BISMILLAH WAL HAMDULILAH
AssalamualaikumMalam nie tiba-tiba teringatkan sorang kawan saya yang tengah sarat mengandung. Mungkin dh gerak balik kg halaman. Maklumlah lusakan dh nk raya. Semua sibuk pulang ke kg masing. Bukan apa,tgok dia dkt pejabat pn nk duduk pn punya susah...sakit belakang katanya. Ni macam manala dia duduk dalam kereta 4 almost 9 jam. Fuhhh..mcm patah pinggangla jawabnya. Kadang-kadang kita x tahu yang cara duduk yang betul perlu diamalkan ketika hamil kerana ianya dapat mengurangkan masalah sakit belakang serta membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan terutamanya pada fasa akhir kehamilan.Untuk pengetahuan kita, duduk secara membongkok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan memasuki ruang pelvis dengan bahagian belakangnya, sekaligus menyukarkan proses kelahiran.Disini saya ingin berkongsi tentang 5 posisi duduk yang perlu dielakkan.
1. MEMBONGKOK
Elakkan duduk membongkok semasa hamil kerana ia memberi tekanan pada bahagian belakang. Kandungan yang semakin membesar sudah menambah bebanan saraf tunjang anda, apatah lagi kalau anda membongkok.
Tip Duduk :
Pastikan anda duduk secara menegak dengan kedudukan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya inilah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.
Pastikan anda duduk secara menegak dengan kedudukan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya inilah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.
2. KAKI BERJUNTAI
Duduk dengan kaki berjuntai akan menambah pengaliran darah ke kaki, sekali gus menyebabkan kaki bengkak. Elakkan dari menyilang kaki ketika duduk.
Tip Duduk:
Sentiasa pastikan tapak kaki mencecah lantai dan berkeadaan rata (memijak lantai sepenuhnya), dengan paha lurus di atas kerusi ( kaki dan paha dalam kedudukan 90 darjah).
3. TIDAK BERSANDAR
Duduk tanpa bersandar akan menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian belakang. Sokong belakang anda sebanyak mungkin dengan menggunakan kerusi bersandar penuh. Jangan sesekali duduk di atas bangku atau kerusi sandar rendah.
Walaupun bahagian belakang anda mungkin lurus, tetapi gaya duduk sambil membongkokkan badan ke depan akan menekan kandungan. Cara ini bukan sahaja tidak selesa untuk ibu, malah berbahaya pada bayi. Pada peringkat akhir kehamilan, tulang sangkar rusuk anda mungkin menekan bdan bayi.
5. BARING BERSANDAR
Banyak yang suka berbaring sambil meninggikan bahagian belakang kala berada di atas katil. Cara bersandar begini akan menambahkan tekanan pada saraf tunjang
Tip Duduk :
Selain cara duduk, pastikan masa anda berada dalam satu-satu posisi adalah tidak terlalu lama. Wanita hamil tidak boleh berada di posisi duduk atau berdiri melebihi 30 minit. Anda dinasihatkan berehat dengan berjalan-jalan seketika. Jika menaiki kereta, berhentilah dengan kerap bagi mengurangkan tekanan semasa duduk.
Tip Penting :
Wanita hamil juga boleh menggunakan seperti kain tuala yang digulung atau bantal kecil untuk menambah sokongan pada bahagian belakang supaya duduk lebih selesa.
Jika ingin mengubah posisi duduk, jangan sekadar memusingkan bahagian badan sehingga paras pinggang sahaja tetapi harus memusingkan seluruh badan anda.
ikhlas penuh cinta :
-ummu Tasneem & Kauthar-
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan