11 November 2017

HAMIL DAN CANTIK


Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum.

Kehamilan adalah fasa baru bagi seorang wanita yang baru pertama kali bergelar ibu. Bagi ibu-ibu yang pernah hamil,setiap fasa kehamilan adalah berbeza-beza. Bagi ummi sendiri, fasa kehamilan ketiga-tiga anak adalah berbeza walaupun sepanjang kehamilan ummi x diduga dengan alahan yang teruk. Hamil anak pertama agak mencabar kerana diuji dengan keletihan melampau.hahaha....stamina badan yang menurun mungkin. 




Sepanjang kehamilan mmg saya mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE antaranya ialah ESP dan Vita C. Di samping mmbantu mengatasi keletihan dan rasa lapar yang melampau2 sepanjang kehamilan, ESP juga membantu mencantikkan kulit kita. 

Sebagaimana kepentingan protein untuk keperluan-keperluan kesihatan yang lain, protein juga amat penting bagi ibu yang sedang mengandung. Protein ini bukan sahaja bermanfaat kepada ibu hamil, malah kepada bayi di dalam kandungan juga.

Kepentingan Protein Soya Kepada Ibu Mengandung

1: Menguatkan Rahim
Protein sangat penting dalam penghasilan sel-sel yang sihat sekaligus membina otot-otot yang sihat dan kuat. Ini sekaligus mengelakkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.
2: Mengelakkan dan Mengawal Pre-Eclampsia (darah tinggi ketika mengandung).
Menurut Dr. Andrew Weil, pecahan keperluan makanan ibu hamil perlu terdiri daripada 50-60 peratus kalori daripada karbohidrat , 30% daripada lemak, 10-20 peratus daripada protein (sebaik-baiknya soya penuh atau ikan).
3: Mengelakkan dan Mengawal Gestational Diabetes Mellitus (GDM – kencing manis sewaktu mengandung)
ESP mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. Faktor inilah yang membantu kadar gula dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam darah ibu.
Apabila kandungan gula di dalam darah adalah terkawal, maka pengidap GDM berkemungkinan besar dapat dielakkan atau paras gula berada di dalam bacaan yang stabil.
4: Memberi Tenaga Yang Berpanjangan
Hal ini berkaitan juga dengan faktor Indeks Glisemik yang rendah, apabila gula dilepaskan di dalam darah secara perlahan-lahan, maka gula yang ditukarkan menjadi tenaga akan sentiasa dibekalkan untuk tubuh secara berterusan.
Hasilnya, para ibu akan mendapati mereka rasa bertenaga lebih lamaberbanding sebelum pengambilan ESP.
5: Kecantikan
Disebabkan ESP ini adalah protein, dan protein bertindak membentuk sel-sel yang sihat, secara tidak langsung para ibu akan dapati kulit mereka menjadi semakin cantik.
Selain daripada itu, masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat, jeragat dan kulit kusam semakin berkurangan. Bonus yang lagi best ialah kulit menjadi semakin anjal, rambut dan kuku semakin sihat, kuat dan berkilat serta tapak kaki yang merekah beransur kurang.
6: Mengelakkan Rasa Lapar
Ibu yang mengandung biasanya mudah mengalami rasa lapar secara tiba-tiba dan sukar dikawal. Dengan pengambilan ESP, para ibu akan berasa kenyang lebih lama. Lagipun, ESP boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan snack yang sihat.
7: Meningkatkan Imuniti Ibu
Protein seperti antibodi merupakan sebahagian daripada sistem imuniti badan.

KEPENTINGAN VITA C UNTUK IBU HAMIL

1. Bertindak sebagai anti oksidan

Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan. Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.
2. Membantu penyerapan zat besi pada tubuh ibu maupun janin
Vitamin C yang merupakan nutrisi penting bagi tubuh memiliki banyak sekali manfaat dimana salah satunya adalah membantu penyerapan zat besi. Manfaat zat besi untuk ibu hamil berperanan dalam banyak hal seperti memproduksi darah merah di dalam tubuh. Darah merah yang tercukupi dapat menghindarkan ibu hamil dari anemia.
Mengamalkan Protein dan Vita C adalah satu keperluan kepada tubuh dan amatlah lagi diperlukan untuk si kecil dalam kandungan. Pastikan pengambilan 2 sumber makanan ini adalah mencukupi. 

Untuk pembelian sila klik di bawah

ikhlas penuh cinta
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya