Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

3 Januari 2016

Tahun baru 2016

Bismillah wal hamdulillah..

Selamat tahun baru 2016 buat semua...moga Allah mengurniakan yang terbaik buat kita semua utk tahun yg baru ini
Alhamdulillah...cinta hati ummi yg berduanie dh selamat bersekolah utk tahun ini
Si adik dh masuk 4 tahun
Si kakak dh masuk 6 tahun
Anak solehah yg berduanie akhirnya dpt skolah bersma...lega ummi.saat Allah uji kami bertiga dengan kejauhan baba,Allah dtgkan kesenangan utk anak2...moga jadi anak solehah,anak yg baik dan selalu menyenangkan hati ummi dan baba




Ikhlas penuh cinta 
-ummi Tasneem dan Kauthar-


4 Julai 2015

Ketahui aurat wanita

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum


Aurat adalah daripada perkataan Arab "aurah" yang bermaksud keaiban. Manakala dalam istilah fiqah pula aurat bermaksud sebagai sebahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutupi atau dilindungi daripada pandangan.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang aurat wanita yang wajib kita ketahui.

1.AURAT KETIKA SEMBAHYANG
-Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

2. AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
-Bahagian anggota pusat dan lutut. Ini beerti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. AURAT KETIKA BERSAMA MAHRAM
-Pada asasnya aurat seorang wanita dan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Pun begitu wanita dituntut agar menutup bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini perlu dilaksanakan bagi menjaga adab wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh sebb itu, pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

4. SIAPA MAHRAM KEPADA WANITA?
-Suami
-Ayah termasuk datuk belah ibu dan bapa
-Ayah mertua
-Anak2 lelaki termasuk cucu sama ada daripada anak lelaki atau perempuan
-Anak-anak suami 
◆Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya
-Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
-Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selamanya.
-Anak saudara daripada saudara perempuan
-Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
-Hamba dan pelayan yang tua yang sudah tidak ada nafsu syahwat


Ikhlas penuh cinta :
-ummu tasneem & Kauthar-
0124322400

Kebaikan kurma semasa hamil

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum


Bagi ibu2 mengandung pasti tercari2 makanan yg mudah dan yg boleh diterima tekak.sesetengah ibu mengalami alahan sepanjang kehamilan dan menyebabkan mereka mengalami alahan teruk pada makanan...
Bagi ibu2 yg mengalami masalah ini,saya mencadangkan agar ibu2 boleh mengambil makanan sunnah seperti yg disarankan  oleh Rasulullah S.A.W iaitu Kurma..



Jom kita ketahui 5 kebaikan kurma semasa hamil


1.PENUH ZAT BESI
-Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

2. KAYA KHASIAT
-Di dalam kurma ia mengandungi protein, serat, glukosa ,vitamin A, Vitamin C, sodium dan potassium.

3. MUDAH KENYANG
-Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah,anda mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan

4. TINGGI POTASSIUM
-Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang meransang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim

5. MUDAHKAN PROSES BERSALIN
-Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses berkenaan.

Ikhlas penuh cinta :
-ummi Tasneem &Kauthar-
0124322400

11 Februari 2010

Apakah Bukti Cinta Pada Kekasih Kita?

Kenapa Perlu Berselawat?

Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam yang dilimpahkan oleh Allah swt adalah berupa rahmat,kasih sayang dan pengampunan. Sedangkan selawat yang dipersembahkan oleh para malaikat dan orang yang beriman adalah berupa doa dan permohonan kepada Allah swt agar Dia berkenan melimpahkan selawat(rahmat) dan salam(keselamatan dan kesejahteraan) kepada Nabi Muhammad saw.Allah swt sentiasa berselawat kepada Muhammad saw,bererti Dia sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada beliau. Melihat pertanyaan diatas,maka timbullah persoalan di dalam benak kita:"Mungkinkah Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah masih memerlukan tambahan rahmat dan keselamatn dariNya?Benarkah beliau masih perlukan bingkisan doa dari umat beliau?" Sebagai umat Nabi Muhammad saw,kita haruslah yakin bahawa beliau adalah makhluk Allah swt yang menjadi kekasihNya(habibullah).Kita juga harus yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah mendapat jaminan untuk masuk ke syurga.Nabi Muhammad saw juga telah mendapat rahmat dan keselamatan yang tidak terkira dari sisi Allah swt. Sehinggakan tanpa selawat dan doa dari kita pun tidak menjadi masalah buat beliau.Sesungguhnya beliau tidak memerlukan selawat dan salam dari kita,sama sekali tidak memerlukannya! Lalu mengapa kita diperintahkan untuk membaca selawat dan salam untuk beliau? Itulah salah satu perintah Allah swt untuk membuktikan siapa sesungguhnya di antara kita yang benar-benar mentaati perintahNya.Juga untuk melihat sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sesuatu,nescaya dia banyak menyebut-nyebut yang dicintainya".(HR Dailami) Hadis tersebut benar-benar terjadi dalam kehidupan ini.Seseorang yang mencintai sesuatu,nescaya sesuatu itu selalu diingati dan disebut-sebutkannya. Misalnya semasa kita mencintai seorang gadis,nescaya kita akan selalu mengingati gadis tersebut dan menyebut-nyebutnya. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga apabila kita benar-benar mencintai Allah swt dan rasulNya nescaya kita akan selalu mengingati dan menyebut-nyebutnya.Oleh itu,salah satu cara yang di ajar Islam untuk meluahkan rasa cinta itu adalah dengan berselawat. Ketika kita membaca selawat, saat itu juga kita menyebut nama Allah dan RasulNya sekaligus. Semakin tinggi kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya, nescaya makin banyaklah kita berselawat. Dan semakin banyak kita berselawat, maka makin tinggi darjat kita sebagai seorang muslim. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Sesungguhnya manusia yang paling utama disisiku pada hari kiamat kelak adalah yang paling banyak membaca selawat".(HR Nasai,Tirmizi dan Ibnu Hibban). Oleh yang demikian,perbanyakkanlah berselawat,disamping sebagai bukti cinta kita kepada Allah swt dan rasulNya,hakikatnya ia juga bagai mendoakan diri kita sendiri.Dengan demikian,semakin banyak kita berselawat bererti semakin kita mendapat rahmat yang melimpah ruah. Jika dilihat dari secara zahirnya,memang pada saat itu kita memanjatkan doa agar Allah swt melimpahkan rahmat kepada Muhammad saw,tetapi pada hakikatnya kita sedang mendoakan rahmat dan keselamatan tersebut untuk diri sendiri. Bahkan limpahan rahmat dan selawat yang akan kita dapat itu lebih banyak dari rahmat dan salam yang kita persembahkan kepada Nabi Muhammad saw. Hal ini disyariatkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri dalam sabdanya: "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah swt akan melimpahkan rahmat keatasnya sepuluh kali ganda".(HR Muslim) Begitu tingginya nilai bacaan selawat,sampaikan solat kita tidak sah tanpa disertai bacaan selawat.Kerana menbaca selawat termasuk dalam salah satu rukun solat,yakni harus dibaca ketika tahiyyat.Oleh yang demikian,setiap muslim wajib membaca selawat sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam.Jika kurang dari itu bererti solatnya tidak sempurna. Akhir kata,semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw beserta keluarganya,para sahabat dan seluruh umatnya sehingga hari kiamat.Demikian jelaslah bahawa kenapa kita perlu berselawat.Allahuma Amin ya Rabbal'Alamin!
Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya