3 Jun 2015

12 Langkah Mudahkan Proses Kelahiran


Bismillah wal hamdulillah

Sesetengah wanita mudah melalui saat-saat kelahirannya dan sebahagian lagi wanita melalui detik2 kesukaran saat kelahiran.Ada yang mudah dan ada yg melalui detik2 sukar dlam hidup...Ada yg sakit sekejap dan ada yg sakit yang berpanjangan...Mengingkap kenangan saya saat melahirkan kedua2 cinta hati... pengalaman yg berbeza tetapi dalam prosedur yang sama

Si kakak Tasneem : induce ketika 39 minggu dengan bukaan hanya 3cm dan after 13 jam sya disorong ke dewan bedah sbb Poor Progress

Si adik Kauthar : induce ketika minggu ke 39 juga dgn bukaan 4cm dan after 16 jam jgk disorong ke dewan bedah sebb Poor Progress

Setelah melalui 2 kegagalan saya akur dengan beberapa kelemahan yg saya kurang peka saat mengandungkan 2 permata hati saya..ada beberapa petua yg saya dapat dan amalkan bagi memudahkan urusan bersalin. Hari ni saya nk kongsikan 12 langkah untuk ibu-ibu bagi memudahkan proses kelahiran kita...



12 Langkah Mudahkan Proses Kelahiran
  1. Selalu bersenam
  • Senaman penting bagi memastikan kesihatan anda berada ditahap yang memuaskan. Keraplah bersenam pada bulan terakhir kehamilan dan lakukan sekurangnya 30 minit samblik melakukan teknik pernafasan. Ini penting bagi memastikan anda dapat mengawal diri ketika menahan sakit dan apabila meneran.

   2. Elakkan terlalu banyak berehat
  • Anda tidak digalakkan untuk duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika anda melakukan sesuatu aktiviti seperti mengemas rumah,adalah digalakkan untuk  berkeadaan duduk itik dimana graviti keadaan itu dapat meransang bayi untuk turun dan memudahkan proses kelahiran

   3. Jaga Pemakanan
  • Penjagaan pemakanan hendaklah sentiasa dititikberatkan dimana ibu hendahlah memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan pemakanan seharian kita lengkap dengan segala keperluan zat makanan. Disamping itu ibu haruslah memastikan jumlah pengambilan air kosong mencukupi dan makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayuran


   4. Amalkan Pemakanan Sunnah
  • Terdapat beberapa jenis makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung selain daripada kurma yang dikatakan bagus dalam membantu mengekalkan tenaga semasa proses bersalin.Antara makanan sunnah yang dicadangkan adalah seperti kismis, madu dan habatussauda.Makanan ini juga dikatakan mampu mengelakkan bayi daripada jaundis.


   5. Khatam Al-Quran sepanjang Kehamilan
  • Ada sesetengah wanita memilih surah-surah tertentu untuk dibaca sepanjang kehamilan.Jangan begitu! baca kesemuanya adalah lebih baik dan pada masa yang sama seelok-eloknya khatam Al-Quran sekali sepanjang kehamilan.


   6. Amalkan surah Maryam
  • Sepanjang hamil,jangan culas untuk mengamalkan surah Maryam kerana surah ini diamalkan dengan tujuan memudahkan proses kelahiran dan disarankan agar bersujud setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam sujud tersebut jangan lupa berdoa agar dipermudahkan.


   7. Kerap bersama suami
  • Pada saat akhir menanti kelahiran,keraplah melakukan hubungan seks dengan suami kerana doktor berpendapat air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh meransang kontraksi.


   8. Berendam sebelum ke hospital
  • Sebelum ke hospital,berendam di dalam tab mandi berisi air suam kerana dipercayai ianya dapat mempercepatkan proses kelahiran. Sekiranya tiada tab mandi dirumah, anda boleh menggunakan kolam mandi plastik kanak-kanak.


   9. Pastikan tenaga mencukupi
  • Makan dan minum secukupnya bagi memastikan tenaga mencukupi sebelum memasuki bilik bersalin. Ini bagi mengelakkan anda keletihan sewaktu dalam proses bersalin.


 10. Posisi bersalin
  • Semasa dalam proses bersalin, anda boleh mengaplikasikan apa jua jenis posisi yang dirasakan selesa dan yang penting jangan berbaring sahaja. 


 11. Jangan meneran
  • Sebelum tiba masanya, jangan sesekali meneran. Kawal nafas dengan menarik nafas secara dalam dan hembus perlahan-lahan secara konsisten.

 12. Amalan doa dan selusuh
  • Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah 7 bulan disamping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. Selain dari itu,minyak selusuh bolehlah disapu dari atas ke bawah perut. Ianya bertujuan memudahkan bayi keluar apabila tiba waktunya.



Selawat ini juga boleh diamalkan oleh ibu-ibu

   لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ 




      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."



Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya