27 Disember 2010

X Pernah Berhenti

Suamiku...
saat ini,dan sampai2 bila2...
hati ini x pernah berhenti melupaimu...
jantungku,berdegup merindui kamu...
Rinduku,sarat dan penuh syahdu...
Tulus menyintaimu...saat kau lafaz sakinah menerima ku.....




alazwar:
wlu badai apapn melanda,syg ku hanya untukmu..

Blogger Templates
Blogger Templates

16 Disember 2010

Tasneem Nur Amni



Salam Pertemuan lagi...
Dah lama rasanya blog nie bersawang...hmmmm,x sempat nk update sedangkn bnyk crita yg nk d share bersama....
Alhamdulillah, cinta hati kami..."Tasneem Nur Amni Bt Azman" dh slamat dilahirkan hari Jumaat, 12.11.10...jam 10.40 malm di Hospital Sungai Petani...moga hadirmu bawa seribu keberkatan dalam Keluarga Kita syg...Moga Kasih Ummi dan Baba bertambah2 lagi...Amin


Tasneem:Sejenis mata air di Syurga
Nur          : Cahaya
Amni       : Ketenangan


alazwar:syg amni selalu...kasih ummi bt cinta hati ummi...:)




Blogger Templates
Blogger Templates

9 November 2010

Doakan Kami


Mohon doa dari semua yang mengenali sya..Ampunkan segala kesilapan yg penah sya lakukan & halalkan segala makan minum yg t'lebih dan t'kurang...Mohon doa dipermudahkan untuk kami berdua....Amin...



Blogger Templates
Blogger Templates

17 September 2010

Salam Aidilfitri 2010 Episod 1

Salam Kerinduan Buat semua yang masih sudi mengunjungi blog sya yg dah lama berswang nie....ehehe...

Salam Aidilfitri buat semua keluarga & kwn2 yang mengenali diri ini.Moga Aidilfitri x nie membwa sejuta kebahagiaan buat semua.Act,dah lama sya x b'peluang nk post somthing dlm blog nie...sibukja memanjang & d+ dgn malas yg amat sgt,...hehehe....:)
Alhamdulillah,saat sya post entry nie...mujahid kecil kami da masuk 8bln dlm kandungan..ia jugak m'jdi penyumbang kemalasan sya...hehehe...gurauja..(*marah si kecil kami nant)..Hmmm...nk update cikt cite2 raya sya dan keluarga untuk tahun 2010 nie....

4 Ogos 2010

Update

Salam pertemuan buat semua...
Dah lama sya x m'coretkn sesuatu dlm blog nie.Hmmmm...dh mcm2 benda yg berlaku,tp x sempat nk update.Bnyk penyebabnya...antara 1nya adalah kemalasan yg meningkat2...bdnpun sjak akhir2 nie letey sgt.nk drive pn da x mampu rasanya....hmmmmm..nant ada msa, sya akan updatekn crita2 terbaru...ummi da letey sgtnie...:)


Blogger Templates

4 Julai 2010

MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.
Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.

Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”.

Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.

Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.

Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.

“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.

Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)




Blogger Templates
Blogger Templates

Perkahwinan

Salam pertemuan buat semua sahabat...dh lama rasanya x m'coret dlm blog sya ini. Masa agak x mengizinkan memandangkn masih ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan...Kesihatan diri juga agak x m'izinkn.cuma kdg2 smpt menjegah blog kwn2..tp x smpt tinggalkan jejak pn...:)

Hmmmm...sbnarnya ada sesuatu yg b'sarang dihati.Bukan tentang diri sya,ttp tentang seorang shabt sya.Agak peribadi utk dikongsi tetapi sya m'harapkn yg t'baik untuk shabat ini.Sya x m'nyatakan sya s'org yang terbaik,tetapi sya m'harapkan kebahagian yang saya kecapi turut sama dirasai oleh beliau wlu hakikatnya, sahabat sya sndiri mengetahuinya...Bukan senang mengemudi dan melayahari bahtera rumah tangga...kadangkala dilanda badai,terlanggar karang, itu adat suatu perkahwinan...m'harap dan merasai kasih seorang suami itu sudah memadai..tika bersedih,ada yg sudi m'hulurkan bahu...tika sedang tersesat,ada yg sudi m'hulurkan tongkat,itulah hakikat sebuah baitul muslim...hmmmm...Membina mahligai atas dasar cinta, bukan hakikat kebahagian...tapi masakan tidak mampu membina dan mempertahankan kasih yang dibina 7 tahun yang lalu?????hmmmm...pedihkan.Insan yg d'harap mampu m'jadi ketua keluarga dan imam umah tangga x seperti yang disangka.Mungkin andaian sya salah.....tp sya perlukan p'dapat sahabat2....si isteri sanggup meninggalkan dunia jahilnya semata2 mengikut kata suami tercinta sedangkan hakikat yang ditelan,suami bkn seperti yang disangka.Mungkin istilah akad dan nikah itu tidak diambil kisah.Sedangkan isteri sentiasa mengatakan yg dia taat akan suaminya...wallahu'alam.sya m'harapkan yg terbaik buat sahabat sya....Saya memohon kebahagian buat baitul muslim sya dan juga buat baitul muslim sahabat2 sya diluar sna....Biarlah cinta yang kita bina, berkekalan hingga ke Syurga....

17 Jun 2010

Khabar Gumbira

1Salam Pertemuan Buat semua...sajaja nk try signature bru syaja...:)
------------------------------------------------------------------
Blogger Templates

7 Jun 2010

"Miss Him"

Salam pertemuan buat semua...
Dah lama rasanya x b'kesempatan utk post somethin kat blog nie...Hmmmm..masuk hrnie,dah 2 hari berada di akademi MARA Jawinie..hmmm,menyambung perjuangan menuntut ilmu bersama bakal "mujahid" ummi dgn walid..(*malu i)..hmmm,dah lama rasanya x tinggalkan en.suami..rasa beremosi sgt kat cn..hmmmm.moga hati ini terus tabah selalu.Moga ilmu yg dicari akan terus bertapak & melekat d'hati.
alazwar:moga terus diberi kekuatan dan perlindungan Allah dlm menuntut ilmu dan membawa bersama "mujahid" kecil.Amin...

14 Mei 2010

~Selamat Hari Ibu~



Selamat Hari Ibu buat:
~Mama Tersayang~
"Hajah Rofidah Megat Osman"
Mama....syukran jazilan sebb melahirkn kami adik bradik..mendidik kami adik beradik dengan penuh kasih sayang...dengan agama dan dengn takwa...penat lelah mama besarkan kami wlupun pemergian baba yg dikasihi....jasa mama x kan dpt dpt kami bls sampai bila2...Moga Allah Berkati setiap inci perjalanan hidup Mama....Amin.
~Mak Tersayang~
"Normala Bt Shaari"
Terima kasih buat mak yang telah membesarkan abg dari kecik smpai besaq...smpai jd anak yg baik...yang mampu bahagiakan mak dan keluarga...Moga kasih mak pada abg x kn berkurang wlu dengan kehadiran bakal2 menantu.....moga mak sentiasa dirahmati selalu dan berbahagia dgn ayah hingga akhir usia.....
alazwar: selamat hari ibu juga buat kekanda faezah dan nurhanis.....moga jadi ibu mithali.
juga selamat hari Ibu buat bakal ibu...:P

25 Mac 2010

Doakan Kami

Assalamualaikum w,b,t.....
Salam pertemuan buat semua...dah lama rasanya x post sumethin dlm blog sya...masa agak x m'izinkan.Kbtln cuti skolah bru2nie sya menghadiri kursus dip edu, jd masa agak m'bataskan...kbtln g sana pn mmg sya x bwk mr broadband sy...jd p'gunaan intenet agak t'batas...hmmmm...ingt lagi x entri sya b4 nie yg bertajuk kerinduan kami.Alhamdulillah...mungkin Allah mendengar rintihan kami suami isteri....dm setiap bisikan doa kami,sntiasa memohon dikurniakan zuriat....Ya..Alhamdulillah, mungkin rezki kami. Sya pun x sangka, kelewatan "Mr.P" sya m'beri perubahan buat kami....tp sya ada jugak kekonpiusan...lewat "MR.P" dua mgu sya da try "P" test...tp hasilnya "-"....jd sya x memberi sebrg hrpn memndangkan kdng2 pn "Mr.P" sy lewak tp the result still -tive. Untuk mengelakkan kekecewaan, sya abaikan apa jua test...dan sampai cuti skolah,sya kena ke akademi MARA untuk berkursus,kbtln aktvt cuti skolah kali nie cuma aktvt kurikulum...sya mmg da x sedap hti.Kbtln suami bnyk kali pesan agr sya jgn lasak2 sgt...takut jugak sbnarnya. Kbtln sy dpt rasakan yg sya asyik loya2ja....Takdir Allah mengubah sgalanya...kbtln sy dan sahabt kumpulan ke JUSCO Perda utk beli hadiah.Sya ke farmasi dan beli Pregnncy Test...balik mlm 2....after gruping aktvt,tdo2...esok pagi sya try...Alhamdulillah...+tive.Hmmmm...brapa bulan????sy sndiri x pasti jwpn nya....suami dirumah dah dok sronok sorng2...sya kat akademi gelisah dan takut sorang...Mcm2 perasaan..konformka????dah sediaka????hmmm...tp hati still berbunga bahagia....setahun menunggu,sempena setahun ulang tahun perkahwinan kami,Allah kurniakan kami zuriat...mujahid kecil buat kami....Hati da x sabaq2 nk balik jumpa famly...Last di MAktab hari Jumaat,after lunch sy b'gerak pulang ke umah..tp sedikit kecewa coz mr suami keja smpai esok pagi...hmmm,emo sbntr coz tgu semgu nk jumpa,dia kna kursus lak mlm 2....adoyai!!!kursus apala yg gamuda buat mlm2....
So sabtu esoknya, g klinik kat umah...n doktor sahkan sya pregnant 6mgu...agak teruja.....Alhamdulillah...tapi hr isnin mlm...sy mngalami sedikit p'darahan ala2 mai bulan...hmmm, x dpt nk lelapkan mata mlm2...sian mr suami sbb tmankan sy n pujuk sya smpai pagi....Then awal2 pgi sok,selasa pagi sy ditemani mr suami ke Pusat Perbidanan Dr Zainol kat s.p....hmmmm...-tive news from the doctor...
Doktor: Nie mmg tanda2 keguguran dah nie....tp mai sya scan dlu...hmmm....
(sy dpt lihat sarung baby dlm rahim sya....huhuhuh...syu sgt waktu tue,....)
Doktor: Sya cucuk ubat kuat rahim, then bagi ubat untk awak...klu ada, adala......x dak...x dakla....hmmmm....(*dlm hati sya,sgt x memotivasikan doktor nie...sya dahla tgah bersedey...)
The result, sila dtg 6.4 nie to ensure mmg mujahid sya ada atau x coz dlm 2 bulan, si tecik2 dah ada nadi....hmmmm,hrpannya 6.4 dpt memberi chaya buat kami suami isteri.....Doakan utk kamiya kwn2....
alazwar:kta mr suami....x pa,kurang2nya kita da berjaya....apapun kptsan 6.4 nie kta kena redho.Terima seadanya....

8 Mac 2010

"Kerinduan Kami"

Selamat malam dan salam kerinduan buat semua...moga hati kita senantiasa di rahmatiNya..
Dah lama rasanya sy x update something kat cini.mungkin skadar berkongsi coretan hati dan luahan rasa bersama kwn2....hmmm,bnyk benda yg nak dikarangkan dan dimuntahkan...tapi masa x mengizinkan.
15.3.2010 nie..genaplah usia setahun Baitul Muslim kami...Masih belum ada khabar gembira untuk dikongsikan bersama.Bersama setia menunggu benih Cinta Kami,Zuriat sendiri yang dinanti nant...Hmmmm...hati mana yg x terusik melihat sahabat2 lain seusia perkahwinan kami menggendong buah hati mereka...namun kerinduan itu masih x kunjung tiba...hati mana mampu menahan sebak di dada x kala pelbagai soalan berkunjung tiba....
Hmmmmm..."Awak Merancangka?"..."X teringinka nk timang anak sndiri?"..."Awat yang lambat sgt nie?"..."x produktif la hg nie"..."Eh,bila lagi nie?"...Nie la soalan2 yang sya terima sejak setahun yg lalu...hati mana yg bisa menanggung pilu x kala soalan2 mcm tue di tanya....Sya hanya akan jawab"Blum ada rezki lagi"....smbil berpura2 tersenyum dan memandang suami tersayang...Kadang2 terasa bodohnya manusia yg suka bertanya soalan yg menyakitkan hati sya....Pasangan mana yg x pingin zuriat sndiri????Arghh...sya nie,sudah bersedia menerima tangisan si kecil di awal perkahwinan kami...namun takdir Allah dah menetapkan segalanya....berdua x kala usia baitul muslim menginjak setahun.....Hati kecil ini sentiasa memujuk diri sendiri...senantiasa bahu suami tercinta menjadi tmpat bersandar dan menitis air mata.....x semua manusia diberi Allah untuk bunting pelaminka....KAmi terpaksa menunggu...dan terus menunggu...Berusaha...dan terus Berusaha...meminta dan terus meminta....menahan sebak di dada dan terus menerima seadanya....Moga seusia Baitul Muslim Kami, Allah memberikan rezki yang x pernah kami duga...Menerima Takdir Allah seadanya...membuatkan hati2 kami makin kuat...Mungkin Belum Rezki kami menerima tangisan si kecil....Moga kami terus bersama menerima segalanya dengan seadanya....Allah lebih mengetahui segalanya yang terbaik buat kami....Amin
alazwar::terima kasih buat suami dan keluarga yg setia menjadi penawar x kala hiba....menjadi tmpt bersandar x kala diri lemah...menjadi penyokong x kala rebah....syang sya buat kamu melebihi segalanya.....Salam syg dari zaujah mu......

28 Februari 2010

Heppy 1st Anniversary


Ku Terima Nikahnya.....28 Feb 2009

Salam kerinduan buatmu Kekasih Allah..salam pertemuan buat semua.Moga hati2 ini sentiasa diredhaiNya...
Selamat ulang Tahun Perkahwinan yg Pertama Buat Kami...(*-*)..hehehe.(*buat wish sendirilak sya)
Moga Baitul Muslim yang dibina,Kekal Hingga ke Syurga.
Walupn masih2 belum ada yang melengkapi Ikatan Perkahwinan ini,Kasih sayang kita x pernah berkurang...Tiap ujian yng mendatang,menguatkan lagi rasa Cinta Kita...Moga Cinta yang lahir ini, dapt menambahkan rasa Cinta kITa padaNya...
Buat Suamiku...Pimpinlah daku dlm Redhonya...Tunjukkan aku jalan RahmatNya.....
Buat Isteriku....Temani aku wlupn sesaat...Kejutkan aku Tika terlelap...Teguri aku tika tersesat...Bersama Kita menuju CintaNya...

alazwar::heppy anniversary....15 Mac Genap 3 tahun Baba Tinggalkan Zaujah dan permata Hatinya...Al-fatihah

11 Februari 2010

:::Dedikasi Buat Jiwa Yang Senantiasa Diuji::::

::SALAM PERTEMUAN....MOGA HATI2 INI SENTIASA TEGUH DAN MERINDUINYA...
Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’Tidak saya berniat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai qada’ dan qadar, tetapi sahabat boleh klik di sini untuk penjelasan lanjut mengenai rukun iman ke enam ini. Perkara yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana kita beramal dengan rukun iman ini.Iman dan AmalAcapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman? Sabar dan ImanMelalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama. Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina. Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)
Berpegang teguh kepada tali Allah swtHanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108). Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)Yakinlah ada pelangi di hujung jalan ituOleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini. Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji. Wallahu’alam

Apakah Bukti Cinta Pada Kekasih Kita?

Kenapa Perlu Berselawat?

Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam yang dilimpahkan oleh Allah swt adalah berupa rahmat,kasih sayang dan pengampunan. Sedangkan selawat yang dipersembahkan oleh para malaikat dan orang yang beriman adalah berupa doa dan permohonan kepada Allah swt agar Dia berkenan melimpahkan selawat(rahmat) dan salam(keselamatan dan kesejahteraan) kepada Nabi Muhammad saw.Allah swt sentiasa berselawat kepada Muhammad saw,bererti Dia sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada beliau. Melihat pertanyaan diatas,maka timbullah persoalan di dalam benak kita:"Mungkinkah Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah masih memerlukan tambahan rahmat dan keselamatn dariNya?Benarkah beliau masih perlukan bingkisan doa dari umat beliau?" Sebagai umat Nabi Muhammad saw,kita haruslah yakin bahawa beliau adalah makhluk Allah swt yang menjadi kekasihNya(habibullah).Kita juga harus yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah mendapat jaminan untuk masuk ke syurga.Nabi Muhammad saw juga telah mendapat rahmat dan keselamatan yang tidak terkira dari sisi Allah swt. Sehinggakan tanpa selawat dan doa dari kita pun tidak menjadi masalah buat beliau.Sesungguhnya beliau tidak memerlukan selawat dan salam dari kita,sama sekali tidak memerlukannya! Lalu mengapa kita diperintahkan untuk membaca selawat dan salam untuk beliau? Itulah salah satu perintah Allah swt untuk membuktikan siapa sesungguhnya di antara kita yang benar-benar mentaati perintahNya.Juga untuk melihat sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sesuatu,nescaya dia banyak menyebut-nyebut yang dicintainya".(HR Dailami) Hadis tersebut benar-benar terjadi dalam kehidupan ini.Seseorang yang mencintai sesuatu,nescaya sesuatu itu selalu diingati dan disebut-sebutkannya. Misalnya semasa kita mencintai seorang gadis,nescaya kita akan selalu mengingati gadis tersebut dan menyebut-nyebutnya. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga apabila kita benar-benar mencintai Allah swt dan rasulNya nescaya kita akan selalu mengingati dan menyebut-nyebutnya.Oleh itu,salah satu cara yang di ajar Islam untuk meluahkan rasa cinta itu adalah dengan berselawat. Ketika kita membaca selawat, saat itu juga kita menyebut nama Allah dan RasulNya sekaligus. Semakin tinggi kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya, nescaya makin banyaklah kita berselawat. Dan semakin banyak kita berselawat, maka makin tinggi darjat kita sebagai seorang muslim. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Sesungguhnya manusia yang paling utama disisiku pada hari kiamat kelak adalah yang paling banyak membaca selawat".(HR Nasai,Tirmizi dan Ibnu Hibban). Oleh yang demikian,perbanyakkanlah berselawat,disamping sebagai bukti cinta kita kepada Allah swt dan rasulNya,hakikatnya ia juga bagai mendoakan diri kita sendiri.Dengan demikian,semakin banyak kita berselawat bererti semakin kita mendapat rahmat yang melimpah ruah. Jika dilihat dari secara zahirnya,memang pada saat itu kita memanjatkan doa agar Allah swt melimpahkan rahmat kepada Muhammad saw,tetapi pada hakikatnya kita sedang mendoakan rahmat dan keselamatan tersebut untuk diri sendiri. Bahkan limpahan rahmat dan selawat yang akan kita dapat itu lebih banyak dari rahmat dan salam yang kita persembahkan kepada Nabi Muhammad saw. Hal ini disyariatkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri dalam sabdanya: "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah swt akan melimpahkan rahmat keatasnya sepuluh kali ganda".(HR Muslim) Begitu tingginya nilai bacaan selawat,sampaikan solat kita tidak sah tanpa disertai bacaan selawat.Kerana menbaca selawat termasuk dalam salah satu rukun solat,yakni harus dibaca ketika tahiyyat.Oleh yang demikian,setiap muslim wajib membaca selawat sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam.Jika kurang dari itu bererti solatnya tidak sempurna. Akhir kata,semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw beserta keluarganya,para sahabat dan seluruh umatnya sehingga hari kiamat.Demikian jelaslah bahawa kenapa kita perlu berselawat.Allahuma Amin ya Rabbal'Alamin!

23 Januari 2010

(*;*)

hmmm...merajuk mood...sebab???tolong tanya my zauj....huhuhu

20 Januari 2010

Kau dan Aku

"Kau & Aku"

Tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap


sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita


reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimusesaat di keabadian
Jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batasantara kau dan aku, kita

Kerinduan....

Salam Pertemuan...moga hati ini ditabahkan slalu...
alazwar::rindunya nk merasai saat2 itu....kami masih belum sempurna,tapi hati ini tetap berbunga bahagia...smoga kami terus berdoa...berbahagia...dan sentiasa dirahmatiNya...Amin....

8 Januari 2010

Tabah

salam pertemuan dari alazwar:
alazwar::
"Wahai hati....bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang mempercepatkan segalanya...yang menimpakan ujian, yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang...Pastinya damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu...pecahnya hatimu....Tapi mungkin itulah yang Dia mahu...Kerana dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak & lebih mudah untuk dekat denganNya....

6 Januari 2010

Salam 2010

Bismillahhirrahmanirrahim dan salam perjuangan...MOga segala urusan kita dipermudahkan slalu...
SaLAM Maal Hijrah dan SAlam Tahun Baru 2010.....
Dah lama rasanya sy x post any entry dlm nie...asyik menziarahi blog kwn2 ja...hehehe...hmmm...sblum 2 salam takziah buat hafiz&mawaddah atas pemergian mujahid kecil mereka...Ukasyah...moga cinta kalian terus bersemi dan berjumpa di Syurga nant...i'm ur silent reader:)..Allah hanya akan menguji hmbanya berdasarkan kemampuan hamba tersebut...Salam Takziah juga buat keluarga Allahyarhamah Ustazah Ramlah atas pemergian suaminya...Hj Musa dlm kemalangan bas di Perak baru2 nie...Al-Fatihah utk kedua2nya...
Moga Tahun Baru 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun2 yang telah berlalu....Moga hati2 kita sentiasa dipeliharaNya dan fizikal2 kita senantiasa DilindungiNya dan moga RahmatNya sentiasa mengiri kita semua...Masih terlalu banyak kekurangan yang perlu ditambah dan masih bnyk kelemahan yang perlu di perbaiki...Moga Jalan2 yang luas dan penuh Maghfirah menanti kita di hadapan...Moga 2010 mencoretkan lbih bnyak kenangan dan menjanjikan sejuta Kebahagiaan...Amin
alazwar::masih bnyk kekurangan yang perlu diperbaiki...masih bnyk impian belum dipenuhi...Moga hati ini terus bersangka baik atas tiap kekukarangan ini..Amin Ya Allah...
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya