9 November 2017

TIP MENGATASI ANAK SUSAH MAKAN


Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua. Dah lunch belum semua mommy???Masak apa tue??anak-anak makan x???banyak x???eh...bnyk tanya pulak. Tp inilah persoalan biasa utk ibu-ibu yang ada anak kecik dan cerewet pulak bab makan...

Entry sebelum nie ummi pernah sharekan tentang 3 kesan buruk anak susah makan..Blh klik kat sini utk entry tersebut. Bagi ummi mmg susah bila anak yang jenis cerewet ni. So untuk anak-anak ummi mmg bila dh start makan ummi akan cuba dedahkan dorang dengan pelbagai jenis makanan. Biar dorang explore semua jenis makanan. Tak perlu nak sediakan yang fovourite atau yang dorang suka bagi mengelakkan dorang memilih di kemudian hari. Alhamdulillah setakat harini anak-anak ummi semua sukaja makan. Cuma kita sebagai ibu, jangan terlepas pandang dan tidak menjaga pemakanan anak-anak kita. 



Harinie ummi nak kongsi beberapa TIP bagi MENGATASI ANAK SUSAH MAKAN.


1. HIDANGKAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT DAN KERAP
  • Biasanya saya akan berikan anak2 saya makan dengan kadar yang sedikit dan tambah semula jika perlu. Untuk si kecil Ali memang selalu saya pantau bagi mengelakkan si kecil nie makan terlalu banyak memandangkan perutnya masih kecil dan perlukannya dalam kuantiti yang sedikit.
2. PELBAGAIKAN JENIS MAKANAN
  • Variasi makanan boleh menarik minat anak-anak kita. Biasanya saya sendiri tidak terlalu regic dalam memberi makanan anak-anak. Ada saja menu yang saya akan cuba seperti pizza, pasta, spagetti atau macaroni. Cumanya pemilihan sumber makanan yang sihat hendaklah di titik beratkan oleh ibu-ibu.
3. SAJIAN MAKANAN YANG MENARIK
  • Cuba sediakan makanan untuk anak-anak dengan lebih menarik seperti meletakkan hiasan sayur-sayuran atau buahan mengikut kreativiti ibu-ibu. Kalau nak mudah blhja pak cik gugel.hehehe
4. CIPTAKAN POLA MAKANAN TERATUR

  • Pastikan pengambilan makanan adalah mengikut waktu makan yang sesuai. Ini klu ummi, time cuti mmg masa bnykla dihabiskan dekat dapo. Mana tidaknya, pkl 6.30-7.30 pagi dah sibuk siapkan breakfast. Japg pkl 12 tghhari dah sibuk makan tengahhari dan seterusnya smpaila makan malam around 7-8 malam. Jadualkan waktu makan anak-anak agar teratur dan mereka sendiri terbiasa. 

5. BERIKAN SNEK ATAU KUDAPAN SIHAT DARIPADA SESI WAKTU MAKAN UTAMA

  • Sediakan kudapan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak terutamanya anak yang aktif. Ummi di rumah mmg akan pastikan ada simpanan biskut untuk anak-anak dan suami sebagai kudapan ringan. Ini penting bagi mengelakkan anak "buat perangai" dan menangis. 

6. JANGAN BERI SUSU BERLEBIHAN

  • Tip ini khusus untuk ibu-ibu yang si kecil anda masih minum susu atau berbotol susu. Untuk anak saya Ali, mmg selepas ambil dari taska saya akan pastikan dia tidak mengambil susu bagi memastikan dia bersedia untuk makan malam. Yalah, kang ummi dah masak...x de pulak yang nak makan. Untuk si kakak dan k.ngah pun ummi akan pastikan tiada pengambilan susu atau milo.

7. ELAKKAN GANGGUAN WAKTU MAKAN

  • Untuk ibu-ibu di rumah, pastikan tiada gangguan waktu makan anak-anak seperti waktu perjalanan menaiki kenderaan. Pastikan ibu-ibu bersedia dengan bekalan makanan atau berhenti ketika waktu makan mereka. 

8. MEMBERIKAN PUJIAN

  • Tip yang terakhir ini mmg sangat disukai oleh anak-anak. Kanak-kanak mmg sangat suka dipuji dan mereka lebih gembira jika ibu-ibu memujuk mereka untuk makan. 

Moga tip ini dapat memberi manfaat untuk ibu-ibu yang bermasalah dengan anak-anak yang susah makan. 


ikhlas penuh cinta
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya