Penuh emosi...tapi apa yang saya nak share adalah tentang GLA Complex dengan semua. 


Alhamdulillah...berkongsi testimoni pengguna yang berjaya hamil. Bestkan...



Alhamdulillah setelah 3 tahun menanti...

Jom saya sharekan dengan semua SET untuk mereka yang mengalami masalah kesuburan dan masalah Period Pain atau PMS. InsyaAllah memang terbaik dan membantu.


Antara kandungan SET ini adalah :

1. GLA COMPLEX

Wanita yang alami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA : pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

2. B COMPLEX

Vitamin B5, B6, B12 sangat berkesan untuk merawat dan mengurangkan simptom senggugut

3. OSTEMATRIX

Sebelum kitaran haid bermula, paras kalsium akan menurun, menyebabkan gangguan emosi. Pengambilan kalsium tambahan dapat menyeimbangkan kembali emosi yang tidak stabil.

Moga perkongsian saya ini mampu membantu semua sahabat yang mengalami masalah kesuburan, PMS dan mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Serius saya sendiri dah pernah melaluinya dan sangat berharap dapat membantu semua sahabat saya. 

Ikhlas penuh cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-


1 Februari 2018

OMEGA GUARD MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG


BISMILAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua....

Entry sebelum nie ummi ada sharekan tentang 4 PETUA MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG. Antara salah satu tip adalah meningkatkan koestrol baik dan menurunkan tahap lemak yang boleh ditingkatkan dengan senaman dan dan pengambilan lemak Omega 3. 

PENYAKIT jantung koronari merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia dan di seluruh dunia. Berdasarkan kajian statistik, setiap 15 minit, seorang penduduk Malaysia akan mendapat serangan jantung. Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.



Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia patut diamalkan sebagai satu suplemen harian yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu makan ikan secara kerap untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3 melalui pemakanan harian.


KEBAIKAN OMEGA-3 UNTUK JANTUNG

Omega-3 adalah sumber DHA dan EPA yang paling penting.
Omega-3 daripada tumbuhan tidak dapat ditukarkan kepada DHA dan EPA dengan berkesan oleh badan, jadi minyak ikan adalah sumber terbaik untuk dapatkan omega-3. 
FUNGSI EPA
  • Mengawal kolestrol yang berlebihan
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah penyakit darah tinggi    
  • Mencegah kanser
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan           

FUNGSI DHA
  • Mengurangkan simptom kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan simptom kemurungan
  • Untuk pesakit jantung  – mengurangkan lemak dalam dalam, menurunkan tekanan darah, untuk kesihatan saluran darah
  • Perkembangan otak bayi
  • Mengurangkan simptom penyakit auto-immune
  • Mengurangkan simptom Raynaud’s syndrome (tangan dan kaki yang sensitif pada cuaca sejuk)
  • Mengurangkan sakit semasa haid

Apakah kebaikan Omega-Guard Shaklee untuk jantung?



  • Melindungi jantung anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. Asid lemak Omega-3 mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, melancarkan pengaliran darah dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
  • Minyak ikan terbaik dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

29 Januari 2018

4 PETUA MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombeor satu di Malaysia. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya, Mortality Country Fact Sheet 2006, penyakit kardiovaskular ini menyumbang 11% daripada jumlah kematian di Malaysia. 



Setiap hari, pasti kita akan mendengar mereka yang meninggal akibat serangan jantung ini. Kematian akibat serangan jantung ini juga berlaku pada mereka yang boleh dikategorikan golongan muda. Ini bermaksud serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. 

Antara langkah yang boleh di ambil bagi mengelakkan berlakunya serangan jantung adalah

1. TINGKATKAN KOLESTROL BAIK (HDL) DAN TURUNKAN TAHAP TRIGLISERIDA (LEMAK)



Kebanyakkan kita berusaha menurunkan tahap kolestrol mereka tetapi tahap HDL yang yang tinggi didapati melindungi jantung kita daripada penyakit. Selain itu, lemak yang tinggi adalah punca utama bagi penyakit jantung. Jika digabungkan, lemak tinggi dengan HDL rendah membawa lebih risiko daripada nisbah HDL dengan LDL. Tahap HDL boleh boleh ditingkatkan dengan senaman dan lemak omega 3. Trigliserida pula boleh dikurangkan dengan melakukan senaman yang kerap. 

2. MEMERIKSA TAHAP ZAT BESI

Besi adalah agen pengkarat semula jadi. Oleh itu, jika terdapat tahap melampau dalam badan, anda akan berisiko mengahdapi tahap pengoksidaan yang tinggi yang akan membawa kepada penuaan awal. Besi yang berlebihan juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kita sebaiknya perlu memriksa tahap zat besi jika terlalu tinggi, cara yang paling mudah mengurangkannya adalah dengan menderma darah iaitu melalaui prosedur therapeutic phlebotomy' iaitu pengeluaran darah melalui vena. 

3. MENGIMBANGI TAHAP INSULIN

Tahap insulin yang tinggi boleh membawa kepada masalah rintangan insulin dimana ia merupakan salah satu faktor utama kepada penyakit jantung. Untuk mengimbangi tahap insulin anda, buat senaman dengan kerap dan elakkan daripada makanan bergula.

4. PASTIKAN MULUT ANDA SIHAT

Penyakit gusi juga boleh mengakibatkan serangan penyakit jantung disebabkan oleh bakteria seperti Streptococcus sanguis (S Sanguis) dan Porphyromonos gingivalis (P gingivalis) yang boleh mengakibatkan penggumpalan paltelet darah. Oleh itu, pastikan kita sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi, gusi dan mulut. 

Moga kita sama-sama dapat memastikan kesihatan jantung kita di tahap yang baik dan sentisa berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang dapat membina kihidupan yang lebih dan memastikan kehidupan yang lebih bermakna dan jauh daripada sebarang penyakit.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya