30 November 2017

KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN


Bismillah wal hamdulillah


Entry sebelum ini kita ada membincangkan tentang KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL. Kali ini kita akan membincangkan tentang KESAN FIBROID PADA KEHAMILAN. Lebih kurang 10 hingga 30 peratus wanita yang mempunyai fibroid mengalami komplikasi semasa hamil. Komplikasi berikut akan berlaku pada 2 fasa kehamilan iaitu:


  • PERINGKAT AWAL KEHAMILAN

Pada peringkat awal kehamilan, ia boleh menyebabkan :
  1. Keguguran : Kadar keguguran spontan adalah meningkat sekali ganda bagi wanita yang mempunya fibroid. Meningkatnya kekerapan kontraksi rahim disebabkan kehadiran fibroid, kesan tekanan fibroid terhadap janin dan bekalan darah kepada uri dan janin yang terjejas adalah faktor yang dikaitkan dengan risiko keguguran.
  2. Pendarahan pada awal kehamilan : Lokasi di mana fibroid berada menentukan risiko pendarahan. Pendarahan di awal kehamilan biasanya lebih kerap berlaku sekiranya uri melekat pada tempat hampir dengan fibroid berbanding kehamilan di mana uri dan fibroid berada di lokasi berlainan. 
  • PERINGKAT LEWAT KEHAMILAN
Pada peringkat lewat kehamilan, ia boleh menyebabkan :
  1. Kelahiran pra matang : Wanita yang mempunyai fibroid lebih berisiko untuk bersalin awal (tidak cukup 37 minggu) berbanding wanita tanpa fibroid. Risiko ini meningkat sekali ganda dan lebih tinggi sekiranya wanita tersebut mempunyai berbilang fibroid atau fibroid yang duduk berhampiran dengan uri.
  2. Pendarahan uri (placental abruption) : Terdapat kajian yang mengaitkan pendarahan uri dengan fibroid. Ia menunjukkan risiko uri berdarah meningkat tiga kali ganda dan risiko ini berlaku terutama pada wanita hamil yang urinya melekat pada fibroid. Oleh kerana fibroid bukanlah tempat yang sesuai atau tempat semula jadi bagi pelekatan uri, maka tidak hairanlah uri akan mudah lekang dan berlaku pendarahan. 
  3. Uri bawah (placenta previa) : 2 kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai fibroid mempunyai risiko 2 kali lebih tinggi untuk mengalami masalah uri bawah. Ini mungkin disebabkan sekiranya fibroid telah menduduki bahagian atas rahim, uri lebih terdorong untuk melekat di bahagian bawah. 
  4. Sekatan tumbesaran janin dan kedudukan janin yang tidak normal : Secara amnya, tumbesaran janin tidak terjejas dengan kehadiran fibroid. Walaubagaimanapun, bayi bagi wanita yang mempunyai fibroid selalunya kecil. Ini mungkin disebabkan ruang rahim yang terhad untuk proses tumbesaran bati terutama jika fibroid itu membesar. Ada kes terpencil di mana fibroid yang besar boleh memberikan tekanan kepada janin menyebakan bayi yang dilahirkan mengalami kecatatan struktur tubuh seperti tempang dan sebagainya.  
  • BERSALIN DAN KELAHIRAN
Pada peringkat bersalin, ia boleh menyebakan :
  1. Kedudukan janin yang tidak normal, sekatan bersalin (di mana kepala bayi tidak boleh turun semasa proses bersalin disebabkan gangguan dari fibroid dan pembedahan Ceasarean 
  2. Pendarahan selepas bersalin : Kajian menunjukkan wanita mempunyai fibroid lebih cenderung mengalami pendarahan. Pendarahan ini adalah disebabkan fibroid tersebut boleh mengganggu struktur rahim dan seterusnya mengurangkan keupayaan otot rahim untuk mengecut bagi menyekat pendarahan yang banyak. 
  3. Lekat uri (retained placenta) : Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai fibroid berisiko untuk mengalami masalah lekat uri selepas melahirkan berbanding wanita tanpa fibroid. 
RAWATAN 

Kesakitan disebabkan fibroid semasa kehamilan biasanya dirawat secara konservatif iaitu dengan rehat yang banyak dan memakan ubat tahan sakit. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penahan sakit yang diberi secara suntikan jika keadaannya lebih serius.

Bagi mereka mempunya masalah fibroid dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebaiknya sebelum mereka hamil bagi memastikan tiada sebarang komplikasi ketika hamil.

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

29 November 2017

KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL


Bismillah wal hamdulillah

APA ITU FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa dari sel-sel otot Rahim. Fenomena ini biasa berlaku di kalangan wanita pada usia subur, dengan kekerapannya di antara 40 hingga 60 peratus pada usia 35 tahun dan meningkat kepada 70 hingga 80 peratus pada usia 50 tahun




Disebabkan kerapan masalah fibroid ini, maka tidak hairanlah fibroid juga ditemui di kalangan wanita hamil. Kebanyakkan wanita hanya mengetahui mereka mempunyai fibroid setelah mereka hamil . Ini adalah kerana semasa imbasan ultrabunyi akan dilakukan untuk melihat keadaan janin di dalam kandungan. 

Wanita yang mengalami fibroid tidak perlu risau kerana kebanyakkan fibroid tidak memberikan apa-apa masalah semasa kehamilan  walaupun akan terdapat pertambahan pada saiz fibroid tersebut dalam tempoh 10 minggu pertama kehamilan. 


SIMPTOM FIBROID

Antara simptom-simptom awal fibroid yang dapat dikenalpasti ialah :

  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Haid yang banyak, sakit ketika haid dan berpanjangan
  • Tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar
  • Sembelit teruk
  • Fibroid yang membesar akan menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar. Apabila najis terhimpit lama-lama menyebabkan sembelit kronik akan berpanjangan.
  • Kencing tidak lawas
  • Sama seperti sembelit ketumbuhan fibroid akan menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing menjadi kecil dan sukar untuk membuang air kecil
Bagi wanita hamil, fibroid boleh menyebabkan kesakitan sekiranya fibroid tersebut mengalami 'red degeneration', berpusing (torsion) bagi fibroid yang bertangkai (pedunculated fibroid) atau berhimpit (impaction). 


Ibu hamil akan merasa sakit kerana :

  • Peningkatan tumbesaran fibroid akan menyebabkan tisu-tisu fibroid mengalami kekurangan bekalan darah dan seterusnya berlaku kekurangan oksigen (anoxia), kegagalan sel (necrosis) dan kemusnahan sebahagian sel fibroid (infarction)
  • Perkembangan fibroid menyebabkan saluran darah ke kawasan fibroid terhimpit dan proses kemusnahan sel-sel fibroid berlaku.
  • Penghasilan Prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terhasil daripada kemusanahan sel-sel fibroid.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

28 November 2017

5 SEBAB ANAK TOLAK SUSU IBU

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua

Bagi ibu-ibu yang menyusu.. Pernah X bila smpai satu ketika, si kecil kita dah mula pandai utk tidak menyusu..pastu, kita yang gelabahnie mulala X keruan. Mulalah membuat andaian yang anak tidak sihat  atau X lalu nk mkan. Biasanya kita beranggapan anak kita tidak sihat atau hendak tumbuh gigi. 

Rupanya andaian kita kadang-kadang tersilap kerana si kecil kita mempunya i sebab mengapa mereka menolak direct breasfeeding. 


Antara sebab bayi anda menolak susu ibu adalah kerana : 

  • Bayi kenyang


Kemungkinan bayi baru sahaja menyusu datau masih belum berasa lapar. Memberi payudara pada si comel ketika mereka masih kenyang tidak menarik perhatiannya untuk menyusu.

  • Bayi pramatang


Susu ibu adalah sangat penting bagi membantu pertumbuhan system imuniti si comel serta perkembangan bayi pra matang. Akan tetapi mereka masih lemah dan tidak kuat untuk menghisap puting payudara ibu. Jangan berputus asa keran ibu yang mempunyai bayi pra matang atau kecil akan berasa stress dan tertekan kerana si comel mereka tidak pandai menyusu secara terus pada payudara.

  • Bayi sakit atau demam


Sekiranya si kecil demam, mereka akan kurang menyusu. Ini kerana ketidakselesaan pada bahagian tekak atau badan berasa lemah. Jangkitan di bahagian telinga juga akan mengakibatkan tekanan di bahagian dalam telinga. Bayi yang mengalami jangkitan kulat dengan tumbuhnya tompokan putih atau oral thrush di dalam mulut terutama di kawasan bibir, lelangit atau lidah.

  • Aliran susu terlalu laju


Pengaliran susu yang terlalu laju boleh saja membuatkan bayi tersedak atau terbatuk pada permulaan sesi menyusu. Ini menyebabkan si kecil melepaskan payudara ibu. Pengaliran susu yang terlalu laju membuatkannya terkejut, tersedak, muntah atau menangis. Kadangkala si comel akan mengetap bahagian putting ibu bagi melambatkan pengaliran susu.

  • Aliran susu terlalu perlahan



Aliran susu yang perlahan ketika menyusu atau diperah. Ada ibu yang mengalami keadaan payudara terasa penuh dan berat namun hanya sedikit sahaja susu yang hasil diperah. Aliran susu yang perlahan juga menyebabkan bayi geram dan akhirnya menangis lalu menolak. Ibu tertekan, sakit atau kepenatan, pengambilan kafein yang tinggi, merokok, alkhohol, pengambilan ubat tertentu atau saluran susu yang tersumbat boleh memperlahankan aliran susu akibat menurunnya produksi susu. 


Nota Cinta :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

27 November 2017

MERAWAT MASALAH BUASIR

Bismillah wal hamdulillah


Assalamualaikum...selamat malam semua. Baru beberapa jam lepas ummi dapat wassap dari jiran bertanyakan tentang Herb-Lax. Katnya ibunya ada masalah buasir dan sakit sangat malam nie.Kebetulan supplement beliau hbis..Jadinya perlukan HerbLax untuk malamni. jadi ummi kasi sementara stok yang ummi gunakan kat rumah. Alhamdulillah mmg saya sediakan Herb-Lax kat rumah untu diamalkan seminggu 3 x...yang selebihnya saya amalkan Ostematrix.



APA ITU BUASIR


Buasir atau dikenali juga sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.


Mengapa buasir berlaku?
Buasir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Namun, buasir biasanya terjadi kepada orang dewasa berusia 30 tahun ke atas, dan juga wanita hamil.

Punca Buasir

  • Kerap sembelit sehingga terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
  • Mengalami cirit birit untuk tempoh yang agak lama
  • Kurang mengambil makanan yang tinggi serat
  • Kurang minum air
  • Mengandung atau bersalin
  • Berat badan berlebihan


Simptom Buasir


  • Rasa sukar untuk membuang air besar
  • Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar
  • Bengkak dan gatal di bahagian dubur kebiasaannya selepas membuang air besar
  • Rasa sakit di bahagian dubur
  • Rasa tidak selesa di bahagian dubur bila berdiri atau mencangkung untuk tempoh yang lama

Tips Kurangkan Buasir Dalam Aktiviti Harian


Ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk kurangkan buasir, serta meredakan kesakitan apabila terkena buasir.

  1. Ambil lebih serat melalui buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin.
  2. Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya minum 8 gelas air sehari.
  3. Bersenam setiap hari.
  4. Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit, dan membuatkan masalah buasir menjadi lebih teruk.
  5. Mandi dengan air suam untuk kurangkan rasa sakit dan gatal.
  6. Gunakan ais supaya bengkak surut, atau duduk di dalam besen berisi air garam.
*Walaubagaimanapun, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut jika buasir berterusan, sembelit teruk, darah dalam najis atau terdapat gangguan pada dubur sehingga menyebabkan ketidakselesaan



Antara supplement yang terkandung dalam SET BUASIR ialah :
  • OsteMatrix : Magnesium dalam OsteMatrix bantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar, sekaligus mengatasi masalah buasir.
  • OmegaGuard : Anti-keradangan. Membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air besar amat perit. OmegaGuard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.
  • Vitamin C 500mg : Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Vitamin C amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).
Antara testimoni Customer


Testimoni 1 : VIVIX dan BUASIR


Testimoni 2 : VIVIX dan BUASIR

Untuk pembelian SET BUASIR yang mengandungi OSTEMATRIX, OMEGA dan VITA C boleh klik esell dibawah.


Ikhlas Penuh Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

26 November 2017

TIP MUDAHKAN ANAK TIDUR AWAL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Ummi nak share sedikit dengan mommy-mommy semua sedkit tip untuk mudahkan anak tidur dan bangun awal. Yalah, pengalaman sendiri mmg mengajar ummi betul. Alhamdulillah Allah hadirkan anak sulung yang sangat memudahkan...Tidur yang memang awal, pukul 9 memang dah mula nak tidur. Tapi berbanding anak ke dua....huwaaa, mmg jenis yang susah tidur dan susah bangun. Lengkap pakej nya,..hahaha.




Hampir 70% anak yang berusia bawah 5 tahun mengalami masalah untuk tidur awal dan ianya menjadi isu sensitif di kalangan ibu bapa kerana kekurangan tidur di kalangan anak akan menyebabkan ibu bapa juga akan menjadi letih. Masalah keletihan akibat kekurangan tidur boleh menyebabkan anak meragam, hiperaktif, masalah tumbesaran dan juga masalah pembelajaran. 

Jom berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa bagi memudahkan anak tidur awal dan bangun awal. 

1. Jadual tidur dan bangun
  • Sediakan jadual tidur dan bangun pada anak. Beritahu dan berbincang dengan mereka tentang jadual tersebut. Tampal jadual tersebut dalam bilik tidur anak. 

2. Waktu tidur teratur
  • Sentiasa konsisten dengan jadual masa tidur dan masa bangun anak. Jam biologi mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas tingkah laku tidur dan bangun seseorang kanak-kanak. Bila kita telah menetapkan jadual mereka, bermakna kita juga memprogramkan tubuh badan anak untuk tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan.

3. Tidur sebentar
  • Galakkan anak kita untuk tidur sebentar pada waktu siang yang dikenali sebagai "daily naps".Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang "naps" akan lebih bertingkah laku agresif dan juga kerap terjaga pada waktu malam. Kanak-kanak yang mendapat "naps" yang cukup akan tidur dengan lebih baik pada waktu malam. 

4. Makan awal
  • Sediakan jadual makan yang lebih awal sekiranya kita mahu anak masuk tidur lebih awal. Adalah sangat perlu bagi ibu bapa menghadkan waktu bermain komputer dan juga menonton televisyen pada anak-anak terutamanya waktu malam.

5. Nutrisi yang baik dan sihat
  • Nutrisi juga sangat mempengaruhi tahap tenaga dan tidur kanak-kanak. Pastikan anak kita tidak mengambil makanan yang mengandungi kadar protein dan gula yang tinggi sebelum waktu tidur kerana protein dan gula yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih peka dan susah tidur. 

Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-


25 November 2017

PENCETUS STRESS KANAK-KANAK


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Apa itu stres? 

Stres adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi seseorang kesan daripada tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan oleh susuatu bebanan yang menimpa seseorang. Apabila berlakunya stres, tubuh badan akan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang akan menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan keadaan ini akan menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Biasanya kita beranggapan orang dewasa sahaja yang pernah mengalami stress sedangkan kita terlupa bahawa kanak-kanak dan remaja juga amat sensitif pada stress. Mereka mudah mengesan dan bereaksi kepada stress yang berlaku di dalam keluarga, selain turut mengalami stress mereka sendiri. Biasanya apa sahaja perkara yang boleh menimbulkan rasa takut atau bimbang akan mencetuskan stress pada kanak-kanak. 



TANDA-TANDA STRESS

1. Kanak-kanak Prasekolah


  • Marah
  • Gelisah
  • Sukar makan dan tidur, termasuk mengigau
  • Takut bersendirian
  • Kembali kepada perangai bayi
  • Menggigil ketakutan
  • Menangis yang sukar dikawal
  • Menyendiri
2. Kanak-kanak Sekolah
  • Tidak percayakan orang
  • Mengadu sakit kepala atau sakit perut
  • Merasa tidak disayangi
  • Hilang selera makan
  • Suka tidur
  • Kerap terasa mahu membuang air kecil
  • Terkencing waktu malam
  • Tidak peduli tentang sekolah atau persahabatan
  • Menyendiri
  • Risau tentang masa depan
3. Remaja
  • Marah
  • Kecewa
  • Tidak percaya kepada semua perkara
  • Rendah keyakinan diri
  • Sakit perut dan sakit kepala
  • Serangan panik
  • Memberontak
Sebagai ibu bapa, kita mempunyai banyak cara untuk membantu menangani stress kanak-kanak dan remaja. 2 perkara paling utama bagi ibu bapa ialah mewujudkan persekitaran yang bebas stress dan membantu mereka membentuk kemahiran menangani masalah secara positif.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan stress ialah :

  1. Memperakui perasaan mereka dan meyakinkan mereka bahawa anda memahami kenapa mereka berasa sedih atau takut. 
  2. Bina kepercayaan dan biarkan anak anda tahu bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada pengalaman yang mengajar.
  3. Tunjukkan kasih sayang dan kemesraan pada anak. Kerap berikan pelukan pada anak anda.
  4. Tingkatkan kekuatan keluarga.
  5. Nyatakan apa yang anda harapkan daripadanya tanpa terlalu tegas. 
  6. Prihatin dengan kemahuan anak bukan kemahuan kita semata. 
Cara membentuk kemahiran menangani masalah secara positif ialah:  
  1. Memberikan contoh yang baik. Tenangkan diri anda dan luahkan rasa marah dengan cara yang betul. 
  2. Galakkan pemikiran rasional : Pastikan anak kita tahu akibat perbuatan mereka.
  3. Berbincang secara terbuka dan beritahu apa yang berlaku pada diri kita dan galakkan mereka menceritakan masalah mereka.
  4. Cari aktiviti atau hobi yang mereka suka dan galakkan mereka melibatkan diri.
  5. Galakkan mereka mengamalkan pemakanan sihat.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

24 November 2017

LUKA BERSALIN CZER CEPAT SEMBUH DENGAN VIVIX


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Berpantang untuk seorang ibu adalah satu waktu yang penting untuk memulihkan kembali luka bersalin dan mengembalikan tenaga setelah melalui satu proses bersalin yang telah di lalui. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, ianya lebih memerlukan tenaga kerana perlu menjaga luka bersalin tersebut bagi mengelakkan ianya daripada bernanah dan terbuka. 

Penjagaan yang rapi amatlah diperlukan oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan untuk meastikan mereka cepat sembuh dan dapat menjaga bayi mereka. Biasanya ada antara luka ibu-ibu yang telah sembuh pada bahagian luar tetapi dalamannya masih belum baik. Sebelum ini saya ada berkongsi entry tentang TIP PENJAGAAN LUKA SELEPAS BERSALIN. Ibu-ibu haruslah menjaga luka tersebut bagi memastikan ianya tidak mengalami jangkitan kuman atau sebarang komplikasi.

KANDUNGAN VIVIX

✔Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix juga mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

✔Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

VIVIX MEMBANTU MEMULIHKAN LUKA DARI DALAM

1. Vivix adalah sumber anti-oksidandan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka pembedahan ibu-ibu.
2. Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. Luka bahagian dalam akan mengalami penyembuhan dan begitu juga di bahagian luar. 
3. Dalam kandungan Vivix juga, terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang. Terdapat testimoni ibu yang mengambil vivix adalah lebih bertenaga dan sihat. 

IKHLAS PENUH CINTA :UMMI TASNEEM.KAUTHAR.ALI-012.432 2400-


23 November 2017

TIP PENJAGAAN LUKA SELEPAS BERSALIN


BISMILLAH WAL HAMDULILLA

Assalamualaikum semua...

Harinie ummi nak share sedikit tip penjagaan luka bersalin untuk ibu-ibu. Upss, luka bersalin secara pembedahan ya. wahhh, terkenang kenangan 7 tahun yang lalu saat czer dan berpantang anak pertama. Mencabar betul sebb 1st time czer. Yang ke2???Allah....lagi bnyk dugaan. Sampai admit wad semula dan masuk dewan bedah kali ke2 sebb "wound bounding". Pengalaman ngeri dalam hidup. Admit smpai hampir seminggu...Allahuakhbar...Kenangan. Tapi czer yang ke3, mmg penuh ketenangan dan berpantang juga sangat tenang...Alhamdulillah. 


Proses penyembuhan luka bergantung kepada banyak faktor. Antaranya aliran darah yang cukup, pemakanan sihat dan sebagainya. Kes luka terbuka mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman atau terdapat pengumpulan darah beku. Tanda-tanda jangkitan termasuklah kemerahan, kesakitan, terdapat cecair atau nanah, berbau serta demam. Ianya dapat dielakkan dengan penjagaan yang baik seperti berikut :

  • Pastikan luka sentiasa bersih
  • Mandi seperti biasa
  • Jangan menggaru tempat luka
  • Keringkan luka dengan tuala bersih
  • Biarkan luka terdedah kepada udara/anginkan
  • Amalkan pemakanan yang berzat dan seimbang serta mengambil suplemen seperti zat besi dan multivitamin untuk memastikan darah mencukupi
Ibu-ibu berpantang, mohonlah bantuan suami atau ibu kita untuk membantu menjaga luka pembedahan kita dengan mencuci dan memastikan ianya tidak berair dan sentiasa  kering. Pastikan juga kita tidak melakukan kerja-kerja yang berat dan lasak bagi memastikan tiada sebarang komplikasi pada luka pembedahan tersebut.

Moga kita selamat melalui proses berpantang dengan selesa dan selamat. Dan moga ianya menjadi momen indah dalam kehidupan kita.


Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
Founder Akhtar Group
-012.432 2400-

22 November 2017

DIABETES KETIKA HAMIL


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

APA ITU GDM??

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.


Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.

2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
o    Sejarah keluarga menghidap diabetes
o    Mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum hamil
o    Wanita hamil berusia 35 tahun ke atas
o    Pernah menghidap kencing manis di kehamilan sebelumnya
o    Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar atau melebihi 4kg
o    Wanita hamil kembar
o    Wanita hamil yang mengalami masalah terlalu banyak air ketuban

RAWATAN

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-

  • Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
  • Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
  • Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
  • Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
  • Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

SUPPLEMENT CADANGAN




1) Esp

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2) B Complex 

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3) Vitalea 

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix 

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin C 

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma, tips dan cara pengambilan yang betul dengan membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di Negeri Kedah dan inginkan produk Shaklee secara COD (Cash On Delivery) bagi kawasan Guar Chempedak, Gurun, Bedong , Sungai Petani, Yan dan Alor Setar boleh sms/whatsapp Fakhrati. 012.4322400

21 November 2017

PROMO VIVIX


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua...masih berbaki 9 hari lagi untuk November kita. Tahu x kawan2 bulannie SHAKLEE ada buat promo VIVIX buy twinpack dan percuma keahlian .

Antara manfaat lain ialah :


  • Pos percuma ( RM 10.60)
  • Cash bonus (RM 36.10)
  • Less 5 % (RM40.28 )
Terbaikkan. Promo yang jarang2 berlaku dan memang sangat berbaloi. 




APA ITU VIVIX ?
-Vivix merupakan tonik campuran polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel, termasuk membantu melindungi dan membaikki kerosakan DNA, mempengaruhi pengawalatur genetik untuk jangka hayat sel, membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE
Antara manfaat VIVIX adalah :
  • Vivix Shaklee (Shaklee Vivix) Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
  • Vivix Shaklee (Shaklee Vivix) mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.


Apa yang hebat tentang VIVIX???

1. Proses Cold Filling Extraction.

Ada banyak jenis proses utk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh2an. Cold extraction maknanya buah-buah yg digunakan dlm vivix di-press utk mengeluarkan patinya dgn suhu rendah.

Ada proses yg guna air panas/suhu panas, proses mcm ni boleh menurunkan kualiti produk tu walaupun hasilnya mgkn lebih banyak.
Skg Shaklee patenkan proses cold filling extraction ni utk Vivix jadi org lain takleh curi.


2. Gabungan Polifenol

Bagi kesan maksimum, Vivix bukan cuma ada resveratrol tp gabungan 15 polifenol. Umpama kita telan anggur muskadin sebijik.

3. Semulajadi, tanpa pengawet & stabil.

Kalo kita letak Vivix atas meja, Vivix tak meruap. Kalo letak dlm freezer, Vivix tak beku. Dan tindakan tu bukan dgn bantuan bahan2 kimia. 


*Untuk pembelian, boleh hubungi 012.4322400 atau klik button di bawah. Promo sah sehingga 30 November 2017. 





ikhlas penuh cinta : 
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.4322400-


Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya