BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Setiap wanita pasti pernah mengalami SENGGUGUT cuma yang membezakannya adalah tahap kesakitan dan kekerapan ianya berlaku. Saya sendiri pernah melihat saudara dan sahabat saya sendiri yang mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada diantara mereka yang bekerja terpaksa mengambil cuti bagi mengatasi masalah ini.
APA ITU SENGGUGUT
Kesakitan akibat haid berlaku apabila otot-otot pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. Secara kasarnya, 9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. Kesakitan yang dirasai biasanya ialah kejang di bahagian bawah abdomen. Ia mungkin juga akan mengakibatkan sakit belakang atau sakit pada bahagian atas celah peha. Kekejangan akan berlaku selama 2-3 hari atau bermula sebelum datang bulan (petanda datang bulan). Selalunya, kesakitan paling terasa ialah pada hari pertama.
BAHAYA SENGGUGUT
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan senggugut boleh menyebabkan masalah endometriosis dan ianya boleh menyebabkan kemandulan.
Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian.
Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.
Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :-
- perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
- perasaan tegang atau resah
- serangan panik
- perubahan perasaan, menangis
- mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
- tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
- sukar menumpu perhatian
- lesu
- kemaruk atau peningkatan nafsu makan
- sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
- perasaan "luar kawalan"
- peningkatan atau penurunan nafsu seksual
- peningkatan rasa bagi intim emosi
- simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Endometriosis merupakan salah satu keadaan dimana sel yang selalu menghasilkan darah haid berada di luar rahim. Sel tersebut dipanggil sebagai sel endometrium. Lokasi sebenar sel tersebut sepatutnya berada di dalam rahim. Sel ini akan membahagi dan menjadi tebal di dalam dinding bahagian dalam rahim. Ia berfungsi untuk menyediakan tempat yang sesuai supaya hasil persenyawaan ovum dan sperma dapat menempel pada dinding rahim.
Jika tiada penempelan berlaku, maka dinding rahim itu akan runtuh lalu terhasil lah darah haid. Kemudian kitaran haid akan bermula semula.
Di dalam endometriosis pula, sel endometrium tersebut berada di luar rahim sebagai contoh pada ovari, pada belakang rahim, pada tiup fallopia dan banyak lagi. Keadaan ini akan menyebabkan simptom-simptom endometriosis.
BAHAYA ENDOMETRIOSIS
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Sebagai wanita, kita perlulah berusaha untuk mengatasi dan mengurangkan masalah senggugut yang berlaku setiap bulan bagi memastikan kesihatan rahim dan tubuh kita. Masalah senggugut ini sangat berbahaya sekiranya dibiarkan berterusan.
Terdapat suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah senggugut iaitu :
1) GLA-complex
• Wanita yang alami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA : pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
2) OsteMatrix
• Sebelum kitaran haid bermula, paras kalsium akan menurun, menyebabkan gangguan emosi. Pengambilan kalsium tambahan dapat menyeimbangkan kembali emosi yang tidak stabil.
3) B-complex
• Vitamin B5, B6, B12 sangat berkesan untuk merawat dan mengurangkan simptom senggugut.
Atasi masalah senggugut dengan VIVIX SHAKLEE
Alhamdulillah masalah period tidak teratur dan jeragat akhirnya hilang.
Testimoni period tidak teratur dengan GLA
Tindak balas positif seawal 2 minggu untuk masalah period pain hampir 8 tahun.
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan