4 Mac 2017

MASALAH BATU KARANG DAN CARA ATASI



Bismilllah wal hamdulillah
Assalamualaikum

Dah lama x bersua muka...sibuk ummi uruskan anak2 dan dengan hal keja segala...Last week ada kawan ummi pm tnya tentang supplement utk batu karang...jadi harnie ummi nak share dengan semua sedikit info tentang batu karang.


Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).

Bagaimana Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.

Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.






FAKTOR MENYEBABKAN BATU KARANG

1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.

2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.

3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.

4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).

5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.

7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.

8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

SIMPTOM BATU KARANG

1.Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit. Dari 10 poin, dia cakap 10. Ada juga orang cakap, bagi wanita, sakit yang paling sakit ialah melahirkan anak. Bagi lelaki pula, batu karang lah. Sakit ini juga tidak berterusan. Apabila batu tidak bergerak atau ditolak ke dalam pundi kencing, sakitnya juga akan hilang.

2.Kencing berdarah

3.Kencing berpasir

4.Air kencing keruh dan busuk

5.Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing

Antara Simptom adalah sakit belakang atau sakit pinggang yang teramat.
CARA MERAWAT BATU KARANG

PENGEDAR SHAKLEE GUAR CHEMPEDAK
SET ASAS BATU KARANG

Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.

Supplemen B-Complex ini bersifat anti stress serta memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang

VItamin C Sustained Released ini juga diambil untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid

Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.

Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.

Carotomax ini juga berfungsi membantu mempercepat penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Bagus juga untuk menghalang infeksi dari berlaku.

Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat.




Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya