18 Disember 2017

7 PERKARA ANDA PERLU TAHU KETIKA MARAH

Bismillah wal hamdulillah

Assalamualaikum semua..

Anda tahu apa yang berlaku kepada tubuh badan ketika sedang marah? Apabila seseorang individu itu marah, dia sebenarnya sedang merosakkan LAPAN ORGAN penting dalam tubuh. Terkejutkan????jom kita lihat info lanjut.


1. Kulit 

Apabila anda dilanda kemarahan, kandungan toksin dalam darah akan meningkat di bahagian otak, yang meransang folikel rambut. Ini boleh mengakibatkan pelbagai peringkat keradangan yang mungkin boleh menyebabkan masalah pigmentasi dan ekzema.


Bagi kaum wanita, uterus dan kalenjar susu akan terganggu, bagi kaum lelaki pula ia akan menyerang organ hati.

2. Tiroid

Kemarahan yang kerap boleh menyebabkan disfungsi tiroid, sperti hipertiroid

3. Paru-paru

Apabila seseorang wanita itu dikuasai emosi marah, mereka bernafas dengan laju menyebabkan alveoli mereka terus berkembang yang berbahaya kepada paru-paru

4. Jantung

Sebahagian besar darah mengalir dengan laju ke bahagian otak dan muka, keadaan ini menyebabkan bekalan darah ke jantung berkurang yang boleh menyebabkan Iskemia Miokardium, degupan jantung tidak teratur yang boleh menjadi punca kepada masalah jantung.

5. Otak

Apabila anda marah, sejumlah besar adarah akan mengalir laju ke bahagian otak, meningkatkan tekanan di bahagian cerebral vaskular mengakibatkan toksin dalam darah yang boleh mempercepatkan proses penuaan otak.

6. Perut

Kemarahan boleh merangsang sistem saraf simpatik, yang secara langsung memberi  kesan jantung dan saluran darah, mengurangkan aliran darah ke sistem gastrointestinal, melambatkan peristalsis yang boleh menyebabkan ulser perut.

7.  Organ Hati

Apabila seseorang itu marah, rembesan hormon ketekolamin akan meningkat di dalam badan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat, asid lemak menjadi terurai dan meningkatkan kandungan toksin dalam darah dan organ hati

Jadi, apakah sebenarnya tindakan paling baik yang perlu anda lakukan ketika marah?? Menurut Prof. Marhani :

"Jika anda dapati diri terlalu senang naik marah, yang paling utama ialah cuba bantu diri sendiri. Pertama sekali, kita perlu sedari emosi marah itu sendiri dan terima ia seadanya. Ramai yang secara sedar atau tidak, menidakkan perasaan marah disebabkan anggapan perasaan marah itu jahat". 

1 ulasan:

ai berkata...

Baru tau bila marah ada efek pada tubuh badan.

Daisypath Anniversary tickers
 

Followers

About Me

Foto Saya
Fakhrati Aziz
Isteri kepada seorang suami,Ummi kepada seorg little khalifah, anak kepada seorang ibu..Juga seorang pendidik, permaisuri di baitul Amni...Segala Penulisan adlh hasil rencah perjalanan hdup kami...Ummi,Baba dan Tasneem...
Lihat profil lengkap saya