6 Disember 2017

LEMAK YANG MEMBUATKAN PERUT SEMAKIN BUNCIT


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH 




Salah satu dilema apabila mempnyai perut yang buncit ialah kita akan merasa kurang keyakinan untuk menggayakan pakaian dan berhadapan dengan masayarakat. Apa sebenarnya yang menyebabkan lemak cenderung berkumpul di bahagian perut?

1. Pengumpulan lebihan lemak di kawasan perut lebi berbahaya berbanding lemak di bahagian punggung atau paha. Lemak di bahagian perut seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis jenis 2. Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sering menyumbang kepada masalah ini.

2. Makanan tinggi lemak bukanlah penyumbang utama kepada masalah ini tetapi pengambilan kalori yang tinggi dalam apa jua bentuk makanan boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak di bahagian perut. Genetik, diet, umur dan gaya hidup memainkan peranan penting. Mengubah pelan diet kepada makanan yang lebih sihat boleh membantu mengurangkan lemak di bahagian perut. 

3. Kajian yang dilakukan oleh Penyelidik di Universiti Wake Forest mendapati bahawa lemak trans, lemak yang tercipta oleh minyak separa hidrogensi boleh meningkatkan pengumpulan lemak di sekitar bahagian perut. Lemak trans boleh didapati dalam makanan seperti marjerin, pastri, biskut, keropok, dan makanan bergoreng.

4. Makanan segera biasanya tinggi kandungan lemak, makanan berkalori tinggi yang dimakan dalam jumlah yang besar, yang mana semuanya menyumbang kepada lebihan kalori, penambahan berat badan, dan lemak apabila dimakan dengan kerap. 

5. Untuk mengecilkan saiz pinggang, tambahkan bijirin dalam diet anda. Contohnya pilih makan beras perang daripada beras putih. Makanan yang telah diproses boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Kajian yang dijalankan oleh the American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa diet kalori terkawal yang kaya dengan bijirin mampu mengurangkan lemak di bahagian pinggang dan perut.

Nota Cinta :
ummi Tasneem.Kauthar.Ali
-0124322400-


Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya