4 April 2017

PENYAKIT ANEMIA DAN CARA MENGATASI



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Alhamdulillah bertemu lagi kita. Dah lama rasanya ummi x share something. Harinie saya nak berkongsi sedikit info tentang ANEMIA.



APA ITU ANEMIA?

PENYAKIT ANEMIA, ia adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh KEKURANGAN SEL DARAH MERAH (RED BLOOG CELL DEFICIENCY) dalam darah kita. Ia sangat berkait rapat dengan bilangan Hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam darah. Secara ringkasnya Hemoglobin dalam darah yang berada di sekitar paru-paru kita akan mengangkut oksigen dari kawasan ini keseluruh tubuh badan kita.

Sesetengah dari kita biasa mendengar yang selalunya ANEMIA berlaku disepanjang kehamilan seorang wanita. 

GEJALA ANEMIA

1.Muka menjadi pucat

Untuk mengetahui seseorang itu menghidap anemia atau tidak, mudah sahaja lihat pada wajahnya. Adakah pucat atau tidak. Lebih-lebih lagi lihat pada kelopak matanya. Regangkan kelopak mata kita dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika bahagian bawah mata pucat, ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia.

2. Mudah keletihan

Oleh kerana kuantiti sel darah merah rendah, ia akan menyebabkan penurunan kuantiti oksigen dalam tubuh. Sedangkan penghasilan tenaga dalam tubuh sangat bergantung pada kuantiti oksigen yang ada. Jadi, semakin rendah sel darah merah, semakin rendah oksigen dalam tubuh dan tenaga yang di hasilkan juga berkurang.

3. Sering sakit kepala

Penghidap sakit anemia kerap kali akan mengeluh sakit kepala. Kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen yang di hantar ke kepala berkurangan. Lantas, menyebabkan sakit kepala.

4. Sesak nafas

Akibat daripada kekurangan darah merah ia akan menurunkan kuantiti oksigen dalam tubuh kita. Hal ini akan mengakibatkan penderita anemia sering sesak nafas dan rasa termengah-mengah ketika melakukan aktiviti seharian.

5. Denyutan jantung tidak teratur

Denyutan jantung tidak teratur mungkin samada denyutan terlalu cepat ataupun terlalu perlahan. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyutan jantung akan menjadi pantas. Hal ini akan menyebabkan jantung berdebar, tidak teratur dan pantas.


Punca Anemia

Seperti yang kita maklum, penyakit anemia di sebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana kekurangan sel darah merah itu boleh terjadi. Punca utama kekuranga sel darah merah ialah kerana kekurangan zat besi dalam darah. Ada juga penyebab-penyebab lain antaranya:

  • Kekurangan vitamin khususnya Vitamin c yang membantu penyerapan zat besi dalam makanan serta vitamin B-12 yang banyak terdapat pada daging dan susu.
  • Masalah tulang belakang yang gagal menghasilkan sel darah dengan dengan optimum.
  • Hemolytic anemia dimana  kadar kemusnahan darah merah yang lama lebih tinggi daripada penghasilan darah yang baru oleh tulang belakang.
  • Sickle sel anemia di mana bentuk atau struktur sel darah merah yang tidak normal. Kebanyakannya berbentuk sabit. Kecacatan ini akan menyebabkan sel darah merah mudah termusnah dan mengakibatkan anemia

CARA MENGATASI

Sesetengah ibu-ibu mengalami masalah ANEMIA ketika waktu kehamilan. Terdapat beberapa langkah untuk mereka yang mengahdapi masalah ANEMIA antaranya memperbanyakkan pengambilan :

Asid folik

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Sumber : 

-barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 


Zat besi

Zat besi merupakan salah satu mineral penting yang dibutuhkan oleh tubuh kita. Salah satu Fungsi utama zat besi adalah sebagai komponen pembentuk Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh sel-sel tubuh. Selain itu zat besi juga berperanan penting dalam fungsi normal daya tahan tubuh.

Sumber : 

-Daging Merah
-Kuning Telur
-Ikan
-Sayuran Hijau
-Kekacang
-Sereal atau bijian

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaat:
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

SUPPLEMENT CADANGAN

  • B complex
-Menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
-Mengelakkan penyakit beri-beri.
-Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
-Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
-Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
-Mencegah stress.
-Menguatkan antibodi badan.
-Penting untuk aktiviti sel genetik.
-Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
-Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.
-Mencegah anemia.
  • Vitalea
Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
Membantu sistem memori dan fokus
Merupakan pelengkap nutrisi
Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
 Membantu dalam stimulasi metabolisma
Membantu melambatkan proses penuaan
Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
Membantu proses tumbesaran
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati
  • VIVIX
Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

TESTIMONI PENGGUNA

TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE



"Alhamdulillah dalam masa 3 minggu HB Puan Siti Aisyah semakin naik dan kembali normal."




Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya