8 November 2018

TIP PEMAKANAN UNTUK MASALAH ANEMIA




BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum

Terdapat sesetengah ibu hamil yang mengalami masalah HB LOW sepanjang kehamilan. Setiap kali rutin cek up bulanan, rekod ibu pasti merah untuk bahagian HB dan ianya dikategorikan kepada masalah ANEMIA. 



Bagi ibu-ibu mengandung, istilah ‘Hb low’ atau ‘Hb rendah’ adalah antara aduan yang paling kerap didengari. Adakah anda faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Hb rendah’ dan mengapa anda amat disarankan agar menjaga bacaan tersebut setiap kali temujanji?
Dari segi perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.
Antara masalah yang boleh terjadi sekiranya HB LOW ialah :
  • Risiko keguguran
  • Risiko bayi pramatang
  • Tumpah darah ketika bersalin
  • Bayi meninggal dalam kandungan
Terdapat beberapa jenis makanan yang dicadangkan bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah anemia seperti :

1. HATI


  • Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.

2. BAYAM


  • Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia

3. TELUR


  • Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.

4. BUAH DELIMA


  • Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

5. KURMA DAN KISMIS


  • Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
  • Untuk tambah darah, sambil-sambil duduk berehat, boleh kunyah buah kismis. Untuk pengetahuan, buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

6. OAT


  • Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat. Walaupun tidak sesuai dengan tekak kita, cubalah telan sedikit untuk kebaikan kita sendiri. 

7. BROKOLI


  • Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan

8. DAGING


  • Daging mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. 
Tip pengambilan pemakanan ini disarankan pengambilannya untuk ibu-ibu mengandung bagi membantu memberikan tenaga dan membantu dalam mengatasi masalah HB LOW dan ANEMIA. Walaubagaimanapun pengambil suplemen juga disarankan bagi membantu ibu-ibu dan sekiranya perlu, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. 

Antara suplemen yang dapat membantu untuk menaikkan HB dan mengatasi masalah anemia ialah : 

1. Vita-Lea Iron Formula

• Mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.

2. Sustained Release Vita-C Plus

• Mengandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

3. B-Complex

• Mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.

4. ESP

• Sumber protein yang sangat baik untuk membekalkan tenaga segera.


TESTIMONI PENGGUNA HB LOW KEMBALI NAIK



TESTIMONI PENGGUNA HB LOW SETELAH KONSISTEN


Alhamdulillah ibu sangat berpuas hati dengan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang nyata membantu masalah Anemia.

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 

Jangan tunggu lagi dan hubungi saya di talian 
012.4322400 

atau klik link dibawah untuk pembelian

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya