9 Disember 2015

Diari Khalif


Bismillah wal hamdulillah

Ewahhh...tgok tajuk mst pakat buat spekulasi.ahahaha.insyaAllah azam baru nak share perjalanan moment pregnancy si keciknie, k.long Tasneem dan k.ngah Kauthar...Alhamdulillah...fasa 3bulan dh berakhir dan sedang menuju fasa ke2...InsyaAllah ummi cuba usaha yang terbaik utk preganacy kalinie even kalinie mmg lagi banyak cabarannya...Bersangka baik itulah yang terbaik pada pendapat ummi...bnyk sgt kenangan pahit utk pregancy ke2 b4 nie...

Ummi percaya Allah pasti akan beri jalan yg terbaik utk ummi dan anak2...


Alhamdulillah...Allah hadirkan kami ke Amani Birth Class 
pada 27-29.11 barunie..Alhamdulillah en.baba turut menemani




bersama Fia. dan kawan2 kelas...selesai akhirnya....

3 Disember 2015

Permulaan Disember penuh cinta

Bismillah wal hamdulillah

Disember baru sahaja membuka tirainya...permulaan yg penuh Rahmat dan ujian buat kami sekeluarga...

Alhamdulillah hampir setahun en.baba menganggur(xla menganggur sgt...cuma sblmnie ada majikan)setelah tamat kontrak kerja setahun yg lalu...genap 1 Disember bru2 nie en.baba menerima tawaran kerja semula dgn company baru..Alhamdulillah,rezki kami sekeluarga dan sikecik yg bakal dilahirkan April nant.sungguh x terduga akhirnya en.baba bakal kembali bekerja setelah setahun buat kerja sendiri...yg penting setahun yg berlalu,anak2 mmg x terabai dan mendapat sentuhan istimewa dr en.baba....

Yang menjadi kesan dlm hidup kami sekeluarga,en.baba akan mula bekerja di site baru di bayan lepas...fuhhh!bunyi Penang itu mmg dekat...tp bagi kami yg dh hidup bersma almost 7years mmg sesuatu yg menyakitkankan...bakal berPJJ nampk gayanya...sedihkan!ummi laaa yg paling tragis..selama nie en.baba yg bnyk membantu memndangkan 3bulan pertama ummi yg agak x terurus...bakal berPJJ dalam tempoh 4-5 tahun mmg sesuatu yg x dpt dibayangkan dan difikrkan..mau berendam air matala jawbnya...

Oh...moga Allah merencanakan yg baik2 saja dlm kehidupan kami...mendekatkan hati kami tatkala jauh...memelihara kehormatan diri tatkala bersendirian.Moga Allah menjaga keselamatan enbaba hrnie,esok dan selamanya......Amin...

Salam kasih...ummi tasneem dan kauthar

6 November 2015

Tip elak anak jadi "hantu" tv & gajet


Bismillah wal hamdulillah

Inginkan si kecil yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Menjadi kelaziman untuk kanak-kanan pada masa kini ketagih dengan televisyen dan juga gajet. Jom kita ketahui tip atau cara yang dapat mengurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan dan juga gajet.


  • Libatkan anak-anak dalam aktiviti yang anda lakukan seperti membuat kerja rumah, menyediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau menolong anda membacakan resepi untuk hidangan makan malam anda. Ianya tentu menyeronokkan.
  • Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk menyerlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
  • Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti membuatkan mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga
  • Ibu bapa juga seharusnya mengurangkan waktu penggunaan gajet anak-anak. Luangkan lebih masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap media sosial.Anak-anak perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
  • Tanya kepada anak-anak apa yang mereka ingin lakukan selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian mereka dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu lebih mengujakan mereka.
  • Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Kanak-kanak belajar kedua-dua kognitif dan intuitif, memerhatikan hubungan dalaman halus dalam alam semula jadi di antara manusia. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanan membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
  • Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa dan benda baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan. 

Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

16 Oktober 2015

Pengedar Shaklee Guar Chempedak

Bismillah wal hamdulillah

Alhamdulillah bulannie Shaklee buat double triple promo produknya...
Antaranya :
-Vita e
-GLA
-Omega guard

Buat sahabat sekitar Sungai Petani dan Alor Setar yang ingin mendapatkan produk Shaklee...blhja wassap saya.

InsyaAllah Cash On Delivery (COD) sekitar Guar Chempedak-Gurun-Sungai Petani-Yan-Alor Setar

Pengeposan seluruh Malaysia.

Buat yang berdekatan,blh walk in terus ke rumah saya di

No.23 Taman Keranji
Jalan Keranji 1/1
Jalan Yan,08800
Guar chempedak , Kedah

InsyaAllah saya bantu anda sebaiknya...

Ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem dan Kauthar

Nutrisi Kehamilan



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Harinie ummi nak berkongsi topik info mengenai kehamilan memandangkan ramai dari kenalan saya adalan bf dan pregnancy mommy.

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir.Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.
  • Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
  • Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.
  • Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
  • Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Alhamdulillah sepanjang 3bulan kehamilan kalinie saya mmg x miss pengambilan set pregnancy Shaklee.

Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat

ESP- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Ostematrix
 - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.
Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.


ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

The 3rd

Bismillah wal hamdulillah

Melalui fasa baru yg dh lama ummi tinggalkan...cewah!hahhaa...3thn dlu.fuhhh!melalui fasa bru,d umur yg baru nie mmg menguji iman.mmg terasa lambatnya lahai masa nie...
Upsss,nk crita tentang apanie sebenarnya?hahhaha.act, Alhamdulillah rezki Allah ummi dan keluarga bakal menantikan org baru d tahun hadapan.dugaan?biasala....alahan kan.cuma time mengandung kakak dan adik dlu x de lah mcm kalinie.Allah...pregnant kali nie mmg 3bln pertama,3 x ja kot masak...hahaha.terukkan??kikiki.Alhamdulillah mmg bnyk sgt hikmah pregnant kali nie.tp harapnya pengakhiran yg baik2 saja...segan jugak nk berkongsi crita.tp memandangkan kalinie mmg niat nak menulis tentang pregnancy dan kelahiran,biarlah sya "kongsikan" pregnancy kali nie dgn semua.

Si k.long mmg sgt independent...berak si adikpun kakak blh basuhkan...after mknpun mintk nk tlg ummi basuh pinggan.Alhamdulillah...si adik?hahaha...double merap la jwbnya...tmbah2 bila dh ckup 3thn ummi dh stop bf dia..jadi2 la jwbnya.hheheh.apapn moga 9bln nie dpt ummi laluinya dan dpt capai hasrat ummi utk vba2c dis coming khalifah...InsyaAllah...

Bila Allah rezki kan ummi dgn yg ke3 nie...ummi sentiasa doakan sahabat2 ummi yg Allah uji dgn rezki cahaya mata agar dikurniakan zuriat buat semua....


Salam cinta ikhlas dari:
-ummi tasneem & kauthar-

15 Oktober 2015

14 TIP MUDAHKAN ANAK BERPAKAIAN SENDIRI



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua

Pernah x mommy2 semua marahkan sikecil kita bila x nak pakai baju sendiri?hehehe...saya pun slalu jgk marahkan si adik bla asyik nk tgu kitaja untuk pakaikan baju.Yala...mcm saya, bla dh suruh si kakak dgn si adik mandi,mmg baju dorg berdua saya dah letakkan sesiap atas katil. Kalau yg kakak, mmg kluarja toilet dia akan pkai sndri...tp klu si adik,kita sibukpun mmg tunggu jela jwbnya..kekadang geram jgk...dh 3 tahun kot.mmg patutpun pakai sndiri..kekadang tue, ada pulak jwbnya..."tangan adik sakitla miii"..."adik kecik lagila...mana blh pakai sendiri"..see,mmg geram kot.heheheh...

ok..saya rasa, pada usia anak-anak saya nie mmg dorang dh sepatutnya berdikari dan cuba melakukan banyak perkara sendiri..ada beberapa tip yang saya akan kongsikan bagaimana untuk memulakannya supaya mommy2 tidak tertekan dan kita bersama boleh melatih anak2 mamakai sendiri pakaian mereka.



MANFAAT ANAK BERPAKAIAN SENDIRI

  • Memajukan kemahiran motor halus dengan membutangkan dan memasang zip baju dan seluarnya sendiri
  • Keupayaan motor kasar juga boleh dilatih apabila sikecil kita menyarungkan seluar atau skirt di mana dia perlu berdiri denan satu kaki dalam satu masa sahaja.
  • Si kecil boleh menajamkan kemahiran kognitif kerana semasa memakai pakaian dia akan merancang dan berfikir apa yang perlu disarung dahulu.
  • Inisiatif dan memberikan tumpuan untuk menyudahkannya
  • Si kecil juga belajar jenis-jenis baju , warna dan corak.
  • Si kecil juga belajar membuat sesuatu dalam jangka masa singkat dan mengingatkan mereka tentang masa ketika bersiap.
Buat mommy2 anda boleh mulakannya dengan beberapa langkah kecil iaitu :

LANGKAH 1
  • Biarkan si kecil anda memilih pakaian yang dipakainya sendiri. Mommy hanya perlu memberitahu pakaian yang sesuai  dengan majlis yang akan dihadiri. Contohnya adik akan menghadiri majlis kenduri kawin...adik boleh memilih baju kurung untuk dipakai.
LANGKAH 2
  • Kemudian barulah mommy mula menyuruh si kecil menanggalkan pakaiannya. Permulaannya mungkin agak sukar kerana si kecil masih belum terbiasa namun lama kelamaan dia akan semakin mahir.

LANGKAH 3
  • Selepas itu bolehlah mommy menyuruhnya menyarungkan pakaiannya sendiri.

LANGKAH 4
  • Arahkan si kecil untuk membutangkan dan memasang zip pakaian sendiri. Pada permulaan, butangkan separuh dan biarkan ia menyudahkannya. Berikan si kecil masa untuk melakukan tugas ini secara mahir.

LANGKAH 5
  • Kemudian sikecil boleh mencuba untuk memakai tali pinggang dan meyarungkan stokin dan kasutnya sendiri.
14 TIP MUDAHKAN SI KECIL BERDIKARI DALAM BERPAKAIAN SENDIRI

  1. Mulakan dengan pakaian yang mudah seperti baju T, seluar berpinggang getah dan sebagainya
  2. Lubang butang besar atau menggunakan pelekat Velcro lebih mudah si kecil
  3. Baju T atau seluar dalam yang mempunyai gambar dibahagian depan memudahkan si kecil memastikan hala depan bajunya semasa memakai.
  4. Pilih pakaian yang elastik dan selesa untuk digunakan pada peringkat permulaan latihan.
  5. Sesuaikan kemahiran  kepada usia si kecil dan jangan mengharapkan hasil yang sempurna seperti orang dewasa.
  6. Tempoh masa yang lebih realistik
  7. Lebih baik mommy mengajarnya langkah yang terakhir dahulu dan undur kembali mengikut urutan.
  8. Jika mommy menyokong dan bersikap positif, si kecil akan lebih mudah bekerjasama. Berikan pujian sepanjang proses pembelajaran walaupun si kecil melakukan kesalahan.
  9. Mommy juga boleh menerapkan tentang aspek aurat dan pakaian apakah yang sesuai menutup aurat
  10. Disamping itu, mommy boleh meminta bantuannya menguruskan pakainnya sendiri dengan memasukkan kain kotor ke dalam bakul khas, melipat dan sebagainya.
  11. Katakan kepada si kecil pakaian kotor perlu dicuci dan tidak boleh dipakai selagi belum dicuci.
  12. Biar si kecil memakai pakaian di atas lantai untuk memudahkannya menyarung pakaian. Bukan di atas kerusi atau katil.
  13. Simpan pakaian di dalam almari atau laci yang mudah diakses si kecil.
  14. Labelkan dengan gambar bagi setiap laci untuk memudahkan pakaian ditemui si kecil

Moga perkongsian ini dapat membantu mommy2 mendidik si kecil kita dalam memakai pakaian sendiri.

ikhlas penuh cinta

-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400

5 Oktober 2015

Promo Shaklee Bulan Oktober


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua

Oktober is coming...wif full of love and joyfull

Alhamdulillah...bulan yg hebat dari Shaklee...

Promo bulan ni

1. Gla complex
Buy 6 free 1

2. omega
Buy 6 free 1

3. Vitalea children
Buy 3 free 1

4. Vita e

Buy 1 free 1


18 September 2015

PRODUK : DETOX COMPLEX


DTX COMPLEX KHAS BUAT HATI ANDA!

Anda tahu tak Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam badan manusia dan juga haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.
dtx complex, supplemet untuk hati

DTX COMPLEX, 90 tablets
[Harga Runcit : RM 155.00]

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Apabila sistem penyahtoksikan semakin tepu, toksin yang terkumpul akan menyebabkankeletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan adakalanya mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.

PRODUK : COLLAGEN POWDER


KESAN DAN FAEDAH MENGAMBIL KOLAGEN :

♥ ANTI PENUAAN : Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
♥ MENGHIDRATKAN : Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas oada muka
♥ MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT : Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
♥ MELICINKAN : Meningkatkan kelembutan dan Kelicinan Kulit
♥ MENYUBUR : Menggalakkan kuku yang kuat dan rambut tebal bersinar
♥ MENCERAH : Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
♥ MENEGANG : Membantu menegang dan menganjalkan payudara
♥ FAEDAH LAIN : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut

 BAHAN-BAHAN UTAMA DAN FUNGSI :

1. Kolagen peptida yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah
~ sumber premium kolagen
~ kadar penyerapan lebih tinggi
~ sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan

2. Ekstrak biji benih Bunga Kamelia (Camellia japonica)
~ mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
~ mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas

3. Ekstrak Ginseng Brazil (Pfaffia paniculata)
~ menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
berperanan dalam menghidratkan tisu
~ membuatkan kulit lembut, lembap dan licin

4. Vitamin C
~ menggalakkan pengeluaran kolagen
~ bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

5. Vitamin B6 dan B2
~ membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen

6. Glukosamina (ekstrak kerang-kerangan)
~ penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sesendi
~ melembapkan mata
~ melegakan ketidakselesaan mata

7. Bakteria baik (Lactobacilus acidophilus)
~ membantu mengimbangi mikroflora usus
~ memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

♥ mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen yang berkualiti tinggi dan tulin
♥ kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton - mudah diserap badan dan membantu pembentukan kolagen pada permukaan kulit dengan berkesan
♥ diadun dengan tujuh bahan yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanannya
♥ mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda
♥ disediakan dalam satu hidangan yang dipek di dalam uncang (sachet) yang mudah dibawa dan digunakan bila-bila masa di mana-mana sahaja 


COLLAGEN POWDER, 15 sachet
[Harga Runcit : RM298.00 ]

PRODUK : CHEWABLE-VITA C


vita c chewable, 100mg vita c, vit c kanak kanak


CHEWABLE VITA-C 100 mg 90 tablets
[Harga Runcit : RM37.50]

PRODUK : CARATOMAX


Perlindungan Sel-Sel dari Dalam


Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan



Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi.CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

carotomax, vit A, vit A shaklee


 CAROTOMAX 30 tablets
[Harga Runcit : RM74.00]



5  jenis karotenoid yang paling berkhasiat


  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan

PRODUK : ADVANCE JOINT HEALTH TABLET


ADVANCE JOINT HEALTH TABLET 

set sendi, ubat sakit sendi, ajht shakleeFUNGSI AJHT :


~ Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
~ Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong
kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink :
~ Memelihara tisu sambungan yang sihat
~ Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
~ Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak
diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta
boleh mengganggu penyerapan glukosamina

PRODUK : B-COMPLEX



KEPENTINGAN VITAMIN B :


 
~ penting dalam fungsi normal tubuh
~ membina tenaga metabolisme
~ kesihatan jantung
~ sintesis DNA
~ menguruskan tekanan
~ meningkatkan kesihatan mata
~ meningkatkan sistem pernafasan
~ membantu pembentukan sel darah merah

 

SIAPA YANG PATUT AMBIL B COMPLEX?


~ ibu mengandung
~ merancang hamil
~ anemia
~ masalah simptom pra-haid
~ stress
~ keletihan
~ masalah berkaitan kardiovaskular (kolesterol, jantung, etc.)

 

KENAPA B COMPLEX SHAKLEE BERBEZA DENGAN YG LAIN? 


 
~ Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh
~ Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang dipatenkan bagi meningkatkan penyerapan nutrien penting seperti asid folik


25 Ogos 2015

Cara atasi sembelit ketika hamil

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua



Jom!harinie nak crita sikit beberapa supplment yg menjadi amalan saya sejak beberapa tahun yg lalu...Antaranya Vitamin C dan Ostematrix..saya jga mengamalkan pengambilan kurma dalam kehidupan.

ok...sebenarnya saya just nk fokus tentang Khasiat Ostematrix dalam membantu ibu2 mengatasi sembelit ketika hamil dan berpantang...bukan apa,teringat adik ipaq yg sembelit teruk time dalam pantang..Saya alhamdulillah memang x de...mgkn sebb start ostematrix nie since awal pregancy dan berpantang....

PUNCA SEMBELIT KETIKA MENGANDUNG


Bila si ibu mengandung, hormon estrogen dan progestron akan memainkan banyak peranan penting sepanjang tempoh kehamilan. Antara kesan sampingan daripada tugas kedua-dua hormon ini ialah mual dan muntah,sembelit, sakit tulang, pinggang, punggung dan bahu. 
Peningkatan hormon progestron menyebabkan otot-otot menjadi rehat. Maka kesan tersebut juga menimpa otot-otot dalam sistem penghadaman. Makanan yang melalui sistem penghadaman bergerak lebih lambat.Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila kandungan kita makin besar, sebab ia akan menekan rektum. Ini lah punca kita akan duduk lelama dalam toilet...sebb x puas membuang. Pengambilan pil zat besi juga boleh menyebabkan sembelit ketika mengandung.

PUNCA SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

§  hormon progestron masih tinggi semasa hamil melambatkan pergerakan otot.
§  sistem pencernaan kita berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran
§  ubat yang diberi untuk mengurangkan sakit ketika proses kelahiran seperti petidina boleh menyebabkan usus lambat berfungsi dari biasa.
§  kita pernah melahirkan anak sebelumnya
§  kita melalui kelahiran yang dibantu seperti forceps atau ventouse
§  pengambilan pil zat besi atau  ubat anti depresi

Luka jahitan menyebabkan ramai ibu-ibu takut untuk meneran kerana khuatir jahitan akan terbuka, Perasaan risau tersebut akan membuatkan kita semakin sukar membuang. Bagi kita orang Melayu, cara berpantang yang rigid juga menjadi salah satu sebab kita sembelit




Apa keistimewaan Ostematrix Shaklee sehingga dengan mudah ia mampu menyelesaikan masalah sembelit yang sekian lama membelenggu ibu-ibu mengandung dan berpantang?


Magnesium didalam Ostematrix Shaklee selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 


Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Disebabkan hal ini ibu-ibu perlu minum banyak air bagi mengelakkan tubuh kita kekurangan air.



















12 Ogos 2015

Cerita si adik


Bismillah wal hamdulillah




Assalamualaikum...dh lama rupanya saya x update blog.Sibuk sgt dgn aktivt kat skolah+intenet yg x brapa nk laju kat rumah.Mmg bercinta la time nk guna..tdo dlu,pastu bgn blik pn not sure blh post.kikiki..
Oh..saje nk update tentang ummi dan anak2...si adik x brapa nk sihat sejak seminggu nie.Yalah,dengan cuaca yang x berapa nk menentu yg kejap hujan+panas..smpaikan ummi pun dh mula demam since smlm.Oh!mmg sadis...yg lagi tragik mstila si adik...Batuk+selsema yang agak teruk.smapi terpaksa on neb..2hr berturut2.mmg x pnh pn slama nie.sgt sadis la ummi jwbnya...

Moga anak2 ummi dan semua anak shabat2 ummi kat luar saya dikurnikan kesihatan yang baik2 saja...Amin.

23 Julai 2015

5 Gaya duduk yang perlu dielakkan semasa mengandung


BISMILLAH WAL HAMDULILAH

AssalamualaikumMalam nie tiba-tiba teringatkan sorang kawan saya yang tengah sarat mengandung. Mungkin dh gerak balik kg halaman. Maklumlah lusakan dh nk raya. Semua sibuk pulang ke kg masing. Bukan apa,tgok dia dkt pejabat pn nk duduk pn punya susah...sakit belakang katanya. Ni macam manala dia duduk dalam kereta 4 almost 9 jam. Fuhhh..mcm patah pinggangla jawabnya. Kadang-kadang kita x tahu yang cara duduk yang betul perlu diamalkan ketika hamil kerana ianya dapat mengurangkan masalah sakit belakang serta membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan terutamanya pada fasa akhir kehamilan.Untuk pengetahuan kita, duduk secara membongkok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan memasuki ruang pelvis dengan bahagian belakangnya, sekaligus menyukarkan proses kelahiran.Disini saya ingin berkongsi tentang 5 posisi duduk yang perlu dielakkan.







1. MEMBONGKOK

Elakkan duduk membongkok semasa hamil kerana ia memberi tekanan pada bahagian belakang. Kandungan yang semakin membesar sudah menambah bebanan saraf tunjang anda, apatah lagi kalau anda membongkok. 
Tip Duduk : 

Pastikan anda duduk secara menegak dengan kedudukan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya inilah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.

2. KAKI BERJUNTAI

Duduk dengan kaki berjuntai akan menambah pengaliran darah ke kaki, sekali gus menyebabkan kaki bengkak. Elakkan dari menyilang kaki ketika duduk. 

Tip Duduk:

Sentiasa pastikan tapak kaki mencecah lantai dan berkeadaan rata (memijak lantai sepenuhnya), dengan paha lurus di atas kerusi ( kaki dan paha dalam kedudukan 90 darjah).

3. TIDAK BERSANDAR

Duduk tanpa bersandar akan menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian belakang. Sokong belakang anda sebanyak mungkin dengan menggunakan kerusi bersandar penuh. Jangan sesekali duduk di atas bangku atau kerusi sandar rendah.


4. MEMBONGKOKKAN BADAN KE DEPAN


Walaupun bahagian belakang anda mungkin lurus, tetapi gaya duduk sambil membongkokkan badan ke depan akan menekan kandungan. Cara ini bukan sahaja tidak selesa untuk ibu, malah berbahaya pada bayi. Pada peringkat akhir kehamilan, tulang sangkar rusuk anda mungkin menekan bdan bayi.


5. BARING BERSANDAR

Banyak yang suka berbaring sambil meninggikan bahagian belakang kala berada di atas katil. Cara bersandar begini akan menambahkan tekanan pada saraf tunjang

Tip Duduk :

Selain cara duduk, pastikan masa anda berada dalam satu-satu posisi adalah tidak terlalu lama. Wanita hamil tidak boleh berada di posisi duduk atau berdiri melebihi 30 minit. Anda dinasihatkan berehat dengan berjalan-jalan seketika. Jika menaiki kereta, berhentilah dengan kerap bagi mengurangkan tekanan semasa duduk.


Tip Penting :

Wanita hamil juga boleh menggunakan seperti kain tuala yang digulung atau bantal kecil untuk menambah sokongan pada bahagian belakang supaya duduk lebih selesa.
Jika ingin mengubah posisi duduk, jangan sekadar memusingkan bahagian badan  sehingga paras pinggang sahaja tetapi harus memusingkan seluruh badan anda. 


ikhlas penuh cinta :
-ummu Tasneem & Kauthar-
0124322400 
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya