29 November 2017

KOMPLIKASI FIBROID SEMASA HAMIL


Bismillah wal hamdulillah

APA ITU FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa dari sel-sel otot Rahim. Fenomena ini biasa berlaku di kalangan wanita pada usia subur, dengan kekerapannya di antara 40 hingga 60 peratus pada usia 35 tahun dan meningkat kepada 70 hingga 80 peratus pada usia 50 tahun




Disebabkan kerapan masalah fibroid ini, maka tidak hairanlah fibroid juga ditemui di kalangan wanita hamil. Kebanyakkan wanita hanya mengetahui mereka mempunyai fibroid setelah mereka hamil . Ini adalah kerana semasa imbasan ultrabunyi akan dilakukan untuk melihat keadaan janin di dalam kandungan. 

Wanita yang mengalami fibroid tidak perlu risau kerana kebanyakkan fibroid tidak memberikan apa-apa masalah semasa kehamilan  walaupun akan terdapat pertambahan pada saiz fibroid tersebut dalam tempoh 10 minggu pertama kehamilan. 


SIMPTOM FIBROID

Antara simptom-simptom awal fibroid yang dapat dikenalpasti ialah :

  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Haid yang banyak, sakit ketika haid dan berpanjangan
  • Tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar
  • Sembelit teruk
  • Fibroid yang membesar akan menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar. Apabila najis terhimpit lama-lama menyebabkan sembelit kronik akan berpanjangan.
  • Kencing tidak lawas
  • Sama seperti sembelit ketumbuhan fibroid akan menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing menjadi kecil dan sukar untuk membuang air kecil
Bagi wanita hamil, fibroid boleh menyebabkan kesakitan sekiranya fibroid tersebut mengalami 'red degeneration', berpusing (torsion) bagi fibroid yang bertangkai (pedunculated fibroid) atau berhimpit (impaction). 


Ibu hamil akan merasa sakit kerana :

  • Peningkatan tumbesaran fibroid akan menyebabkan tisu-tisu fibroid mengalami kekurangan bekalan darah dan seterusnya berlaku kekurangan oksigen (anoxia), kegagalan sel (necrosis) dan kemusnahan sebahagian sel fibroid (infarction)
  • Perkembangan fibroid menyebabkan saluran darah ke kawasan fibroid terhimpit dan proses kemusnahan sel-sel fibroid berlaku.
  • Penghasilan Prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terhasil daripada kemusanahan sel-sel fibroid.
Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya