12 November 2017

SAKIT KEPALA DI KALANGAN KANAK-KANAK


Bismillah wal hamdulillah

Selamat petang semua. Harinie ummi nak share sedikit info tentang sakit kepala di kalangan anak-anak. Teringat si kakak dulu suka ja cakap sakit kepala. Ummi perasan bila dia main terlalu letih, malamnya dia akan mengadu sakit kepala.



Sakit kepala biasa  terjadi pada kita orang dewasa dan adalanya juga terjadi pada anak-anak. Biasanya sakit kepala yang menyerang anak-anak adalah tidak berbahaya tetapi mereka hanya perlukan istirehat atau minum segelas air untuk menghilangkannya. 

Jika si kecil kurang tidur, bermain lama di bawah terik matahari atau kurang minum air, ia biasanya boleh diatasi dengan memberi mereka minum segelas air dan terus berehat.

Sebagai ibu bapa kita hendaklah mengetahui apakah penyakit yang menyebabkan gejala sakit kepala. Antara penyakit tersebut ialah :

1. Sinus- Biasanya sakit kepala dialami selepas bangun tidur

2. Sakit gigi- Sakit kepala muncul sebagai kesan dari sakit gigi kerana saraf gigi dekat dengan saraf kepala

3. Jangkitan-Pada umumnya disertai dengan gejala lain seperti demam panas, rasa sakit di beberapa bahagian tubuh, lemas, mual, dan lain-lain. Jangkitan boleh mengganggu pembuluh darah di kepala hingga menyebabkan sakit kepala. 

4. Trauma kepala seperti dilanggar atau mengalami kecelakaan. Meskipun hanya sedikit bahagian kepala yang cedera, ada kemungkinan sakit kepala teruk dapa menyerang anak beberapa minggu atau bahkan beberapa bulan kemudian. Sakit kepala ini sangat menyeksakan.

5. Gangguan mata. Biasanya timbul selepas melaksanakan tugas yang memerlukan pancaindera penglihatan seperti membaca, menonton televisyen, atau bermain komputer. Gangguan ini timbul kerana anak mengalami gangguan pembiasan mata. 

Contohnya : Anak yang mengalami rabun dekat sehingga pandangan jarak dekatnya terganggu. Jika dia dipaksa untuk tetap membaca tanpa bantuan kaca mata, maka matanya akan letih. Kemudian, sakit kepala akan menyerang.

5. Tumor. Kes ini jarang berlaku, tetapi sekiranya sakit kepala anak anda berlarutan, sila bawa berjumpa doktor. 


ikhlas penuh cinta :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
0124322400


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya