3 November 2018

CARA TRADISIONAL BAGI MENURUNKAN DARAH TINGGI




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

TEKANAN DARAH TINGGI 

Tekanan darah tinggi adalah penyakit yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%. Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami masalah darah tinggi. 

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel.

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal. Sebelum mengambil keputusan untuk pengambilan ubat, menubah cara dan tabiat pemakanan juga dapat membantu anda daripada serangan  darah tinggi. Antara pemakanan yang dapat membantu anda ialah :

1. MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi. Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi

2. PENGAMBILAN AIR KELAPA


Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

3. MELAKUKAN SENAMAN


Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman. Amalkan melakukan senaman selamat 30 minit untuk sehari bagi meningkatkan kadar jantung dan pernafasan anda. 

4. PENGAMBILAN BAWANG PUTIH


Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

5. PENGAMBILAN MINYAK IKAN

Minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).
Antara minyak ikan terbaik yang dicadangkan ialah OMEGA GUARD SHAKLEE.


BAGAIMANA OMEGA GUARD MEMBANTU???

Omega 3 Mengandungi Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Eicosapentaenoic (EPA). Ia membantu:

  • Merehatkan saluran darah dan memastikannya terbuka, menggalakkan kelancaran pengaliran darah.
  • Merupakan anti-radang, dan membantu mencegah arteri daripada bengkak, seterusnya memastikan darah mengalir dengan mudah.
  • Merupakan anti-coagulant di mana ia mencairkan darah untuk mengelakkan arteri tersekat

Kandungan Omega-3 termasuk EPA dan DHA adalah tertinggi berbanding jenama lain. 

OmegaGuard mengandungi 99% iaitu hampir 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA dalam setiap hidangannya. Memang yang tertinggi berbanding jenama lain! Jenama yang lain, ada yang hanya memberikan 40% sahaja Omega-3 termasuk DHA dan EPA, yang lain hanyalah minyak ikan.

TESTIMONI PENGGUNAAN OMEGA GUARD SETELAH 2 MINGGU



TESTIMONI PENGAMBILAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Penjagaan pemakanan adalah penting dalam memastikan langkah awal bagi mengelakkan berlakunya masalah DARAH TINGGI. Sekiranya anda telah menunjukkan simptom atau tanda awal darah tinggi, silalah berjumpa dengan doktor untuk rawatan awal. 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

untuk pembelian, sila klik link di bawah

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya