26 Jun 2015

6 Tip Kekalkan Susu Ibu ketika Berpuasa

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan

Ramai ibu-ibu yang berasa gusar susu akan berkurangan apabila tibanya bulan puasa. Sama jugak seperti saya tatkala menyusukan Kauthar 2013 dan 2014.
Apabila anda memutuskan untuk berpuasa ketika masih lagi menyusukan sikecil, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami dengan jelas konsep penyusuan susu ibu.

Ketahui bahawa ketika bayi menyusu, saraf-saraf berkaitan penyusuan akan memberi rangsangan kepada kelenjar di otak iaitu hipotalamus bagi membolehkan ia menghasilkan hormon prolaktin dan oksitosin. Seterusnya prolaktin akan meransang sel-sel payu dara untuk menghasilkan susu ibu. 

Sementara itu oksitosin pula akan membantu dengan menyebabkan otot-otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu dari puting.

Tetapi 1 perkara yang ibu-ibu harus ingat...
Sedikit atau banyak jumlah susu tersebut dihasilkan adalah bergantung kepada kekerapan bayi menyusu secara langsung dipayu dara. Semakin kerap dia menyusu, semakin banyak susu ibu dihasilkan.

Dalam pada itu, bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang tempoh berpuasa dan pada masa yang sama susu ibu dapat dihasilkan seperti sedia kala. maka ibu-ibu dicadangkan mengikut panduan di bawah.


1. Makan 3 kali sehari
  • Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa anda tetap perlu makan tiga kali sehari iaitu ketika bersahur, berbuka dan moreh. Sementara itu, ketika berpuasa, pastikan anda makan sedikit tetapi kerap.


2. Makan makanan seimbang


  • Sewaktu sahur, berbuka ataupun moreh ibu perlu memastikan bahawa makanan yang diambil adalah makanan yang seimbang. Biarpun pelbagai juadah makanan yang dijual di Bazar Ramadhan mungkin membuatkan anda rambang mata sehingga membeli makanan berlebihan dan tidak memenuhi keperluan pemakanan sihat. Jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya makanlah mengikut saranan Piramid Makanan.

3. Makan Kurma
  • Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Ia turut kaya dengan protein, serat, gula, Vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. kandungan protein untuk sebiji kurma adalah antara 1.8  hingga 2.0 %, 2.0 hingga 4.0 % serta manakala kandungan gulanya pula adalah 50 hingga 57 %.
  • memandangkan anda memerlukan tambahan kalori, jadi kurma adalah makanan yang paling ideal. Ibu-ibu digalakkan untuk memakan 3 hingga 7 biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya waktu bersahur.

4. Pengambilan banyak cecair
  • Jumlah cecair yang perlu ibu ambil adalah 3 liter sehari atau lebih. Ianya penting untuk dititikberatkan. Ibu digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Cara mudah untuk memastikan and mendapat bekalan air mencukupi ialah dengan meletakkan bekas berisi air kosong ditepi katil agar anda dapat meminumnya ketika terjaga sebentar daripada tidur sebelum waktu sahur.
  • Selain air kosong, jenis cecair lain yang boleh diambil ialah dari jus buah-buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti minuman coklat, bermalta dan susu segar. Air panas juga dipecayai membantu melancarkan susu ibu. 
  • Elakkan minuman berais atau sejuk terutamanya ketika waktu bersahur atau berbuka. Hal ini kerana air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dengan pembakaran melebihi 70 kalori sekaligus membakar kalori berlebihan

5. Kerap menyusu dan mengepam
  • Bagi memastikan lebih banyak susu dihasilkan, maka  anda perlu kerap menyusukan bayi. Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, anda perlu kerap mengepam payu dara. Semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Proses mengepam payu dara boleh dilakukan di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Ketika ini, kebiasaannya kuantiti susu ibu lebih banyak.

6. Bertenang dan yakin diri
  • Anda perlu sentiasa yakin dan positif bahawa anda masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk melengkapi keperluan anak. Perasaan risau yang dicetuskan oleh diri anda sendiri akan menjejaskan fungsi hormon oksitosin untuk mengeluarkan susu ibu. Fikiran yang tenang, tubuh yang relaks dan sifat yakin secara tidak langsung akan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.



ikhlas penuh cinta 
-ummi tasneem & kauthar-
0124322400

22 Jun 2015

5 Tips Pemakanan Ketika Berpuasa

Bismillah wal hamdulillah

Salam Ramadhan buat semua...dh 5 hari kita berpuasa rupanya...Alhamdulillah atas nikmat dan Rahmat Allah buat kita semua. Macam mna puasa anda semua?

Jom!belum terlambat untuk saya kongsikan beberapa tips pemakanan utk puasa anda.



1. Jangan Tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan nutrien penting dan tenagayang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

2. Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas,kopi atau teh. Minuman smooties yang mengandungi susu,yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. 

3. Sup sayur-sayuran membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet

4. Elakkan meminum teh ketika bersahur kerana ia boleh menyebabkan anda ternyahhidrat.

5. Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.


ikhlas penuh cinta
-ummi tasneem & Kauthar-
0124322400

8 Jun 2015

Mengubati Penyakit Asma Mengikut Cara Rasulullah S.A.W


Bismillah wal hamdulillah

Adakah anak anda penghidap asma? Asma merupakan salah satu bentuk gangguan pernafasan yang selalunya berlaku disebabkan kerana demam selsema dan selsema, terlalu banyak bergerak, udara sejuk, perubahan emosi, asap rokok, perubahan cuaca, dan alahan yang disebabkan oleh udara, debu rumah, bulu binatang, makanan, mahupun lain-lain.

Namun sebab yang paling kerap ianya berlaku adalah disebabkan alahan. Adakalanya gabungan beberapa penyebab asma boleh menimbulkan serangan. Cth: ketika berlari-lari anak anda tidak akan diserang asma. Namun jika berlari-lari semasa cuaca sejuk serangan asma akan timbul. 

Ubat asma sebenarnya hanya bersifat sementara. Jika pencetusya ada, maka sesak nafas akan berulang. Oleh itu, langkah pencegahan terbaik ialah bebaskan anak dari segala pencetusnya.



Beberapa resepi ubat tradisional untuk menyembuhkan penyakit asma adalah seperti berikut:

Resepi Pertama 

1. Bahan-bahan

-Daun saderi
-Daun kekabu
-Garam
-Gula secukupnya

2. Cara membuatnya:

Semua bahan disatukan lalu ditumbuk sampai halus. Kemudian masukkan ke dalam gelas, tambahkan air 1/2 gelas dan kacau hingga rata.

3. Penggunaannya:

Diminum sebelum makan pagi dan lakukan sebanyak minimum selama 3 hari

Resepi Kedua

1. Bahan :

-5 ulas bawang putih
-1 sudu makan madu asli

2. Cara membuatnya ;

Bawang putih dihiris halus,kemudian rebus dengan segelas air dan biarkan mendidih hingga tinggal 1/2 gelas. Selepas itu, masukkan madu ke dalam air rebusan tersebut dan kacau hingga rata.

3. Penggunaannya :

Diminum sehingga habis pada waktu pagi. Buat semula ramuan tersebut dan minum pada waktu petang. Lakukan hal yang sama selama seminggu. Mandilah dengan air panas, tidur dengan cukup dan hindari cuaca sejuk. 

Untuk mencuba petua yang saya selalu gunakan utk anakanda blh klik disini

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400


4 Jun 2015

Penyelesaian Anak tidak Mahu Minum Susu

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum

Tahukah anda susu amat baik untuk tubuh terutamanya kanak-kanak. Ia kaya dengan sumber nutrien seperti protein, kalsium, vitamin D, Vitamin A, Vitamin B12, riboflavin dan fosforus. Nutrien ini amat penting untuk proses pembesaran dan perkembangan kanak-kanak terutamanya bagi membina tulang dan gigi yang sihat dan kuat.



GARIS PANDUAN

Tulang kanak-kanak membesar sepanjang masa. Garis Panduan Diet Malaysia menggalakkan kanak-kanak mengambil 2 hingga 3 hidangan susu atau produk tenusu setiap hari. Walau bagaimanapun sestengah kanak-kanak tidak boleh mengambil susu lembu atau produk tenusu disebabkan  mereka tidak tolerans laktosa atau alahan protein susu lembu. Terdapat juga sestengah kanak-kanak yang mula menolak minuman susu apabila menginjak umur 3tahun. Kanak-kanak ini berisiko mengalami kekurangan beberapa nutrien penting.

Untuk memastikan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak tidak terjejas, adalah penting bagi ibu untuk menggantikan susu dan produk tenusu dengan pemakanan alternatif yang sihat seperti :




♡Makanan Tinggi Protein

-Terdiri daripada telur, daging tanpa lemak, kacang, kacang pea, lentil dan kekacang






♡Makanan Tinggi Kalsium

-Ikan dengan tulang boleh dimakan (sardin dalam tin, ikan bilis )sayuran berdaun hijau, badam dan buah-buahan.



ALTERNATIF  KEPADA SUSU DAN PRODUK TENUSU



  • Soya mengandungi protein berkualiti tinggi dan nutrien penting seperti (zink, zat besi dan folat) untuk membantu anak anda membesar dengan sihat.
  • Terdapat pelbagai makanan yang kaya dengan soya seperti tofu, tofu fah ( dadih kacang soya) ,tempe, dan susu tepung berasaskan soya untuk kanak-kanak. Produk soya ini boleh membekalkan  nutrien yang diperlukan untuk anak anda.
  • Susu tepung berasaskan soya sering digunakan sebagai pengganti untuk susu lembu. Ibu bapa tidak perlu risau akan pencapaian keperluan nutrien anak-anak mereka.
  • Susu tepung berasaskan soya telah ditambah dengan nutrien seperti kalsium dan omega-3 untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak
Ibu jugak dicadangkan memberikan makanan sunnah untuk anak-anak seperti :
  • Kurma
  • Madu
  • Kismis
  • Habbatussauda
  • Air zamzam



Preview :


0124322400
Super Ohsem Family

3 Jun 2015

12 Langkah Mudahkan Proses Kelahiran


Bismillah wal hamdulillah

Sesetengah wanita mudah melalui saat-saat kelahirannya dan sebahagian lagi wanita melalui detik2 kesukaran saat kelahiran.Ada yang mudah dan ada yg melalui detik2 sukar dlam hidup...Ada yg sakit sekejap dan ada yg sakit yang berpanjangan...Mengingkap kenangan saya saat melahirkan kedua2 cinta hati... pengalaman yg berbeza tetapi dalam prosedur yang sama

Si kakak Tasneem : induce ketika 39 minggu dengan bukaan hanya 3cm dan after 13 jam sya disorong ke dewan bedah sbb Poor Progress

Si adik Kauthar : induce ketika minggu ke 39 juga dgn bukaan 4cm dan after 16 jam jgk disorong ke dewan bedah sebb Poor Progress

Setelah melalui 2 kegagalan saya akur dengan beberapa kelemahan yg saya kurang peka saat mengandungkan 2 permata hati saya..ada beberapa petua yg saya dapat dan amalkan bagi memudahkan urusan bersalin. Hari ni saya nk kongsikan 12 langkah untuk ibu-ibu bagi memudahkan proses kelahiran kita...



12 Langkah Mudahkan Proses Kelahiran
  1. Selalu bersenam
  • Senaman penting bagi memastikan kesihatan anda berada ditahap yang memuaskan. Keraplah bersenam pada bulan terakhir kehamilan dan lakukan sekurangnya 30 minit samblik melakukan teknik pernafasan. Ini penting bagi memastikan anda dapat mengawal diri ketika menahan sakit dan apabila meneran.

   2. Elakkan terlalu banyak berehat
  • Anda tidak digalakkan untuk duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika anda melakukan sesuatu aktiviti seperti mengemas rumah,adalah digalakkan untuk  berkeadaan duduk itik dimana graviti keadaan itu dapat meransang bayi untuk turun dan memudahkan proses kelahiran

   3. Jaga Pemakanan
  • Penjagaan pemakanan hendaklah sentiasa dititikberatkan dimana ibu hendahlah memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan pemakanan seharian kita lengkap dengan segala keperluan zat makanan. Disamping itu ibu haruslah memastikan jumlah pengambilan air kosong mencukupi dan makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayuran


   4. Amalkan Pemakanan Sunnah
  • Terdapat beberapa jenis makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung selain daripada kurma yang dikatakan bagus dalam membantu mengekalkan tenaga semasa proses bersalin.Antara makanan sunnah yang dicadangkan adalah seperti kismis, madu dan habatussauda.Makanan ini juga dikatakan mampu mengelakkan bayi daripada jaundis.


   5. Khatam Al-Quran sepanjang Kehamilan
  • Ada sesetengah wanita memilih surah-surah tertentu untuk dibaca sepanjang kehamilan.Jangan begitu! baca kesemuanya adalah lebih baik dan pada masa yang sama seelok-eloknya khatam Al-Quran sekali sepanjang kehamilan.


   6. Amalkan surah Maryam
  • Sepanjang hamil,jangan culas untuk mengamalkan surah Maryam kerana surah ini diamalkan dengan tujuan memudahkan proses kelahiran dan disarankan agar bersujud setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam sujud tersebut jangan lupa berdoa agar dipermudahkan.


   7. Kerap bersama suami
  • Pada saat akhir menanti kelahiran,keraplah melakukan hubungan seks dengan suami kerana doktor berpendapat air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh meransang kontraksi.


   8. Berendam sebelum ke hospital
  • Sebelum ke hospital,berendam di dalam tab mandi berisi air suam kerana dipercayai ianya dapat mempercepatkan proses kelahiran. Sekiranya tiada tab mandi dirumah, anda boleh menggunakan kolam mandi plastik kanak-kanak.


   9. Pastikan tenaga mencukupi
  • Makan dan minum secukupnya bagi memastikan tenaga mencukupi sebelum memasuki bilik bersalin. Ini bagi mengelakkan anda keletihan sewaktu dalam proses bersalin.


 10. Posisi bersalin
  • Semasa dalam proses bersalin, anda boleh mengaplikasikan apa jua jenis posisi yang dirasakan selesa dan yang penting jangan berbaring sahaja. 


 11. Jangan meneran
  • Sebelum tiba masanya, jangan sesekali meneran. Kawal nafas dengan menarik nafas secara dalam dan hembus perlahan-lahan secara konsisten.

 12. Amalan doa dan selusuh
  • Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah 7 bulan disamping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. Selain dari itu,minyak selusuh bolehlah disapu dari atas ke bawah perut. Ianya bertujuan memudahkan bayi keluar apabila tiba waktunya.



Selawat ini juga boleh diamalkan oleh ibu-ibu

   Ù„ا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ 




      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."



2 Jun 2015

Siapa Pengasas Shaklee?

Bismillah wal hamdulillah

Penah guna produk Shaklee?Kenal x siapa pengasas Shaklee nie?
Org cakap, x kenal maka x cinta kn..so,jom kita berkenalan sikit dengan pengasas Shaklee nie..Nak jgk kan kita tahu sedikit sebanyak tentang legasi Shaklee nie..




Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana merek percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.
Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner
Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.
Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.
Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist
Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripadachiropractors, malah osteopathsinternist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.
Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser
Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.
Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.
Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Bermulanya Bisnes Suplemen Dr. Shaklee


Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbardbertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.
Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.
Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.
Penubuhan Shaklee Corporation
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya