15 November 2018

BOLEH ATAU TIDAK MANDI SELEPAS PEMBEDAHAN???


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Ada ibu bersalin yang tidak mandi selama berhari-hari selepas pembedahan dengan alasan risau luka pembedahan terkena air. Terkenang sewaktu ummi berpantang anak sulung,ummi sendiri mengalami masalah yang sama. Kebetulan dalam family ummilah orang pertama yang bersalin secara pembedahan maka kaedah penjagaan pun buat semua orang terkial-kial.



Sewaktu hari pertama pulang ke rumah ada saudara yang dah bagi petua untuk ummi tak mandi atau mandi dengan alaskan wrapping plastik bagi mengelakkan luka terkena air mandi sedangkan ummi dah dipesan di hospital untuk biarkan air mengalir pada luka pembedahan memandangkan di hospital ummi dah pun mandi tanpa alas sebarang plastik.

Siapa kata tak boleh mandi langsung?? Mungkin ia mitos yang selama ini dimomokkan oleh orang dulu-dulu atau juga cerita pengalaman orang lain yang luka pembedahannya lambat sembuh disebabkan kerap terkena air.

Bila boleh mandi selepas pembedahan?

1. Selepas boleh bangun

Sejurus selepas menjalani pembedahan dan sedar sepenuhnya selepas 6 jam, kita digalakkan untuk terus mandi bagi membersihkan diri. Pastikan bahagian dressing tidak basah .

** Jika dressing basah, beritahu nurse awal-awal.

2. Selepas tiub kencing telah di cabut.

Ada sesetengah wad, mereka akan menguruskan ibu dahulu seperti menukar pad dan membenarkan ibu untuk ambulasi keesokan harinya selepas tiub kencing dicabut.

3) Selepas Wound Inspection.

Kebiasaannya pemeriksaan luka (Wound Inspection) akan dilakukan keesokan harinya. Anda boleh mandi selepas itu jika anda bimbang dressing basah.

Apa yang perlu anda lakukan selepas pembedahan???

• Anda perlu melakukan pergerakan seawal mungkin bagi mengelakkan deep vein thrombosis (darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki) – Jika tidak dirawat, ia akan pecah lalu berlaku pulmonary embolism (salur darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku itu)

• Jika sakit di kawasan pembedahan, ampu kawasan luka dengan bantal.

• Jika batuk atau bersin (cara sama seperti di atas)

• Pakai seluar dalam sedikit besar atas pusat agar tidak memberikan tekanan ke bahagian luka.

• KERINGKAN luka selepas mandi atau berpeluh yang banyak.


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 





Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya