10 Julai 2015

Tip pemilihan tema sambutan hari lahir anak



Bismillah wal hamdulillah

Ogos bakal menjelang x lama lagi..ummi nie dh berkira-kira nk buat sambutan Hari Lahir si adik Amal Nur Kuathar yang ke-3. Almaklumlah, si bongsu nan tercinta..Bongsu la lagi buat sementara waktu nie.Dah berkira-kira ummi nie nk pilih temanya...Frozen?tp si kecik nie pelik sikit...minatnya Ben10, ultraman dgn superman. Mmg garu kepala la ummi nie..

Mommy2 kat luar sana pn pasti dalam dilema macam saya bla dh dkt hari ulangtahun kelahiran anakkan...dilemanya dalam nk memilih tema..Yala,pasti sambutan yang nak diadakan akan meninggalkan seribu kenangan buat si anak dan keluarga.

Harinie saya nk kongsikan beberapa tip buat mommy semua untuk pemilihan tema majlis sikecil anda nanti.



Langkah 1 : Ketahui minat si manja

Apa yang anak anda benar-benar suka? Sebaik mengetahuinya, anda bolehlah mula memikirkan tema yang bersesuaian dengan minatnya itu. Si kecil perempuan biasanya minat kepada sesuatu yang berkaitan dengan dunia puteri manakala yang lelaki pula suka kepada sesuatu yang lebih maskulin. Tanya dari hati ke hati kepada anak anda dan sama-samalah membuat keputusan tema yang bersesuaian. Antara tema yang biasa digunakan adalah :


  • Kereta
  • Adiwira seperti Ben10, Spiderman, Ultraman
  • Koboi
  • Haiwan 
  • Lanun
  • Karakter kartun -antara tema yang kerap digunakan

Langkah 2 : Bermain dengan warna kegemaran

Warna seringkali menjadi pilihan bila ibu bapa yang mahu mengadakan sambutan hari lahir buat si anak. Untuk itu, apa kata kita gunakan warna kegemaran anak anda sebagai tema majlisnya nanti. Selain daripada hanya bermain dengan warna, anda boleh memilih satu objek yang berhubung kait dengan warna kegemaran anak itu sebagai temanya.


Sebagai contoh objek serangga Lady Bug memang dominan dengan warna hitam dan merah. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan objek haiwan ini sebagai tema disamping warna merah dan hitam yang disukai anak anda itu. 


Langkah 3 : Watak kartun kegemaran

Watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak daripada program televisyen, filem, majalah mahupun komik boleh anda jadikan sebagai salah satu idea tema sambutan hari lahir anak anda. Sudah pastinya tema yang digunakan itu akan kelihatan comel dengan dekorasi karekter kartun yang bakal memenuhi ruang majlis.


Langkah 4 : Penggunaan hobi masa lapang 

Kanak-kanak yang mempunyai hobi tertentu pasti gembira apabila ibu bapanya memilih hobinya sebagai tema majlis sambutan hari lahir kelak. Jika anak anda suka melukis, anda boleh gunakan hobinya ini sebagai asas dalam menyiapkan semua keperluan majlis. Gunakan berus, pensel warna, krayon, warna air, kertas lukisan dan lain-lain dalam melatari dekorasi majlis istimewa anak anda. Berlainan bukan? Apa yang penting, anak anda akan suka dan anda sendiri akan berpuas hati dengan pemilihan tema menggunakan hobi ini. 


Semoga perkongsian ini dapat memberikan yang terbaik untuk mommy-mommy sekelurga. Pasti majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak anda menjadi satu moment yang tidak dapat dilupakan.



ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
012432400




Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya