13 Disember 2017

FAKTA DEMAM DENGGI

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entry sebelum nie ummi pernah sharekan berkaitan DEMAM DENGGI. Kadang-kadang kita x perasan yang ada ahli keluarga kita yang kena demam denggi sebab kita sendiri x alert dan x tahu tanda-tanda awal demam denggi. 

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam



FAKTA DEMAM DENGGI

1. Fasa demam tinggi (febrile phase), selalunya dalam 72 jam hingga 7 hari. Pesakit perlu berehat di rumah dan memantau pengambilan air yang mencukupi.

2. Fasa kritikal (critical phase), bermula sejurus selepas demam reda (<38 c), kira-kira 20 peratus daripada pesakit mungkin mengalami komplikasi kebocoran plasma. Pesakit yang selebihnya akan mula beransur sihat.  Pemantauan "warning signs" adalah sangat penting.

3. Fasa sembuh atau penyerapan semula (Reabsorption or recovery phase) 24-48 jam selepas fasa kritikal. Jika ada kebocoran plasma,  air yang terkumpul akan diserap kembali. Pengambilan air seperti biasa.  Badan akan menyesuaikan semula sehingga pesakit sembuh sepenuhnya.

4. Empat jenis virus denggi :

-DEN 1
-DEN 2
-DEN 3
-DEN 4


5. Jangkitan salah satu virus akan memberikan imuniti terhadap virus itu sahaja.

6. Seseorang individu mempunyai 4 peluang terkena denggi

7. Selalunya jangkitan virus kedua akan lebih serius daripada serangan pertama.

PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI

1. Aedes aegypti : 

ciri-ciri. Tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala

2. Aedes albopictus : 

ciri-ciri. Garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan

Moga kita sama-sama dapat berjaga-jaga dan dapat mengambil langkah cepat dan terbaik bagi mengelakkan demam denggi. Moga mencegah itu lebih baik dari mengubati


Nota Cinta :
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

3 ulasan:

Vitamin Kesihatan dan kecantikkan berkata...

Harap harap dapat elakkan diri dan keluarga daripada denggi.

Nor Muhammad berkata...

Sekarang ni pun dah musim denggi, kena lebih berhati hati

maizatul akmar berkata...

Terima kasih diatas info ini.

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya