10 November 2018

CARA BANTU ATASI SENGGUGUT



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Dalam entri sebelumnie ummi ada berkongsi tentang masalah senggugut yang sering melanda kaum wanita. 9 daripada 10 wanita menghadapi masalah senggugut dan ada diantaranya biasa dan ada diantaranya mengalami masalah senggugut yang kronik.

Terdapat pelbagai kesan kepada masalah senggugut ini sekiranya dibiarkan berterusan kerana ia boleh menyumbang kepada masalah ENDOMETROSIS dan KANSER. Terdapat pelbagai ubat dan suplemen yang dijual dipasaran bagi membantu mengatasi masalah senggugut ini. 



Ummi ingin berkongsi dengan semua beberapa cara bagi membantu mengatasi dan mengurangkan masalah senggugut kepada wanita. Antara tip-tip yang boleh diamalkan ialah :

1. PEMAKANAN YANG SIHAT


  • Pemakanan yang sihat adalah salah satu tips yang penting untuk anda yang mahukan kitaran haid yang lancar. Banyakkan memakan sayur – sayuran dan juga buah – buahan untuk membolehkan tubuh badan anda sentiasa sihat dan melancarkan kitaran haid. Sayur dan buah mempunyai kadar serat yang tinggi dan ia akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Selain itu, elakkan makanan yang berminyak dan berkarbohidrat tinggi kerana ia akan menyekat kitaran haid anda dan menyebabkan anda senggugut.

2. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT


  • Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja bermaksud anda menjaga pemakanan anda, tetapi anda juga perlu sentiasa aktif dalam kehidupan seharian anda. Ini bermaksud anda perlu bersenam secara kerap dan elakkan dari meminum minuman beralkohol serta merokok. Alkohol dan rokok adalah salah satu punca yang menyebabkan kitaran haid anda menjadi tidak teratur dan seterusya menyebabkan anda menjadi beremosi dan cepat jatuh sakit.

3. REHAT YANG CUKUP


  • Tips ini mungkin kelihatan mudah, tetapi tidak semua mampu melakukannya. Hal ini kerana, kebanyakan para wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dan menyebabkan mereka tidak mempunyai rehat yang cukup. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan anda mempunyai tahap stress yang tinggi dan seterusnya membuatkan haid anda tidak teratur. Stress yang tinggi akan membuatkan pengeluaran hormon anda tidak terkawal dan menjadikan anda lebih beremosi.

4. MINUM AIR MENGIKUT KEPERLUAN TUBUH


  • Air adalah salah satu elemen yang penting di dalam hidup anda bahkan tubuh badan kita terdiri daripada 60% air dan kita akan memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika anda mahukan haid yang teratur dan megurangkan masalah senggugut, anda perlu meminum air yang secukupnya mengikut tubuh badan anda. Hal ini kerana, badan anda memerlukan air yang secukupnya untuk organ – organ penting menjalankan tugas mereka dan memastikan anda sentiasa sihat untuk meneruskan aktiviti harian anda.

5. SENTIASA AKTIF


  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk aktif bergerak, maka anda boleh abaikan tips ini. Tetapi, jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk duduk dan berhadapan dengan komputer sepanjang hari, ini akan membuatkan tubuh badan anda lesu dan kitaran haid anda juga boleh terkesan. Jadi, anda perlu melakukan senaman dan sentiasa bergerak aktif untuk memastikan kitaran haid anda normal dan juga mengelakkan masalah senggugut. Senaman berbentuk kardio adalah senaman yang terbaik untuk anda mengeluarkan peluh dengan lebih cepat dan menyihatkan tubuh badan.

6. PENGAMBILAN JAMU


  • Sekiranya anda mahukan perjalanan haid yang lancar dan teratur, anda boleh mengamalkan jamu – jamu tradisional yang boleh membantu melancarkan kitaran haid serta menyihatkan tubuh badan anda. Jamu serta jus yang diproses secara tradisional selalunya akan dibuat dengan menggunakan bahan – bahan semulajadi dan tidak mengandungi pelbagai kimia yang boleh membahayakan kesihatan anda
  • Salah satu makanan yang mampu melancarkan haid anda adalah kunyit. Jika anda meminum jamu, anda boleh meletakkan secubit kunyit sekiranya jamu tersebut tidak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Antara kelebihan kunyit termasuklah anti – inflamasi dan anti – oksidan yang boleh membantu anda melancarkan haid.
Tip-tip di atas mampu membantu semua wanita di luar sana sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian. Ianya adalah langkah awal yang dapat membantu golongan wanita bagi mengatasi dan mengurangkan masalah senggugut. Langkah pencegahan awal adalah lebih baik daripada usaha mengubati. Ambil sedikit masa untuk mencuba melakukan tip yang dikongsikan di atas. 



Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 





Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya