18 November 2018

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA BERPANTANG


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Waktu berpantang adalah tempoh terbaik untuk ibu-ibu bersalin merawat dan memulihkan tubuh selepas melalui proses bersalin dan melahirkan anak. Waktu inilah merupakan waktu terbaik unutk ibu-ibu melupakan seketika urusan rumah tangga bagi melalui proses rawatan terhadap diri sendiri. 

Proses berpantang ini penting bagi memberi ruang kepada tubuh bagi proses pemulihan.

Ini termasuk proses pemulihan akibat :
  • kehilangan darah semasa bersalin
  • pengecutan rahim
  • keseimbangan hormon
  • ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  • kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Menurut laman web kesihatan MyHealth Malaysia, tiada pembuktian dari segi perubatan mahupun saintifik yang membuktikan bahawa ‘makanan-makanan pantang’ seperti dalam kepercayaan masyarakat Malaysia ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan.

Antara Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang

1. Makanan Berlemak Tinggi


Pantang larang selepas bersalin menekankan pemulihan dan rawatan tubuh badan yang diperlukan oleh ibu. Makanan berminyak bukan saja menyukarkan pencernaan, ia juga menambahkan kuantiti lemak dalam tubuh.
Selain itu, makanan berminyak atau berlemak tinggi bukanlah pilihan bijak bagi ibu yang ingin menguruskan badan selepas melahirkan.

2. Kafein


Lazimnya kita dengar rungutan ibu lepas bersalin tidak dapat lagi menikmati kopi kegemaran mereka selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana terdapat kajian yang mendapati jumlah kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan penghasilan susu badan.
Pengambilan kafein yang berlebihan juga dijangka boleh menyebabkan dehidrasi tubuh anda di samping mengganggu kualiti tidur bayi dan mungkin membuatkan bayi meragam.
Namun, jika bayi anda tidak terkesan dengan kafein, bolehlah anda meminumnya dalam kuantiti minimum, iaitu 1 cawan sehari. Selain dalam minuman seperti kopi dan teh, kafein juga boleh didapati di dalam kebanyakan jenis coklat.

3. Buah-buahan Sitrus


Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, banyak juga buah-buahan yang dianggap ‘sejuk’ atau berbisa. Antaranya buah nenas, limau dan buah lai.
Walaubagaimanapun, perlu kita ingat bahawa pengambilan serat adalah amat penting untuk mengelakkan masalah sembelit, di samping menjadi sumber utama vitamin, mineral dan fitokimia dalam tubuh.
Jika anda menyusu badan, pakar laktasi menerusi BabyCenter berpendapat bahawa buah-buahan sitrus boleh menyebabkan masalah penghadaman bagi sesetengah bayi. Jika anda mendapati bayi kembung, muntah, atau tidak selesa selepas anda memakannya, eloklah anda mengelakkan pengambilannya.

4. Ikan Kering


Sering kita dengar ibu dalam pantang perlu mengelakkan ayam, daging, telur, dan ikan. Namun sebenarnya protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Sesetengah jenis ikan seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang pula dipercayai menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Akibat terlalu percaya terhadap pandangan ini, ada ibu-ibu yang hanya makan ikan bilis atau ikan kering semasa tempoh berpantang. Memetik daripada sebuah artikel perubatan Malaysian Medical Gazette, Dr Mahyuddin menjelaskan bahawa tanggapan bahawa makanan berprotein ini akan menyebabkan kegatalan serta nanah tidak dapat dibuktikan secara kajian saintifik,
Seeloknya, pilihlah sumber protein segar. Menurut sesetengah bidan juga, memakan ikan kering secara kerap boleh menyebabkan darah nifas berbau, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

5. Makanan Segera & Minuman Bergas


Makanan segera, snek, dan minuman bergas tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang amat rendah. Bahkan, ia memiliki kandungan gula yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk ibu berpantang.
Penjagaan pemakanan ini adalah penting bagi semua individu bagi memastikan segala keperluan nutrisi dapat dipenuhi oleh tubuh. Tiada pantang larang yang khusus melainkan ianya dilakukan bagi memastikan pengambilan makanan tersebut adalah seimbang dan berkhasiat.
ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya