23 November 2018

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEKIRANYA ANDA BERSALIN CEASER




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.
Berpantang selepas bersalin adalah satu tempoh bagi kaum ibu menjalani fasa pemulihan selepas proses bersalin. Biasanya tempoh berpantang selama 44 hari memang dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu proses pemulihan bagi tubuh. 


1. HUBUNGAN INTIM

Setiap ibu yang berpantang, tempoh pantang selama 44 hari termasuklah jugak pantang bersama bagi memastikan proses penyembuhan luka berlaku dengan sempurna. Ada juga ibu yang mengamalkan proses berpantang ini selama 100 hari. 
Pastikan luka bersalin anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.

2. BERGERAK AKTIF

Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda.
Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.

3. BATUK

Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut.
Selepas seminggu bersalin, kita juga digalakkan untuk menggunakan bengkung terutamanya bengkung moden yang dikhususkan untuk bersalin secara pembedahan. Ianya bagi menampung dan menyokong postur perut kita. 

4. SENAMAN

Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin.
Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.

5. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN

Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri.
Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.
Dalam penjagaan luka pembedahan dan waktu berpantang anda juga digalakkan untuk mengambil ubat penahan sakit atau suplemen bagi membantu kesihatan tubuh anda. Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya
Sekiranya terdapat tanda yang luka pembedahan anda bermasalah, seperti pendarahan,  demam berpanjangan dan tanda amaran yang lain, rujuklah dengan doktor di klinik kesihatan di kawasan anda atau terus merujuk ke hospital untuk tindakan segera. 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya