15 Disember 2017

ADAKAH BUAH PINGGANG ANDA SIHAT??


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH



Ada banyak sebab mengapa buah pinggang menjadi antara 1 daripada organ yang sangat penting dalam badan kita. Ramai orang yang ambil mudah dalam kehidupan sehari serta pemakanan yang tidak sihat kerana kurang tahu akan kepentingannya. 
Jagalah buah pinggang anda kerana ia tiada ganti dan tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Badan kita tak perlukan kedua-dua buah pinggang untuk kita bertahan hidup. Hanya dengan satu buah pinggang pun kita masih boleh hidup sihat.
Malah, bagi mereka yang terpaksa dibuang kedua-dua buah pinggang juga masih boleh hidup tetapi perlu melalui proses dialisis setiap bulan bagi membuang toksik dalam darah yang sepatutnya dilakukan oleh buah pinggang.

APAKAH PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK?

  • Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila seseorang individu  mengeluarkan protin berlebihan di dalam air air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara.
  • Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah, dan kerosakan jantung dan saluran darah

Buah pinggang yang telah rosak

TAHUKAH ANDA BERAPA KERAPKAH PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK BERLAKU???

  • Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang kronik.
  • Secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang kronik.

APAKAH SEBAB UTAMA YANG MENYEBABKAN PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK?

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Glomerulonefritis (keradangan pada buah pinggang)
  • Jangkitan kuman
  • Batu karang
  • Penyakit keturunan

TANDA DAN GEJALA

Ramai yang tidak sedar bahawa buah pinggang mereka rosak sehingga mereka menjalani pemeriksaan perubatan. Sesetengah individu mungkin mengalami beberapa tanda dan gejala berikut, bergantung kepada jenis penyakit buah pinggang :

  • Ketidakselesaan atau rasa sakit semasa buang air kecil
  • Darah keluar bersama-sama air kencing
  • Perubahan kekerapan membuang air kecil
  • Sakit belakang ( bahagian loin)
  • Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam
  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Sembap di sekeliling mata yang berlarutan, terutamanya pada sebelah pagi


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG PADA PERINGKAT AWAL?



  • Dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan tanda-tanda berlaku kerosakan kepada buah pinggang.


APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK DIKESAN AWAL??

  • Risiko mengalami kerosakan terus hingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang
  • Risiko kematian disebabkan penyakit jantung


SIAPAKAH YANG BERISIKO????

Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:

  • Pesakit dengan diabetes dan/ atau tekanan darah tinggi
  • Perokok
  • Berat badan berlebihan
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang
  • Pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang yang lain


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Langkah-langkah yang telah terbukti berkesan mencegah penyakit buah pinggang ialah :

  • Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protin dalam kencing dan melindungi buah pinggang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah
  • Berhenti merokok
  • Bersenam
  • Mengawal berat badan

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya