7 Disember 2017

4 TIP PEMILIHAN KERUSI KESELAMATAN (CAR SEAT) ANAK

Bismillah wal hamdulillah

Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak semasa memandu kenderaan haruslah dititik beratkan. Amat berbahaya sekiranya memangku anak semasa kenderaan bergerak di jalan raya. Terdapat juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak melompat-lompat sedangkan malang itu tidak berbau. Kebanyakkan kes kematian anak kecil semasa kemalangan disebabkan tiada kesedaran mengenai kepentingan penggunaan tenpat duduk anak. 


Secara umum terdapat 3 jenis kerusi keselamatan iaitu:

1. Infant car seat
  • Boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama-jenama tertentu. Kerusi ini perlu diletakkan menghadap ke belakang , maka ia lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi
2. Convertible car seat
  • Boleh diletakkan menghadap ke belakang atau ke depan. Kebanyakkan kerusi jenis ini bersesuaian untuk penggunaan dari bayi sehingga empat tahun. 
3. All in one car seat
  • Kerusi jenis ini boleh digunakan menghadap ke depan dan ke belakang dan boleh juga bertukar menjadi booster seat jika anak kita sudah mencapai peringkat umur yang bersesuaian.
Sekali pandang, kerusi keselamatan ini adalah seperti kerusi biasa. Namun setiap kerusi ini mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang berbeza. Oleh itu, terdapat 4 kriteria yang boleh di pertimbangkan sebelum memilih kerusi keselamatan ini. 


1. KELULUSAN JAMINAN TAHAN LASAK DAN KESELAMATAN
  • Pastikan kerusi keselamatan yang ingin di beli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594 : 1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan kerusi kerusi keselamatan tersebut berlabel E-Mark (European Standart ECE 44) yang tulen. Tempat duduk kanak-kanak mesti mempunyai kemampuan untuk dipasang dengan kemas dalam kereta. dengan kata lain ia mesti menepati piawaian ISOFIX (piawaian antrabangsa untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak dalam kenderaan).

2. REKABENTUK
  • Untuk bayi, tempat duduk yang menghadap ke belakang adalah yang paling baik. Jadi sebaiknya posisi ini dikekalkan selama yang boleh (kecuali anak kita semakin membesar). Pastikan kerusi ini mempunyai berat yang lebih dan had ketinggian yang sesuai dengan mereka yang sedang membesar. Ada model yang membolehkan anda memusingnya ke hadapan bila anak sudah besar. Jadi ianya masih boleh digunakan untuk bebarapa tahun. 

3. TALI PINGGANG BOLEH LARAS
  • Pastikan kerusi keselamatan anak anda mempunyai tali pinggang boleh laras agar boleh disesuaikan dengan berat anak. Tali pinggang ini sepatutnya boleh diketatkan dengan sebelah tangan sewaktu memandu. Pastikan bahagian kepala boleh laras juga bagi membolehkan kanak-kanak menggunakan tempat duduk tersebut dengan lebih lama

4. MESRA PENGGUNA
  • Jika anda kerap menggunakan kerusi keselamatan anak, sememangnya anda memerlukan jenis yang mesra pengguna. Ia membolehkan anda memasang dan membuka dengan mudah, boleh dilaraskan mengikut kesesuaian serta tempat duduk anak yang selesa. Ada juga kerusi jenis yang boleh dipusingkan 360 darjah supaya mudah anda mengangkat anak. Selain itu, ada juga yang mempunyai kusyen boleh ditanggalkan untuk memudahkan mencucinya. 
Sila pastikan pemilihan kerusi keselamatan untuk anak anda mengikut 4 kriteria yang tersebut. Ianya memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan ketika pemanduan. Buatlah pilihan yang bijak untuk kesenangan di kemudian hari. 

Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya