28 Disember 2017

8 JENIS HERBA YANG PERLU DI ELAKKAN SEBELUM MENJALANI PEMBEDAHAN


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua.

Herba merupakan salah satu dari kandungan makanan tambahan yang digunakan pada masa kini dan menjadi pilihan ramai orang. Di Amerika Syarikat sendiri, berjuta rakyatnya menggunakan supplemen herba untuk manfaat kesihatan.


Herba boleh memberikan kesan sampingan yang tidak dijangka kerana sesetengah suplemen herba ini tidak diuji atau diselia tahap keselamatannya oleh FDA atau PENTADBIRAN MAKANAN DAN UBAT. Bagi kebanyakkan supplemen herba bukan semua aktifnya dapat diketahui. Proses pengeluarannya juga tidak dikawal dengan baik dan akan menyebabkan sesetengah supplemen mungkin mengandungi bahan yang tiada pada label.

Pengambilan herba sebelum pembedahan boleh menyebabkan tindak balas negatif dengan ubat bius atau pendarahan yang tidak berhenti semasa pembedahan. American Medical Association menyenaraikan lapan supplemen herba yang boleh menimbulkan masalah jika kita perlu menjalani pembedahan iaitu

1. ENCHINACEA




Sejenis herba yang berasal purple cornflower dan diambil bagi meredakan demam, jangkitan, artritis dan ulser. Sekiranya anda mempunyai masalah hati dan dibius semasa mengambil herba ini, anda boleh mengalami masalah hati rosak.

2. EPHEDRA




Disebut juga sebagai ma-huang iatu herba yang berasal daripada tumbuhan Ephedra Sinica yang digunakan untuk menangani asma dan mengurangkan selera makan. Apabila diambil bersama sesetengah ubat bius ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan ritma jantung tidak normal.FDA telah mengharamkannya pada tahun 2003 kerana pernah dikaitkan dengan beberapa kematian.

3. BAWANG PUTIH




Digunakan untuk menurunkan paras tekanan darah dan kolestrol. Ia juga boleh meningkatkan kesan ubat yang digunakan dalam mengawal gula darah, memcairkan darah, pil tahan sakit, dan boleh menyebabkan pendarahan semasa atau selepas pembedahan.

4. GINGKO




Diambil untuk meningkatkan memori. Tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan semasa atau slepas pembedahan dan membuatkan kesan sedatif ubat bius berpanjangan.

5. GINSENG




Diambil untuk meransang tenaga atau menurunkan paras gula darah. Semasa pembedahan boleh menyebabkan darah tinggi dan degupan cepat menjadi laju.

6. KAVA




Berasal dari tumbuhan piper methysticum yang digunakan bagi melegakan otot dan saraf di mana ia mungkin berbahaya kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan disebabkan interaksi dengan lain-lain ubatan. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan hati.

7. ST. JOHN'S WORT.




Juga dikenali sebagai goatweed. Ia diambil untuk mengatasi dan melegakan kemurungan dan kegelisahan . Semasa prosedur pembedahan ia boleh menyebabkan gangguan sesetengah ubat bius dan menyukarkan anda untuk pulih dari kesan ubat bius.

8. VALERIAN




Berasal dari pokok Valerina Officinalis yang juga digunakan untuk melegakan kegelisahan dan ia boleh mengganggu interaksi ubat bius dan menyukarkan anda utk sedar selepas pembedahan. Ia juga boleh menyebabkab ritma jantung tidak normal.

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya