16 November 2018

TANDA-TANDA LUKA PEMBEDAHAN MENGALAMI JANGKITAN KUMAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah ummi sendiri ada pengalaman melalui pembedahan kelahiran atau ceaserian sebanyak 3 kali dan insyaAllah akan melalui sekali lagi untuk kali ke4 awal April tahun depan. Berdebar-debar pulak rasanya kalinie dan dah terbayang-bayang rupa dewan bedah tue. 

Percaya tak yang ummi sendiri pernah mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan setelah seminggu melahirkan anak ke2 dalam tahun 2012. Pengalaman paling pahit ummi kira dalam sejarah melahirkan anak. Admit selama 6 hari setelah seminggu melahirkan anak. Penuh tragis dan emosi dalam hidup ummi. Memang tak pernah terbayang untuk melalui pengalaman "terindah" ini dan pengalaman nie jadikan ummi fobio untuk kelahiran anak ke-3. 

Harinie ummi nak berkongsi sedikit tanda-tanda untuk mengenal pasti sama ada luka pembedahan anda ok ataupun tidak. Luka bersalin perlu dijaga dengan baik supaya proses pemulihan dapat berjalan lancar dan tubuh badan dapat kembali kepada keadaan asal


Antara tanda-tanda yang luka pembedahan anda mengalami jangkitan kuman ialah :
  • Demam berterusan
  • Sakit pada tempat luka
  • Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari bahagian faraj
  • Keluar nanah dari tempat luka
  • Tanda kemerahan pada sekitar tempat luka
  • Keluar air jernih dari tempat luka
  • Tempat luka berlubang atau bengkak
  • Benang jahitan keluar dari tempat luka atau terbuka

Penjagaan khas luka C-Section:

Luka akibat pembedahan C-Section mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika merasa lemah dan tidak selesa, itu perkara biasa. Sekiranya mengalami tanda-tanda seperti di atas, segeralah berjumpa doktor. Mungkin anda mengalami masalah lain selain jangkitan kuman seperti ibu menghidap diabetes dan menyebabkan luka lambat sembuh. 

Langkah penjagaan luka supaya cepat sembuh :

1. Banyakkan rehat

Berehatlah selama yang boleh. Pastikan apa sahaja yang anda dan bayi perlukan berada dekat dengan anda.

2. Tampung abdomen

Sentiasa tampung abdomen dengan struktur badan yang betul ketika berjalan dan berdiri. Pegang abdomen berhampiran dengan luka semasa batuk, bersin atau ketawa.

3. Luka sentiasa bersih dan kering

Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:
• cuci luka ketika mandi
• keringkan luka dengan pengering rambut
• sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung
• letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka

4. Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin

Proses pembedahan akan menyebabkan kita kehilangan banyak darah iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini akan menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat dan seterusnya mempercepatkan pemulihan luka anda. Selain itu anda disarankan agar menambahkan suplemen Zinc kerana ia dapat membantu mempercepat proses penyembuhan luka.


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya