Bismillah wal hamdulillah
Assalamualaikum
Tahukah anda susu amat baik untuk tubuh terutamanya kanak-kanak. Ia kaya dengan sumber nutrien seperti protein, kalsium, vitamin D, Vitamin A, Vitamin B12, riboflavin dan fosforus. Nutrien ini amat penting untuk proses pembesaran dan perkembangan kanak-kanak terutamanya bagi membina tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
GARIS PANDUAN
Tulang kanak-kanak membesar sepanjang masa. Garis Panduan Diet Malaysia menggalakkan kanak-kanak mengambil 2 hingga 3 hidangan susu atau produk tenusu setiap hari. Walau bagaimanapun sestengah kanak-kanak tidak boleh mengambil susu lembu atau produk tenusu disebabkan mereka tidak tolerans laktosa atau alahan protein susu lembu. Terdapat juga sestengah kanak-kanak yang mula menolak minuman susu apabila menginjak umur 3tahun. Kanak-kanak ini berisiko mengalami kekurangan beberapa nutrien penting.
Untuk memastikan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak tidak terjejas, adalah penting bagi ibu untuk menggantikan susu dan produk tenusu dengan pemakanan alternatif yang sihat seperti :
♡Makanan Tinggi Protein
-Terdiri daripada telur, daging tanpa lemak, kacang, kacang pea, lentil dan kekacang
♡Makanan Tinggi Kalsium
-Ikan dengan tulang boleh dimakan (sardin dalam tin, ikan bilis )sayuran berdaun hijau, badam dan buah-buahan.
ALTERNATIF KEPADA SUSU DAN PRODUK TENUSU
- Soya mengandungi protein berkualiti tinggi dan nutrien penting seperti (zink, zat besi dan folat) untuk membantu anak anda membesar dengan sihat.
- Terdapat pelbagai makanan yang kaya dengan soya seperti tofu, tofu fah ( dadih kacang soya) ,tempe, dan susu tepung berasaskan soya untuk kanak-kanak. Produk soya ini boleh membekalkan nutrien yang diperlukan untuk anak anda.
- Susu tepung berasaskan soya sering digunakan sebagai pengganti untuk susu lembu. Ibu bapa tidak perlu risau akan pencapaian keperluan nutrien anak-anak mereka.
- Susu tepung berasaskan soya telah ditambah dengan nutrien seperti kalsium dan omega-3 untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak
Ibu jugak dicadangkan memberikan makanan sunnah untuk anak-anak seperti :
- Kurma
- Madu
- Kismis
- Habbatussauda
- Air zamzam
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400
Super Ohsem Family
Tiada ulasan:
Catat Ulasan