BISMILLAH WAL HAMDULILLAH
Assalamualaikum
Melalui pengalaman 3 kali menjalani kelahiran secara pembedahan membuatkan saya agak serik dan sekiranya diberi pilihan, mestilah bersalin secara normal dan mudah menjadi pilihan. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipilih seandainya ia adalah ketetapan Allah atau pun memang sudah tiada pilihan dan memberi risiko kepada anak di dalam kandungan.
MENGAPA BERSALIN PEMBEDAHAN MENJADI PILIHAN???
Terdapat banyak sebab mengapa bersalin secara pembedahan menjadi pilihan atau ianya dicadangkan oleh hospital. Sesetengahnya dilakukan pada situasi yang kritikal, ada sebahagian pula dicadangkan untuk mengelakkan komplikasi, dan ada juga yang dirancang (elektif).
6 SEBAB MENGAPA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN
1. PLASENTA PREVIA
Selama kehamilan, rahim wanita akan berkembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar ke arah atas menjauhi serviks. Plasenta previa inilah keadaan di mana plasenta ini tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutupi jalan laluan kelahiran.
Antara gejala plasenta previa yang paling biasa adalah pendarahan tanpa disertai rasa sakit. Perdarahan tersebut biasanya terjadi pada 3 bulan terakhir masa kehamilan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kategori plasenta previa. Hanya jika ia tergolong dalam kategori major, bersalin secara pembedahan terpaksa dijalankan.
2. KEHAMILAN SONGSANG
Menurut Dr Izzat melalui Malaysian Medical Gazette, terdapat beberapa jenis songsang yang boleh berlaku pada ibu hamil. Posisi yang paling biasa extended breech di mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi. Maksudnya, apabila doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari vagina, mereka akan merasakan punggung bayi.
Menurut beliau, ada masanya kes ini ibu masih dibenarkan untuk bersalin secara normal.
3. BAYI LEMAS (FETAL DISTRESS)
Punca bayi lemas dalam kandungan adalah kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan – iaitu jauh lebih rendah berbanding kadar normal.
Sekiranya ia berlaku, pembedahan caesarean perlu dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawa bayi.
4. BUKAAN LAMBAT/POOR PROGRESS
Menurut BabyCenter, jika bukaan rahim terlalu lambat – iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda bermasalah.
Umumnya, proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebarang sebab tertentu. namun ia biasanya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah, dan saiz pelvis ibu yang kurang sesuai.
5. ULANGAN / REPEAT CAESAREAN
Menurut sumber, 60-80% wanita yang pernah bersalin secara pembedahan boleh bersalin secara normal. Keadaan ini digelar vaginal birth after cesarean (VBAC).
Sungguhpun begitu, terdapat kes tertentu di mana ia boleh menyebabkan masalah seperti rahim pecah dan risiko kematian pada bayi. Sekiranya terdapat tanda-tanda komplikasi, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan untuk menyelamatkan keadaan.
6. MASALAH DARAH TINGGI / KENCING MANIS SEMASA HAMIL
Darah tinggi ketika hamil dikaitkan dengan pre-eklampsia, di mana kondisi ini boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.
Bagi pesakit kencing manis atau diabetes gestasi, ibu hamil berkemungkinan mempunyai saiz bayi yang besar atau komplikasi kesihatan yang lain. Semua ini antara punca anda bermasalah untuk melahirkan bayi tersebut secara normal.
Sebagai pesakit, ibu-ibu boleh membuat pilihan setelah mendengar pendapat daripada doktor pakar dan membuat pilihan yang wajar setelah menimbang segala risiko. Ibu haruslah mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang proses bersalin agar dapat membuat keputusan yang selamat untuk kelahiran bayi anda.
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan