Bismillah wal hamdulillah
Assalamualaikum semua
Kehamilan merupakan saat-saat yang ditunggu oleh semua pasangan yang telah berkahwin.Moment yang mungkin akan memberikan kesan bermakna kepada pasangan. Sepanjang kehamilan pasti penuh dengan kenangan manis yang akan dikenang.
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu digalakkan melakukan senaman ringan bagi memudahkan proses kelahiran.
5 TIP BERSENAM KALA HAMIL
- Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemebrat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh
- Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti. Oleh itu, elakkan aktiviti yang membuatkan diri anda tidak seimbang.
- Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis atau mengalami pendarahan faraj
- Mulakan sesi senaman selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu. Tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur jika anda berasa selesa dengan senaman yang biasa diamalkan itu.
- Banyakkan minum air untuk mencegah penghidratan.
Moga ibu-ibu semua dapat meningkatkan kesihatan tubuh semasa di fasa kehamilan.
ikhlas penuh cinta
-ummi Tasneem & Kauthar-
0124322400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan