BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Bersalin secara pembedahan memang sesuatu yang dianggap mudah dan tidak menyakitkan bagi sesetengah orang sedangkan risiko bersalin secara pembedahan lebih menakutkan.
Berdepan dengan risiko luka pembedahan merupakan satu dugaan besar bagi seorang ibu. Saya sendiri pernah mengalami masalah yang sama seminggu selepas bersalinkan anak ke-2.
Parut luka haruslah dijaga dengan baik dan dibersihkan selepas pembedahan dan pulang ke rumah.
KENAPA LUKA PEMBEDAHAN TERBUKA
1. JANGKITAN KUMAN
Punca utama luka terbuka ialah disebabkan jangkitan kuman pada kawasan pembedahan. Risikonya 1 peratus.
2. OBESITI
Berlaku kepada ibu hamil yang obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan. Lipatan kulit juga menyebabkan kawasan sentiasa lembap dan berpeluh yang menjadi punca pembiakan kuman.
3. ANEMIA
Ibu hamil yang mengalami anemia berpotensi mengalami masalah luka pembedahan terbuka kerana kekurangan oksigen kepada tisu aktif yang melambatkan proses penyembuhan.
4. KEBERSIHAN DIRI
Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika berpantang juga boleh menjadi punca seperti tidak mandi atau tidak membersihkan kawasan luka hingga luka dicemari peluh dan daki.
5. KURANG MINUM AIR
Kurang air menyebabkan kita mengalami dehidrasi yang melambatkan proses penyembuhan.
6. MAKANAN TIDAK SEIMBANG
Tidak mengamalkan makanan seimbang ketika berpantang boleh melambatkan proses penyembuhan. Jadi, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7. GERAKAN LASAK
Kurangkan gerakan yang melibatkan tekanan pada abdomen seperti menjemur kain, meneran, batuk dengan kuat dan mengangkat benda berat.
8. UBAT TRADISIONAL
Perbuatan menyapu ubat-ubatan tadisional pada luka pembedahan boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Jangan lakukan sembarangan.
TANDA-TANDA LUKA TERBUKA
1. SAKIT PADA BAHAGIAN LUKA
Kita mungkin akan mengalami rasa sakit pada bahagian luka selama 2-3 hari disebabkan jangkitan kuman pada luka.
2. DEMAM
Ada juga yang didahului dengan demam kuat disebabkan jangkitan pada luka pembedahan.
3. LUKA MERAH DAN BERNANAH
Perhatikan luka pembedahan sekiranya ada tanda-tanda ini. Segera ke klinik atau hospital terdekat.
4. KELUAR CECAIR
Ada sesetengah pesakit mendapati ada cecair keluar daripada luka pembedahan. Sekiranya cecair sentiasa mengalir (dan ia bukan peluh), itu salah satu tanda ada jangkitan pada luka. Segeralah ke klinik atau hospital berhampiran.
CARA MEMBANTU LUKA CEPAT SEMBUH
- Selepas mandi, pastikan kita mencuci luka dengan betul.
- Bersihkan luka guna alkohol terlebih dahulu sehingga bersih. Boleh buat 2 hingga 3 kali.
- Selepas yakin bersih, sapu ubat kuning dan antibiotik pada luka guna putik kapas.
- Keringkan ubat dan kawasan luka.
- Tutup luka guna balutan dibekalkan hospital.
- Amalkan makanan sihat
- Pengambilan suplemen untuk kesihatan
Antara supplement yang dapat membantu luka pembedahan ialah :
MANFAAT VIVIX
VIVIX
• Melindungi sel dari kerosakkan akibat jangkitan
• Memperbaiki sel, meningkat prestasi sel, dan menggalakkan pergerakan sel
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee??
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian
012.4322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan