9 Disember 2015
Diari Khalif
3 Disember 2015
Permulaan Disember penuh cinta
Bismillah wal hamdulillah
Disember baru sahaja membuka tirainya...permulaan yg penuh Rahmat dan ujian buat kami sekeluarga...
Alhamdulillah hampir setahun en.baba menganggur(xla menganggur sgt...cuma sblmnie ada majikan)setelah tamat kontrak kerja setahun yg lalu...genap 1 Disember bru2 nie en.baba menerima tawaran kerja semula dgn company baru..Alhamdulillah,rezki kami sekeluarga dan sikecik yg bakal dilahirkan April nant.sungguh x terduga akhirnya en.baba bakal kembali bekerja setelah setahun buat kerja sendiri...yg penting setahun yg berlalu,anak2 mmg x terabai dan mendapat sentuhan istimewa dr en.baba....
Yang menjadi kesan dlm hidup kami sekeluarga,en.baba akan mula bekerja di site baru di bayan lepas...fuhhh!bunyi Penang itu mmg dekat...tp bagi kami yg dh hidup bersma almost 7years mmg sesuatu yg menyakitkankan...bakal berPJJ nampk gayanya...sedihkan!ummi laaa yg paling tragis..selama nie en.baba yg bnyk membantu memndangkan 3bulan pertama ummi yg agak x terurus...bakal berPJJ dalam tempoh 4-5 tahun mmg sesuatu yg x dpt dibayangkan dan difikrkan..mau berendam air matala jawbnya...
Oh...moga Allah merencanakan yg baik2 saja dlm kehidupan kami...mendekatkan hati kami tatkala jauh...memelihara kehormatan diri tatkala bersendirian.Moga Allah menjaga keselamatan enbaba hrnie,esok dan selamanya......Amin...
Salam kasih...ummi tasneem dan kauthar
6 November 2015
Tip elak anak jadi "hantu" tv & gajet
- Libatkan anak-anak dalam aktiviti yang anda lakukan seperti membuat kerja rumah, menyediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau menolong anda membacakan resepi untuk hidangan makan malam anda. Ianya tentu menyeronokkan.
- Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk menyerlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
- Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti membuatkan mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga
- Ibu bapa juga seharusnya mengurangkan waktu penggunaan gajet anak-anak. Luangkan lebih masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap media sosial.Anak-anak perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
- Tanya kepada anak-anak apa yang mereka ingin lakukan selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian mereka dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu lebih mengujakan mereka.
- Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Kanak-kanak belajar kedua-dua kognitif dan intuitif, memerhatikan hubungan dalaman halus dalam alam semula jadi di antara manusia. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanan membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
- Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa dan benda baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
16 Oktober 2015
Pengedar Shaklee Guar Chempedak
Bismillah wal hamdulillah
Alhamdulillah bulannie Shaklee buat double triple promo produknya...
Antaranya :
-Vita e
-GLA
-Omega guard
Buat sahabat sekitar Sungai Petani dan Alor Setar yang ingin mendapatkan produk Shaklee...blhja wassap saya.
InsyaAllah Cash On Delivery (COD) sekitar Guar Chempedak-Gurun-Sungai Petani-Yan-Alor Setar
Pengeposan seluruh Malaysia.
Buat yang berdekatan,blh walk in terus ke rumah saya di
No.23 Taman Keranji
Jalan Keranji 1/1
Jalan Yan,08800
Guar chempedak , Kedah
InsyaAllah saya bantu anda sebaiknya...
Ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem dan Kauthar
Nutrisi Kehamilan
Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir.Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.
- Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
- Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.
- Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
- Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.
Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat
ESP- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.
Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
The 3rd
15 Oktober 2015
14 TIP MUDAHKAN ANAK BERPAKAIAN SENDIRI
- Memajukan kemahiran motor halus dengan membutangkan dan memasang zip baju dan seluarnya sendiri
- Keupayaan motor kasar juga boleh dilatih apabila sikecil kita menyarungkan seluar atau skirt di mana dia perlu berdiri denan satu kaki dalam satu masa sahaja.
- Si kecil boleh menajamkan kemahiran kognitif kerana semasa memakai pakaian dia akan merancang dan berfikir apa yang perlu disarung dahulu.
- Inisiatif dan memberikan tumpuan untuk menyudahkannya
- Si kecil juga belajar jenis-jenis baju , warna dan corak.
- Si kecil juga belajar membuat sesuatu dalam jangka masa singkat dan mengingatkan mereka tentang masa ketika bersiap.
- Biarkan si kecil anda memilih pakaian yang dipakainya sendiri. Mommy hanya perlu memberitahu pakaian yang sesuai dengan majlis yang akan dihadiri. Contohnya adik akan menghadiri majlis kenduri kawin...adik boleh memilih baju kurung untuk dipakai.
- Kemudian barulah mommy mula menyuruh si kecil menanggalkan pakaiannya. Permulaannya mungkin agak sukar kerana si kecil masih belum terbiasa namun lama kelamaan dia akan semakin mahir.
- Selepas itu bolehlah mommy menyuruhnya menyarungkan pakaiannya sendiri.
- Arahkan si kecil untuk membutangkan dan memasang zip pakaian sendiri. Pada permulaan, butangkan separuh dan biarkan ia menyudahkannya. Berikan si kecil masa untuk melakukan tugas ini secara mahir.
- Kemudian sikecil boleh mencuba untuk memakai tali pinggang dan meyarungkan stokin dan kasutnya sendiri.
- Mulakan dengan pakaian yang mudah seperti baju T, seluar berpinggang getah dan sebagainya
- Lubang butang besar atau menggunakan pelekat Velcro lebih mudah si kecil
- Baju T atau seluar dalam yang mempunyai gambar dibahagian depan memudahkan si kecil memastikan hala depan bajunya semasa memakai.
- Pilih pakaian yang elastik dan selesa untuk digunakan pada peringkat permulaan latihan.
- Sesuaikan kemahiran kepada usia si kecil dan jangan mengharapkan hasil yang sempurna seperti orang dewasa.
- Tempoh masa yang lebih realistik
- Lebih baik mommy mengajarnya langkah yang terakhir dahulu dan undur kembali mengikut urutan.
- Jika mommy menyokong dan bersikap positif, si kecil akan lebih mudah bekerjasama. Berikan pujian sepanjang proses pembelajaran walaupun si kecil melakukan kesalahan.
- Mommy juga boleh menerapkan tentang aspek aurat dan pakaian apakah yang sesuai menutup aurat
- Disamping itu, mommy boleh meminta bantuannya menguruskan pakainnya sendiri dengan memasukkan kain kotor ke dalam bakul khas, melipat dan sebagainya.
- Katakan kepada si kecil pakaian kotor perlu dicuci dan tidak boleh dipakai selagi belum dicuci.
- Biar si kecil memakai pakaian di atas lantai untuk memudahkannya menyarung pakaian. Bukan di atas kerusi atau katil.
- Simpan pakaian di dalam almari atau laci yang mudah diakses si kecil.
- Labelkan dengan gambar bagi setiap laci untuk memudahkan pakaian ditemui si kecil
5 Oktober 2015
Promo Shaklee Bulan Oktober
18 September 2015
PRODUK : DETOX COMPLEX
DTX COMPLEX, 90 tablets
[Harga Runcit : RM 155.00]
Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
- Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
- Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
- Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
- Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
- Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
- Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
- Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
- Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
- Menguraikan molekul hemoglobin tua.
- Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
PRODUK : COLLAGEN POWDER
♥ ANTI PENUAAN : Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
♥ MENGHIDRATKAN : Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas oada muka
♥ MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT : Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
♥ MELICINKAN : Meningkatkan kelembutan dan Kelicinan Kulit
♥ MENYUBUR : Menggalakkan kuku yang kuat dan rambut tebal bersinar
♥ MENCERAH : Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
♥ MENEGANG : Membantu menegang dan menganjalkan payudara
♥ FAEDAH LAIN : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut
BAHAN-BAHAN UTAMA DAN FUNGSI :
1. Kolagen peptida yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah
~ sumber premium kolagen
~ kadar penyerapan lebih tinggi
~ sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan
2. Ekstrak biji benih Bunga Kamelia (Camellia japonica)
~ mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
~ mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas
3. Ekstrak Ginseng Brazil (Pfaffia paniculata)
~ menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
berperanan dalam menghidratkan tisu
~ membuatkan kulit lembut, lembap dan licin
4. Vitamin C
~ menggalakkan pengeluaran kolagen
~ bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit
5. Vitamin B6 dan B2
~ membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen
6. Glukosamina (ekstrak kerang-kerangan)
~ penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sesendi
~ melembapkan mata
~ melegakan ketidakselesaan mata
7. Bakteria baik (Lactobacilus acidophilus)
~ membantu mengimbangi mikroflora usus
~ memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE?
♥ mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen yang berkualiti tinggi dan tulin
♥ kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton - mudah diserap badan dan membantu pembentukan kolagen pada permukaan kulit dengan berkesan
♥ diadun dengan tujuh bahan yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanannya
♥ mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda
♥ disediakan dalam satu hidangan yang dipek di dalam uncang (sachet) yang mudah dibawa dan digunakan bila-bila masa di mana-mana sahaja
COLLAGEN POWDER, 15 sachet
[Harga Runcit : RM298.00 ]
PRODUK : CARATOMAX
Perlindungan Sel-Sel dari Dalam
Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
[Harga Runcit : RM74.00]
5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
- Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
- Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
- Menguatkan sistem imun*
- Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
- Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
PRODUK : ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
FUNGSI AJHT :
~ Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
~ Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong
kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink :
~ Memelihara tisu sambungan yang sihat
~ Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
~ Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak
diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta
boleh mengganggu penyerapan glukosamina
PRODUK : B-COMPLEX
KEPENTINGAN VITAMIN B :
~ penting dalam fungsi normal tubuh
~ membina tenaga metabolisme
~ kesihatan jantung
~ sintesis DNA
~ menguruskan tekanan
~ meningkatkan kesihatan mata
~ meningkatkan sistem pernafasan
~ membantu pembentukan sel darah merah
SIAPA YANG PATUT AMBIL B COMPLEX?
~ ibu mengandung
~ merancang hamil
~ anemia
~ masalah simptom pra-haid
~ stress
~ keletihan
~ masalah berkaitan kardiovaskular (kolesterol, jantung, etc.)
KENAPA B COMPLEX SHAKLEE BERBEZA DENGAN YG LAIN?
~ Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh
~ Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang dipatenkan bagi meningkatkan penyerapan nutrien penting seperti asid folik
25 Ogos 2015
Cara atasi sembelit ketika hamil
Luka jahitan menyebabkan ramai ibu-ibu takut untuk meneran kerana khuatir jahitan akan terbuka, Perasaan risau tersebut akan membuatkan kita semakin sukar membuang. Bagi kita orang Melayu, cara berpantang yang rigid juga menjadi salah satu sebab kita sembelit
12 Ogos 2015
Cerita si adik
23 Julai 2015
5 Gaya duduk yang perlu dielakkan semasa mengandung
AssalamualaikumMalam nie tiba-tiba teringatkan sorang kawan saya yang tengah sarat mengandung. Mungkin dh gerak balik kg halaman. Maklumlah lusakan dh nk raya. Semua sibuk pulang ke kg masing. Bukan apa,tgok dia dkt pejabat pn nk duduk pn punya susah...sakit belakang katanya. Ni macam manala dia duduk dalam kereta 4 almost 9 jam. Fuhhh..mcm patah pinggangla jawabnya. Kadang-kadang kita x tahu yang cara duduk yang betul perlu diamalkan ketika hamil kerana ianya dapat mengurangkan masalah sakit belakang serta membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan terutamanya pada fasa akhir kehamilan.Untuk pengetahuan kita, duduk secara membongkok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan memasuki ruang pelvis dengan bahagian belakangnya, sekaligus menyukarkan proses kelahiran.Disini saya ingin berkongsi tentang 5 posisi duduk yang perlu dielakkan.
Pastikan anda duduk secara menegak dengan kedudukan punggung yang lurus dan bahu sedikit tertarik ke belakang (badan menjadi melengkung). Secara umumnya inilah posisi dan kedudukan terbaik buat ibu mengandung.
Wanita hamil juga boleh menggunakan seperti kain tuala yang digulung atau bantal kecil untuk menambah sokongan pada bahagian belakang supaya duduk lebih selesa.
Jika ingin mengubah posisi duduk, jangan sekadar memusingkan bahagian badan sehingga paras pinggang sahaja tetapi harus memusingkan seluruh badan anda.