9 April 2017

VIVIX MEMBANTU MASALAH DIABETES




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Diabetes atau dapat disebut dengan kencing manis atau penyakit gula dalam darah. Salah satu jenis penyakit kronik yang mempunyai tanda awal berupa meningkatnya kadar gula di dalam darah akibat adanya gangguan sistem metabolisme di dalam tubuh. Diabetes ini tidak dapat disembuhkan namun kadar gula darah dapat dikawal.



Tahukah kita yang selain dari penyakit jantung, diabetis juga merupakan penyakit No.1 yang melanda masyarakat kita pada hari ini. 1 daripada 5 orang dewasa dianggarkan menghidap diabetis di Malaysia dan Malaysia merupakan negara ke 4 tertinggi rakyatnya penghidap diabetes. 



Antara salah satu fungsi penghasilan Vivix adalah bagi mengawal gula dalam darah. Ini dapat membantu pesakit diabetes mengawal kadar gula mereka.
Jom kita lihat bagaimana Vivix membantu pesakit kencing manis kawal paras gula dalam darah 


1. Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 
  • Vivix merupakan suppliment Antioksidan, jadi antioksidan yang terdapat dalam vivix menjadi pelindung kepada sel tubuh dan dalam masa yang sama membaikpulih sel. Pengambilan Vivix secara berterusan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mencegah sindrom metabolik akibat kerosakan gen di mana ia merupakan punca penyakit kencing manis menjadi semakin parah. 
  • Secara normal, selepas makan, insulin dilepaskan dari pankreas dan memberi signal kepada jaringan sensetif pada tubuh untuk menyerap glukosa dan kadar glukosa akan menurun dalam darah. Tetapi bagi pesakit diabetes, sensitiviti terhadap insulin sgt rendah, kadar rembesan insulin tidak dapat merangkumi atau menyerap sepenuhnya glukosa yang terjadi didalam tubuh selepas pengambilan makanan, sekaligus menyebabkan kadar glukos meningkat dan terkumpul didalam darah. Ini dipanggil Sindrom Resistansi Insulin yang lazimnya mengakibatkan Diabetes Melitus type 2.

  • Disinilah Vivix menjalankan kewajipannya. Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi akan bertindak sehingga keperingkat sel dan memperbaiki sel yang rosak serta memberikan tenaga kepada sel selanjutnya meningkatkan sensetiviti sel utk bekerja dengan lebih sempurna untuk menyerap glukosa dan meningkatkan sensetiviti pankreas utk merembeskan insulin dengan jumlah yang lebih banyak. Ini bagi memastikan glukosa lebih mudah diserap dan ditukar menjadi tenaga oleh sel
2. Membantu  Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah 

  • Karbohidrat yang kita ambil hari2 tu membantu penghasilan tenaga untuk tubuh kita, dimana ianya akan dicerna dan ditukar menjadi glukosa. Di situlah terhasilnya tenaga. Jika pengambilan karbohidrat berlebihan dan tidak terkawal akan mengakibatkan glukosa berlebihan dilepaskan serentak. Akibatnya tidak semua glukosa dapat ditukar menjadi tenaga sekaligus berisiko untuk diabetes. 


  • Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine berfungsi memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee di mana ia membantu mengurangkan risiko diabetis dengaan mencegah penyerapan kandungan gula berlebihan dalam darah. 

3. Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.
  • Glukoma merupakan penyakit yang menghantui pesakit kencing manis kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, pasakit juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat sekiranya terluka sehingga ke suatu tahap di mana anggota badan terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera dan memelihara dan memperbaiki kesihatan mata. 

4. Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE 
  • Gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pembentukan Protein AGE (advanced glycation end products) yang menyebabkan sel-sel tubuh rosak sekaligus tidak mampu berfungsi dengan baik.  Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

TESTIMONI PESAKIT DIABETES


"Alhamdulillah...setelah 11 tahun menghidap diabetes akhirnya dengan pengambilan VIVIX membantu seorang ibu menurunkan bacaan gula dalam darah."



4 April 2017

PENYAKIT ANEMIA DAN CARA MENGATASI



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Alhamdulillah bertemu lagi kita. Dah lama rasanya ummi x share something. Harinie saya nak berkongsi sedikit info tentang ANEMIA.



APA ITU ANEMIA?

PENYAKIT ANEMIA, ia adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh KEKURANGAN SEL DARAH MERAH (RED BLOOG CELL DEFICIENCY) dalam darah kita. Ia sangat berkait rapat dengan bilangan Hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam darah. Secara ringkasnya Hemoglobin dalam darah yang berada di sekitar paru-paru kita akan mengangkut oksigen dari kawasan ini keseluruh tubuh badan kita.

Sesetengah dari kita biasa mendengar yang selalunya ANEMIA berlaku disepanjang kehamilan seorang wanita. 

GEJALA ANEMIA

1.Muka menjadi pucat

Untuk mengetahui seseorang itu menghidap anemia atau tidak, mudah sahaja lihat pada wajahnya. Adakah pucat atau tidak. Lebih-lebih lagi lihat pada kelopak matanya. Regangkan kelopak mata kita dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika bahagian bawah mata pucat, ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia.

2. Mudah keletihan

Oleh kerana kuantiti sel darah merah rendah, ia akan menyebabkan penurunan kuantiti oksigen dalam tubuh. Sedangkan penghasilan tenaga dalam tubuh sangat bergantung pada kuantiti oksigen yang ada. Jadi, semakin rendah sel darah merah, semakin rendah oksigen dalam tubuh dan tenaga yang di hasilkan juga berkurang.

3. Sering sakit kepala

Penghidap sakit anemia kerap kali akan mengeluh sakit kepala. Kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen yang di hantar ke kepala berkurangan. Lantas, menyebabkan sakit kepala.

4. Sesak nafas

Akibat daripada kekurangan darah merah ia akan menurunkan kuantiti oksigen dalam tubuh kita. Hal ini akan mengakibatkan penderita anemia sering sesak nafas dan rasa termengah-mengah ketika melakukan aktiviti seharian.

5. Denyutan jantung tidak teratur

Denyutan jantung tidak teratur mungkin samada denyutan terlalu cepat ataupun terlalu perlahan. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyutan jantung akan menjadi pantas. Hal ini akan menyebabkan jantung berdebar, tidak teratur dan pantas.


Punca Anemia

Seperti yang kita maklum, penyakit anemia di sebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana kekurangan sel darah merah itu boleh terjadi. Punca utama kekuranga sel darah merah ialah kerana kekurangan zat besi dalam darah. Ada juga penyebab-penyebab lain antaranya:

  • Kekurangan vitamin khususnya Vitamin c yang membantu penyerapan zat besi dalam makanan serta vitamin B-12 yang banyak terdapat pada daging dan susu.
  • Masalah tulang belakang yang gagal menghasilkan sel darah dengan dengan optimum.
  • Hemolytic anemia dimana  kadar kemusnahan darah merah yang lama lebih tinggi daripada penghasilan darah yang baru oleh tulang belakang.
  • Sickle sel anemia di mana bentuk atau struktur sel darah merah yang tidak normal. Kebanyakannya berbentuk sabit. Kecacatan ini akan menyebabkan sel darah merah mudah termusnah dan mengakibatkan anemia

CARA MENGATASI

Sesetengah ibu-ibu mengalami masalah ANEMIA ketika waktu kehamilan. Terdapat beberapa langkah untuk mereka yang mengahdapi masalah ANEMIA antaranya memperbanyakkan pengambilan :

Asid folik

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Sumber : 

-barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 


Zat besi

Zat besi merupakan salah satu mineral penting yang dibutuhkan oleh tubuh kita. Salah satu Fungsi utama zat besi adalah sebagai komponen pembentuk Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh sel-sel tubuh. Selain itu zat besi juga berperanan penting dalam fungsi normal daya tahan tubuh.

Sumber : 

-Daging Merah
-Kuning Telur
-Ikan
-Sayuran Hijau
-Kekacang
-Sereal atau bijian

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaat:
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

SUPPLEMENT CADANGAN

  • B complex
-Menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
-Mengelakkan penyakit beri-beri.
-Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
-Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
-Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
-Mencegah stress.
-Menguatkan antibodi badan.
-Penting untuk aktiviti sel genetik.
-Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
-Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.
-Mencegah anemia.
  • Vitalea
Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
Membantu sistem memori dan fokus
Merupakan pelengkap nutrisi
Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
 Membantu dalam stimulasi metabolisma
Membantu melambatkan proses penuaan
Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
Membantu proses tumbesaran
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati
  • VIVIX
Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

TESTIMONI PENGGUNA

TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE



"Alhamdulillah dalam masa 3 minggu HB Puan Siti Aisyah semakin naik dan kembali normal."




4 Mac 2017

MASALAH BATU KARANG DAN CARA ATASI


Bismilllah wal hamdulillah
Assalamualaikum

Dah lama x bersua muka...sibuk ummi uruskan anak2 dan dengan hal keja segala...Last week ada kawan ummi pm tnya tentang supplement utk batu karang...jadi harnie ummi nak share dengan semua sedikit info tentang batu karang.
 Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).

Bagaimana Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.

Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.FAKTOR MENYEBABKAN BATU KARANG

1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.

2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.

3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.

4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).

5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.

7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.

8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

SIMPTOM BATU KARANG

1.Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit. Dari 10 poin, dia cakap 10. Ada juga orang cakap, bagi wanita, sakit yang paling sakit ialah melahirkan anak. Bagi lelaki pula, batu karang lah. Sakit ini juga tidak berterusan. Apabila batu tidak bergerak atau ditolak ke dalam pundi kencing, sakitnya juga akan hilang.

2.Kencing berdarah

3.Kencing berpasir

4.Air kencing keruh dan busuk

5.Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing
Antara Simptom adalah sakit belakang atau sakit pinggang yang teramat.
CARA MERAWAT BATU KARANG

PENGEDAR SHAKLEE GUAR CHEMPEDAK
SET ASAS BATU KARANG

Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.

Supplemen B-Complex ini bersifat anti stress serta memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang

VItamin C Sustained Released ini juga diambil untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid

Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.

Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.

Carotomax ini juga berfungsi membantu mempercepat penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Bagus juga untuk menghalang infeksi dari berlaku.

Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat.




24 Januari 2017

PERMULAAN 2017


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Alhamdulillah pejam celik dah nak penghujung Januari rupanya. Cepat sungguh waktu berlalu..Alhamdulillah putera bongsu dh masuk 9bulan, si kak Long Tasneem dan masuk Tahun 1 dan K.ngah Kauthar dh 5 Tahun dan masih kekal di Tadika Al-Irfan Guar Chempedak.

Lambat update pulak ummi kalinie tentang anak-anak...27.12 tahun lepas k.long Tasneem dan selamat mendaftar di Sek Keb Haji Hussin Dol Guar Chempedak. Salah satu sekolah cemerlang di daerah Yan. Berdebar jugak ummi hari first mendaftar tue. Yalah, anak sulung kot..Alhamdulillah kakak mmg jenis cool dan relex sokmo...x de cuak sikit pun. bangun awal bersiap nak g sekolah..ummi tnggalkan kakak di kelas untuk jalani ujian membaca, menulis dan mengira. Ummi dan baba seat for taklimat dari Guru Besar.eksited sungguh kami berdua..Moga Allah memudahkan urusan pelajaran k.long dan jadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat....Nanti saya akan review serba sedikit mengenai skolah k.long nie...cerita sekolah adik nnt kita story kemudian...

SK HAJI HUSSIN DOL
follow your heart and believe your story....moga success selalu kakak...



nie sedikit gambar yg ummi snap time dah selesai taklimat. kakak cakap, okey ummi...kakak blh jawab.hahaha...blhla sgt...adaja salah.

Moga kakak jadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat.



Ikhlas dari 
ummi Tasneem.Kauthar.Ali

TESTIMONI VIVIX UNTUK ANTI-AGING



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

SALAM ZUHUR

INI CERITA BENAR...sila baca sampai habis...:P


Sembang2 dengan kawan saya Last week dia cakap risau sangat bila kawan dia tanya "eh,hg sebaya yek dengan suami?"hahahah...marah sungguh la kawan saya tue...mana x nya, dia dengan suami punyala banyak gap...8 tahun kott..hahaha...x blh terima sungguh...

Teringat saya last year bila en.baba start kerja d Penang...kesian punya pasal,dan takut dia segan nak ambik Caratomax yang dalam bentuk pil tue..maka saya dengan baik hati belikanlah beliau sebotol VIVIX. Seminggu ja kot kat penang sebab everyweek mmg en.baba akan balik...sekali sampai rumah, eh..awat tgok flawless pulak????hahaha...(walaupun beliau bekerja disite dan hitam2 manis gitu)...mmg saya nmpak perubahan dekat kulit muka beliau...mak oiiii....Terus CANCEL nak belikan en.baba botol ke2 VIVIX..hehehee..Jaat x?

Nie bukan apa...x smpai hati klu org cakap saya kakak en.Azman Abu Bakar...yalah, pernah dlu jalan2 ada org cakap kami dua beradik.Saya adik dia abg...(eh...mcm lirik lagu pulak).erkkkk....Teringat cerita kawan saya tue....wlupun beza kami 5 tahun, mmg saya kena cari supplement utk nampak 25 tahun lebih muda dari en.baba...hahaha...jawapan terbaik pastila dengan VIVIX-anti-aging terhebat...

Tgok sendiri testimoni kakak kat bawah nie....ambk VIVIX untuk keguguran rambut dan apa yg beliau dapat...kulit muka pun jadi peloles gitu....hebatkan...

Nak lagi hebat mmg pakat2 kena cubala VIVIX...serius mmg sedap...

VIVIX UNTUK ANTI-AGING

  
Daisypath Anniversary tickers
 

Search This Blog

Memuatkan ...

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya