17 Disember 2017

PENYAKIT TIBI DAN LANGKAH PENCEGAHAN


 BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Assalamualaikum semua

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit yang dianggap antara yang tertua di dunia ini dilaporkan pertama kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 Sebelum Masihi. Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu dan ia selalunya membawa maut.
Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.



Sebelum ditemui penawar mujarab bagi wabak berkenaan yang turut melanda dunia ketika itu, pesakit tibi diasingkan di satu tempat terpencil 'sonatorium' bagi mengelak jangkitan berlaku. Ubat yang diberikan kepada mereka hanyalah berupa makanan berkhasiat bagi membina ketahanan tubuh yang kuat.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulan g, kelenjar, buah pinggang dan kulit.



TANDA DAN GEJALA

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah letih

CARA JANGKITAN

  • Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini akan terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

 CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :

  • Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau
  • Menjalani pemeriksaan X-Ray di Klinik kesihatan atau hospital terdekat

RAWATAN TIBI DOTS

DOTS ( DIRECTLY OBSERVED TREATMENT-SHORT COURSE) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit TIBI.

Prinsip-prinsip DOTS adalah :

  • Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
  • 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
  • Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat setiap hari atau 3 kali seminggu mengikut kesesuaian pesakit. Penyeliaan rawatan akan dilakukan oleh pegawai yang dilantik. 

PENCEGAHAN



Dapatkan suntikan BCG bagi 

  • Bayi yang baru lahir
  • murid sekolah : Tahun1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan
Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.

Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit TIBI hendaklah tampil membuat pemeriksaan. 


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya