BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Dalam entry sebelumnie ummi ada kongsikan dengan semua berkenaan GDM atau DIABETES ketika hamil. Diabetes atau dikenali sebagai kencing manis juga berisiko terjadi untuk ibu mengandung. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu :
- mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
- membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Penting bagi ibu mengandung mendapatkan rawatan doktor dan mengambil ubat atau cucuk insulin sekiranya perlu. Sekiranya hanya perlu melakukan kawalan pemakanan, ibu mengandung bolehla mencuba beberapa tip bagi mengurangkan dan menghilangkan masalah kencing manis tersebut.
Antara tip yang dapat dilakukan ialah:
1. MAKAN MENGIKUT JADUAL
- Penting bagi ibu mengandung untuk mengikut jadual pemakanan yang teratur bagi memastikan badan kita dapat menghadam dan penghasilan insulin dalam tubuh berlaku dengan tetap.
- Penjagaan waktu makan adalah penting agar kita mendapat metabolisme yang baik. Pakar Nutrisi mencadangkan 6 waktu pengambilan makanan (sajian) sehari iaitu : sarapan, minum pagi, makan tengahhari, minum petang, makan malam dan minum sebelum tidur.
2. MELAKUKAN SENAMAN RINGAN
- Ibu mengandung juga digalakkan melakukan senaman ringan sepanjang kehamilan kerana senaman ini mampu membantu membakar lebih banyak gula, mencegah gaya hidup tidak aktif dan dapat mengawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan.
- Lakukan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya dua kali sehari. Senaman ini mampu membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan meransang metabolisme badan.
3. PENGAMBILAN MAKANAN SERAT
- Serat merupakan sumber tumbuhan yang susah untuk dihadamkan. Serat adalah sangat penting kerana membantu melambatkan penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Serat juga memperlambat pengosongan perut dan mencegah sembelit.
- Terdapat dua jenis serat iaitu :
❤Serat tidak larut air : produk bijirin penuh, beras perang, biskut mil penuh
- Makanan berserat akan merangsang pengeluaran insulin secara seragam dan menghalang pelepasan insulin yang berlebihan ke dalam darah, membantu menyeimbangkan tahap insulin dan mencegah timbulnya diabetes.
4. PENGAMBILAN PROTEIN
- Makan makanan protein secara sederhana 2-3 hidangan sehari. Pilih makanan protein yang kurang lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging kurang lemak.
- Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.
5. PENGAMBILAN VITAMIN
- Vitamin D penting untuk beberapa proses dalam tubuh kita termasuk penyerapan vitamin dan nutrien penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat. Dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D seperti Susu, Salmon, Daging dan Cendawan. Badan kita akan dapat menyerap nutrien dari makan yang diambil secara berkesan & berterusan sepanjang hari. Vitamin D juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat di usus, yang penting untuk kehamilan yang sihat.
- Vitamin C. Hasil beberapa penelitian menyatakan bahawa penghidap diabetes berisiko untuk mengalami kekurangan vitamin C, oleh karena itu pengambilan vitamin C harus diperhatikan. Vitamin C sendiri juga memiliki peranan dalam mengendalikan kadar gula darah dan jumlah kolesterol pada penderita diabetes.
Antara suplemen yang dapat membantu masalah ini ialah :
MANFAAT SET KEHAMILAN INI IALAH :
❤ESP :
- Sumber protein yang memberikan tenaga secara berpanjangan. Bantu kawal gula dalam darah waktu hamil. Memelihara kesihatan & kecantikan kulit ibu dan bayi. Membantu pembentukan organ bayi.
❤Vitalea :
- Multivitamin yang membekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Mengandungi iron yang membantu meningkatkan hb.
❤Vitamin C :
- Meningkatkan Antibodi, membantu melawan penyakit. Mencegah alahan dan masalah gusi berdarah. Menjaga kesihatan kulit ibu hamil untuk elak streachmark yang teruk.
❤Bcomplex with folic Acid :
- Mengubah makanan menjadi tenaga. Anti-stress / kawal keseimbangan hormon ibu hamil. Menyokong tumbesaran janin secara sihat dan mencegah kecacatan pada janin.
❤Ostematrix :
- Membantu memelihara kesihatan tulang dan gigi. Membantu mengatasi sembelit. Memberikan tidur yang lebih lena. Menghilangkan sakit-sakit badan, simpul biawak & rasa kebas waktu hamil.
❤Omega Guard :
- Kandungan EPA & DHA menyokong perkembangan otak bayi. Mengawal kolesterol dan berat badan ibu hamil.
TESTIMONI HB LOW DAN GDM KETIKA HAMIL
Ibu-ibu mengandung bolehlah mencuba tip yang telah saya kongsikan di atas bagi membantu masalah kencing manis ketika mengandung. Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi membantu mengatasi masalah anda.
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan