26 September 2017

APA ITU RESDUNG



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Hari nie saya nak berkongsi dengan semua satu masalah yang ramai orang dah biasa alami. Even kanak-kanak pun ada yang dah menghadapi masalah ini. Berdasarkan pengalaman suami saya sendiri yang merupakan penghidap resdung dan saya kira saya juga mengalaminya cuma teruk atau tidak sahaja yang membezakannya.


APA ITU RESDUNG?

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.




Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:


  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
Untuk berkongsi sedikit info bagaimana tip untuk merawat redung blh klik disini. Moga sedikit perkongsian ini mampu membantu semua. 


-Ummi Tasneem.Kauthar.Ali-
0124322400
FB Page : Little Najmi Hayati

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya