4 Julai 2010

MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.
Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.

Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”.

Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.

Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.

Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.

“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.

Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)




Blogger Templates
Blogger Templates

Perkahwinan

Salam pertemuan buat semua sahabat...dh lama rasanya x m'coret dlm blog sya ini. Masa agak x mengizinkan memandangkn masih ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan...Kesihatan diri juga agak x m'izinkn.cuma kdg2 smpt menjegah blog kwn2..tp x smpt tinggalkan jejak pn...:)

Hmmmm...sbnarnya ada sesuatu yg b'sarang dihati.Bukan tentang diri sya,ttp tentang seorang shabt sya.Agak peribadi utk dikongsi tetapi sya m'harapkn yg t'baik untuk shabat ini.Sya x m'nyatakan sya s'org yang terbaik,tetapi sya m'harapkan kebahagian yang saya kecapi turut sama dirasai oleh beliau wlu hakikatnya, sahabat sya sndiri mengetahuinya...Bukan senang mengemudi dan melayahari bahtera rumah tangga...kadangkala dilanda badai,terlanggar karang, itu adat suatu perkahwinan...m'harap dan merasai kasih seorang suami itu sudah memadai..tika bersedih,ada yg sudi m'hulurkan bahu...tika sedang tersesat,ada yg sudi m'hulurkan tongkat,itulah hakikat sebuah baitul muslim...hmmmm...Membina mahligai atas dasar cinta, bukan hakikat kebahagian...tapi masakan tidak mampu membina dan mempertahankan kasih yang dibina 7 tahun yang lalu?????hmmmm...pedihkan.Insan yg d'harap mampu m'jadi ketua keluarga dan imam umah tangga x seperti yang disangka.Mungkin andaian sya salah.....tp sya perlukan p'dapat sahabat2....si isteri sanggup meninggalkan dunia jahilnya semata2 mengikut kata suami tercinta sedangkan hakikat yang ditelan,suami bkn seperti yang disangka.Mungkin istilah akad dan nikah itu tidak diambil kisah.Sedangkan isteri sentiasa mengatakan yg dia taat akan suaminya...wallahu'alam.sya m'harapkan yg terbaik buat sahabat sya....Saya memohon kebahagian buat baitul muslim sya dan juga buat baitul muslim sahabat2 sya diluar sna....Biarlah cinta yang kita bina, berkekalan hingga ke Syurga....

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya