20 Disember 2017

9 FAKTA MENGENAI KOLESTROL YANG PERLU ANDA TAHU



Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua...

KOLESTROL

Satu perkataan yang boleh dikatakan tidak asing pada pandangan mata dan pendengaran kita. Akhbar, majalah malahan ada menu di restoran yang turut memaparkan makanan/minuman rendah kolestrol. Namun sejauh mana pengetahuan anda tentang perkaitan kolestrol dan kesihatan jantung???



Jom kita ketahui 9 fakta mengenai kolestrol :

1. Lebih rendah tahap kolestrol anda, lebih kurang risiko anda terkena serangan jantung. Risiko penyakit jantung lebih rendah sekiranya kolestrol Low Density Lipoprotein (LDL) rendah. Bagaimanapun, risiko terkena penyakit jantung adalah lebih tinggi jika paras kolestrol High Density Lipoprotein (HDL) rendah.

2. Terlalu banyak produk makanan yang tertera "Rendah Kolestrol". Sebenarnya ia minyak tepu. Lemak ini mengandungi tinggi kalori. Kolestrol dan lemak adalah berbeza. Kolestrol hanya ada pada haiwan seperti daging, telur, susu mentega dan sebagainya.

3. Umur paling terbaik dan sesuai untuk melakukan ujian atau pemeriksaan kolestrol ialah 20 tahun. Ini kerana penyakit jantung koronori berlaku secara perlahan-lahan bermula pada usia muda.

4. Kolestrol bukanlah salah satunya punca penyakit jantung. Merokok juga adalah antara punca penyakit jantung. Jika anda berhenti merokok hari ini, risiko terkena penyakit jantung lebih rendah dalam masa empat tahun akan datang. Ubahlah gaya hidup dan dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

5. Penyakit jantung ialah punca utama kematian lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun wanita berisiko mendapat penyakit jantung selepas menopous kerana jantung mereka dilindungi oleh hormon estrogen sebelum itu. 

6. Kolestrol hanya terdapat dalam produk haiwan. Makanan daripada tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. Walaubagaimanapun, mentega kacang mengandungi tinggi lemak.

7. Kebanyakkan ikan mengandungi kurang lemak berbanding daging merah. Udang dan udang karang lebih tinggi kolestrol tetapi masih rendah lemak. Hadkan pengambilan daging, ikan dan ayam. 

8. Setiap satu skop aiskrim mengandungi 11 gram lemak tepu iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi daripada telur dan stik. Inagt! lebih banyak lemak tepu, semakin tinggi kolestrol 'jahat'.

9. Walaupun anda memiliki tubuh yang sangat fit tidak bermakna bebas dari kolestrol. Kolestrol bergantung sepenuhnya kepada sumber yang dimakan. Tukar gaya hidup, ambil tahu ahli keluarga yang mengalami masalah jantung dan lakukan pemeriksaan kesihatan seawal usia 20-an. 


Nota Cinta:
Ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-012.432 2400-

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya