Bismillah wal hamdulillah...
Anda pernah rasa marah?heheheh...soalan cepu cemas dr saya..ada x manusia yg x penah rasa marah?klu saya...mmg x lah...hari2 adaja benda yg nk dimarahnya..selalunya dekat rumahla.Hal anak2 yg slalu buatkan saya as ummi akan marah 2budak comel kat umah nie.selalunya faktor utama yg buat saya marahnie adalh sebab rumah bersepah.oh!!!benda yg paling saya x suka rasanya...esp,mainan budak2ni..oiiii,rasa nk buangja if dorg suka sepahkan.tp pk pulak,penatja aku beli.hahahha.tarik nafas!Istighfar!....biasalakan budak2.normal situation utk budak2 baya dorg.cuma salah mata kitala x blh nk tgok.heheheh
Ok,harinie sya nk kongsikan 4 tip dgn mommy2 semua especially yg perangai mcm sayanie...hahaha.
Jom!kita ketahui 4 tip mengawal marah
1. KENALPASTI PUNCA SEBENAR DISEBALIK RASA MARAH
- Kadang-kadang kita hendaklah mengenalpasti perasaan kita yang sebenarnya.Adakah benar-benar marah atau ianya sekadar menyembunyikan perasaan malu,tidak yakin,hati yang terguris atau kelemahan anda.
- Sekiranya kita dikalangan keluarga yang kurang bercakap atau meluahkan perasaan, kadang-kadang kita merasakan yang kita marah sedangkan perkara lain yang sebenarnya membuatkan kita berasa begitu.
- Sekiranya kita berasa tidak selesa untuk meluahkan perasaan, kita haruslah terlebih dahulu belajar menyelami perasaan sendiri.
2. PEKA DENGAN TANDA DAN PENCETUS MARAH ANDA
- Mungkin kita berasa marah secara tiba-tiba, tetapi sebenarnya ada beberapa tanda amaran awal pada badan kita. Menyedari tanda-tanda marah meningkat, kita haruslah mengambil langkah awal menguruskannya sebelum ia tidak terkawal.
- Antara perubahan fizikal yang boleh dirasa ialah kejang pada perut anda, menggenggam tangan atau mengetap gigi, berasa melekit atau merah padam,bernafas lebih pantas, sakit kepala, rasa perlu berjalan-jalan, sukar menumpukan perhatian, jantung berdebar-debar atau bahu tegang.
- Kita selalunya akan berasa marah jika mempunyai pemikiran negatif contohnya kerap menggunakan perkataan : "Selalu", "semua", "tidak pernah", obses dengan "patut" dan "mesti".
3. PELAJARI CARA UNTUK MEREDAKAN KEMARAHAN
- Apabila kita telah tahu cara mengenal pasti tanda-tanda marah, kita haruslah berbuat sesuatu untuk meredakannya.
- Antaranya ialah :
- Menarik nafas dalam-dalam
- Bersenam
- Meregang atau mengurut bahagian yang tegang
4. CARI CARA LEBIH SIHAT UNTUK MELUAHKAN MARAH
- Setelah kita memutuskan bahawa kita memang patut marah dengan situasi tersebut kita haruslah memperbaikinya dengan meluahkan perasaan kita dalam cara yang sihat. Jika disalurkan dengan betul, perasaan marah boleh menjadi sumber tenaga dan inspirasi kuat untuk berubah.
Rasulullahﷺ menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda;“Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah سبحانه وتعالى akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”
ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan